Berbahagialah wahai teman.

>> Tuesday, February 22


Aku bahagia engkau ada dihatiku
Aku bahagia engkau tak terlupa
Aku bahagia engkau tak terluka
Aku bahagia bisa mendengarmu
Aku bahagia bisa melihatmu
Aku bahagia kerana aku bangga padamu
Aku bahagia kerana kau tak tahu
Aku bahagia dengan perasaanku padamu
Aku bahagia hingga kini semua itu masih ada padaku.



p/s : saya harapkan anda semua bergembira dan terus ceria. jangan pernah bermuram durja. masih ramai yang sayangkan anda.

Read more...

Pinky Pinky All The Way..

>> Sunday, February 6




My new phone. Nokia X5-01. Pink Colour. RM 500. :)

p/s: wi-fi ada. 3G je kt blakang. huhu.

Read more...

Saya Blogger Ikon Mengucapkan Happy Chinesse New Year

>> Thursday, February 3


Untuk join, sila klik pada banner. atau DI SINI.


Salam 1Malaysia!!!

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang dilalui oleh seluruh rakyat Malaysia. Sudah pasti anda juga tidak akan ketinggalan untuk menziarahi rakan-rakan yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" serta limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Angpow juga menjadi tumpuan utama ketika perayaan Tahun Baru Cina ini. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan. 1Malaysia!

Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!


Tulus Ikhlas dari Nurani,
Farid Kamil Maravilla :)

Read more...

nama tasik paling panjang di dunia...

Tasik Chaubunagungamaug atau juga dikenali sebagai Tasik Webster ini terletak di Webster, Massachusetts, Amerika Syarikat. Tasik ini bersempadankan negeri Connecticut. Luas kawasan tasik ini adalah
5.83 km persegi.

Nama penuh tasik ini adalah Tasik Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg, 45 huruf. Nama tasik ini menjadi nama paling panjang di dunia bagi tasik. Namun, ramai orang menyebut nama tasik ini hanya sebagai tasik Webster kerana nama sebenarnya terlalu panjang dan susah untuk disebut.

nama tasik ini berasal daripada bahasa tempatan kaum Nipmuck yang bermaksud "tempat memancing di sempadan". Memang banyak lokasi memancing di sempadan tasik ini.

Papan tanda Tasik ini..
Antara kawasan memancing utama..:)


Logo tasik ini..

Gambar tasik dari pandangan atas.

p/s: punya la panjang namanya..boleh berbelit lidah nak menyebutnya..ish!

Read more...

Alat-alat Perubatan Silam yang Mengerikan!

>> Wednesday, February 2


Combating Hernia (1850)
Alat ini akan dimasukkan ke dalam anggota badan yang mengidap hernia dan ditinggalkan selama beberapa minggu sehingga meninggalkan kesan.



Compass (1915)
Alat ini digunakan untuk menanda kawasan peluru menembusi badan dan akan mencari di mana peluru mengenai badan.



Peralatan untuk Buasir dan Uterus (1870)
Rantai ini digunakan untuk memotong saluran buasir


Penembusan Tengkorak Manual (1800)
Alat ini digunakan untuk menembusi tengkorak kepala sewaktu pembedahan organ di kepala.



Pencari Peluru (1500)
Peluru yang menembusi badan akan dikeluarkan menggunakan alat ini.




Gergaji (1830-1860)
Digunakan untuk membuka kawasan tercedera khusus untuk tujuan pembedahan.


Skru "Gag" (1880-1910)
Digunakan untuk membuka mulut pesakit secara paksa.



Lintah Palsu (1840)
Digunakan untuk proses perubatan penyakit mata dan telinga.

Read more...

In and Out for AC Milan January transfer window..

>> Tuesday, February 1

AC MILAN JANUARY 2011 TRANSFERS...

In:

Antonio Cassano (FW) from Sampdoria
Urby Emanuelson (WB) from Ajax
Mark Van Bommel (DM) from Bayern Munich
Didac Vila (RB) from Espanyol
Nicola Legrotagglie (CB) from Juventus

Out:

Ronaldinho (FW) to Flamengo
Oguchi Onyewu (CB) to FC Twente *LOAN*
Willy Aubameyang (ST) to Kilmarnock
Bruno Montelongo (MF) to Bologna *LOAN*
Alberto Paloschi (ST) to Genoa *CO-OWN*

FORZA MILANO! MILAN CAMPIANO!
FORZA ROSSONERI!

Read more...

Senang & Menang with Puteri Katek!!


Resepi yang ingin hamba kongsikan buat sang puteri adalah
MAKARONI BAKAR!


Bahan-bahannya adalah:

  • 300gm makaroni
  • 250 gm daging cincang
  • 4 biji telor (pukul kembang)
  • 3 sudu rempah kari
  • 2 labu bawang besar
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • sedikit keju parut
  • minyak utk menumis & garam

Cara-cara memasaknya memang senang, iaitu:

  1. rebus makaroni hingga empuk & toskan
  2. kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
  4. Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
  5. Masukan makaroni air dan kacau hingga mendidih.
  6. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
  7. Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit}
  8. Masukkan dalam pinggan dan SIAP!
Resepi ini sangatlah senang dan memang senang. Senang-senangkan diri untuk memasak resepi senang ini.

Jadi, blogger yang di-tag untuk menyertai Contest Senang & Menang ini adalah :

1. Mat Ju San
2. Jiejah Shukri
3. Yazid Salikan

Semoga sang puteri berpuas hati..:)
InsyaAllah..selamat beramal..

p/s: kalau korang sume nak join...sila klik pada banner contest wane pink tu untuk link..:)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP