Baru sahaja meraikan kemenangan sulung bergaya ditempat lawan memalukan
UPB/MyTeam dengan keputusan 4-2, episod malang menimpa pasukan Kelantan.
Bukan berita menundukkan UPB/MyTeam yang ingin diraikan tetapi
keputusan bergaya FAM bakal mencetuskan kebencian penyokong bola sepak Kelantan.
Sesudah keputusan ‘dinaikkan pangkat’ beraksi dalam Liga Super
dipertikaikan ramai, kali ini giliran Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) pula menafikan hak kita.
Ibarat dijatuhkan hukuman tanpa perbicaraan, sekali lagi pihak FAM
membuat keputusan tidak popular. Prosidingnya cukup jelas iaitu :
‘bahawasanya kamu telah didapati bersalah atas kegagalan menyediakan
kemudahan padang mengikut spesifikasi-spesifikasi yang telah ditetapkan
‘.
Maka dengan itu setelah meneliti dan berbincang dengan teliti, berasaskan sebab-sebab teknikal, maka Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) dengan ini telah memutuskan bahawa :• Pasukan Kelantan dikira kalah dengan jaringan 0-3.• Pasukan Kuala Lumpur PLUS FC dengan ini diisytiharkan menang denganjaringan 3-0 dan mendapat 3 mata.Itulah keputusan tidak popular yang diputuskan oleh Persatuan Bola SepakMalaysia (FAM) abad ini. Alahaiii FAM!!!! Ingat Piala Kambing ke ni????!!!!Kronologi penggulungan hujah FAM ini bermula apabila aksi sulung sepak mula Liga Super 2009 tertangguh kerana hujan lebat minggu lalu akhirnyamerungkaikan kepada kejadian alam ciptaan Yang Maha Kuasa mampu disanggah hebat pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Manakan tidak,berlandaskan faktor teknikal ‘kegagalan’ menyediakan kemudahan padang akhirnya dijadikan alasan utama. Sebagai rekod, umum menyedari bahawaminggu lalu jelas gelombang banjir kedua melanda Kelantan.Hujan lebat selama beberapa hari berturut-turut di venue Kota Bharu memaksa kita tidak mampu berbuat apa-apa yang patut dari segi penyediaan padang. Yang ada......macam itu sahaja lah padang kita. Nak buat macamana lagi ? Nak buat garisan macam mana kalau dah hujan turun mencurah-curah setiaphari. Nak potong rumput macam mana kalau hujan saban hari daripada pagisampai ke petang ? Kenalah kita terima hakikat sedemikian.Menjelang hari perlawanan liga pada hari Sabtu pun, hujan lebat turun tidak henti-henti daripada pagi sampai ke malam. Jadi keputusan untuk’menangguhkan’ aksi sulung perlawanan Liga Super adalah adil bagi kedua-dua pasukan baik Kelantan mahupun KL Plus FC. Sekali lagi ditegaskan kitagunapakai perkataan ’ditangguhkan’ dan bukannya ’diberi kekalahan percuma’. Bukannya ’diberi kekalahan percuma’ !!!! Mungkin kalau diteruskan pun aksi yang dipertontonkan tidak seperti yang diharapkan bahkan bolehmengundangkan kecelakaan pemain atas padang.Keputusan menunda perlawanan itu biarpun mengundang rasa marah buat peminat dan penyokong bolasepak Kelantan tetapi akhirnya diterima dengan hatiterbuka. Kemenangan percuma ( 3-0 ) diberikan kepada pasukan KL Plus FCbukannya persoalan utama disini.Diluar mungkin ketika ini sebahagian ramai bertepuk tangan menyaksikan kita ’dihukum’ awal-awal lagi ketika Liga Super baru menerjah ke perlawanan kedua. Kehebatan Kelantan dinafikan sepenuhnya hanya kerana laporan pegawai perlawanan berkenaan yang berfikiran terkebelakangan. Tetapi kita percaya, mana-mana pasukan yang terlibat seperti situasi yang sedang kita alamisekarang tentunya tidak berpuashati andai perkara sedemikian terjadi kepada pasukan tersebut.Melalui sumber yang boleh dipercayai, difahamkan tidak ada wakil kedua-dua pasukan dijemput ketika pihak FAM membuat keputusan luar dugaan petangsemalam. Jadi tidak adil bagi pihak FAM menjatuhkan hukuman berlandaskan laporan pegawai perlawanan tanpa mendengar pandangan pihak pengurusankedua-dua pasukan.Marah kami marah bertempat. Marah kami marah bersebab. Takkanlah sampaikan kita nak pergi bakar bangunan FAM kerana keputusan luar dugaan seperti ini. Walaupun kami digelar penyokong fanatik tapi kami masih lagi berfikiranwaras tidak melampaui melakukan perkara sedemikian.Keputusan FAM memberi kemenangan percuma kini sekali lagi mengundangretorik api kemarahan penyokong Kelantan. Jangan salahkan lantai kalautidak pandai menari. Kini tidak salah rasanya untuk kita memboikot LigaMalaysia andai keputusan sebegini membunuh semangat juang pemain diataspadang, mematikan langkah peminat dan penyokong yang membayar sepuluhringgit berduyun-duyun memenuhi setiap inci stadium apabila pasukan kita beraksi.Ayuh peminat dan penyokong fanatik Kelantan Darul Naim, inilah masanyauntuk kita buktikan bahawa kuasa kita sebagai peminat dan penyokong bola sepak Kelantan mampu menempelak keputusan FAM. Atas warna merah putihbendera negeri Kelantan Darul Naim , bangkitlah semua rakyat Kelantan,peminat sejati penyokong bola sepak Kelantan menentang keras pemikiranjumud pihak FAM ini.Fikir-Fikirkanlah Persatuan Bola Sepak Malaysia, kuasa ditanganmu.Segalanya ditanganmu !!!!” Sesungguhnya doa orang – orang yang teraniaya Allah s.w.t
makbulkan ”
Amin Ya Rabba Alamin.
Read more...