HAFIZ AF7 - MAsih Jelas!!!

>> Tuesday, May 19





MASIH JELAS
Hafiz
Beralih, musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi

Penjara, hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda, yang dilanda
Kehilangan

Masih jelas
Setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku

Masih jelas
Setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu
Waktu kau renung aku

Yang sungguh

Bergetar dalam kalbu
Lidah menghiris indah
Dari kelopak mata
Keranaku,keranamu dipisahkan

Masih jelas
Setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku

Masih jelas
Setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu
Waktu kau renung aku

Sudah suratan jadi begini
Segalanya sementara
Selagi hayatku masih ada
Kau bertahta di hatiku

Beralih, musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi
Dikau pergi

Read more...

Perlis 2 Kelantan 0

>> Sunday, May 17



Mohd Firdaus Fauzi 12'
Mohd Nizaruddin Yusop (pen) 38'

Read more...

UDINESE 2 AC MILAN 1



D'Agostino (pen) 31'
Zapata 49'

Ambrossini 90'

Read more...

Happy Teachers' Day

>> Saturday, May 16




SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU YANG PERNAH BERJASA MENCURAHKAN ILMU KEPADA DIRIKU INI. SUNGGUH TIDAK TERBALAS JASAMU. BEGITU TINGGI PEKERTI & PENGORBANAN MU. BEGITU MULIA TUGASMU. DIRI INI SENTIASA MENYANJUNG PROFESSION PERGURUAN YANG SABAN HARI SEMAKIN BERKEMBANG DALAM MEMBENTUK KOMUNITI INSAN YANG LEBIH CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG. TERIMA KASIH GURU-GURU, CIKGU-CIKGU, TEACHER2, SIR2. SEMOGA SENTIASA BERBAHAGIA & DIMURAHKAN REZEKI.

Read more...

Make Your Choice Now!

>> Friday, May 15


Get your own Poll!

Read more...

Kelantan 1 Johor FC 2



Nizad Ayub 7'
Azizan Baba 38', 58'

Read more...

Mari Ketawa..

>> Tuesday, May 12

JANDA.
Oleh kerana hujan turun dgn lebatnya pd lewat mlm, seorg pemuda yg menunggang motosikal utk pulang ke rumah tlh singgah di sebuah rumah yg terdapat di tepi jalanraya yg sunyi. Rumah tersebut dimiliki oleh seorg janda muda yg tinggal bersendirian.

Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yg mempunyai katil besar.

Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.
"Mahukah saudara ditemani?" soal janda tersebut dgn nada manja.
"Kalau ada yg sudi, apa salahnya!" balas pemuda itu dgn hati yg melonjak2.
"Baguslah" kata janda itu pula.
"Di luar sana ada seorg lagi pemuda yg hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara..."


**Ahaha... teruja tak pepasal lak mamat tu... ahaha...


BERCUTI.
Mamat: Aku peliklah... tiap kali aku pergi cuti, mesti bini aku mengandung. 3 tahun lepas, aku bercuti ke Bali, dia mengandung. Tahun lepas aku bercuti ke Phuket pun dia mengandung jugak.

Din: Laa.. baguih dok ada la tu. Kali ni kau pergi la tempat2 sejuk pula mcm Paris ke.. sah bini kau boleh mengandung lagi.. ha ha ha..

Tetiba Mamat senyap pulak. Mukanya pun serius je. Suspen pulak si Din rasa. Tetiba Mamat bersuara semula...
Mamat: Tak boleh jadi ni.. cuti kali ni aku kena bawak bini aku bercuti sekali nampaknya... tak boleh tinggal lagi...

Din tergamam: La... macam tu ker...


** Haa... ape kes ni...? huhu... Embarassed


DERMA.
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


BUTA HURUF.

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.

KLINIK.
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..

UBAT SAKIT KEPALA.
Seorg bos masuk ke pjbt dlm keadaan sakit kepala.
Seorg pkerja hanya memerhati keadaannya, lalu bertanya, "Kenapa bos? Nampak mcm sakit je?"
"Yalah, Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos.
"2 hari lepas saya pun sakit kepala jugak bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas tu kitorg bercumbuan. habis je kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat mcm tu jugak," terang Semaun.
"Betul ke? Kalau mcm tu, mari kita jumpa ISTERI ENGKAU SKRG!!!"

**Ahaha... ni ape kes plak nie...? har har har... Embarassed

Read more...

Nizar Diisytihar MB Perak.


Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dalam keputusannya berkata, jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) kerana Mohammad Nizar tidak pernah kehilangan kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam penghakiman yang dibaca secara lisan selama lebih sejam bermula jam 2.30 petang, hakim itu berkata, undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar hanya boleh dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada sidang DUN.

"Dalam kes ini, tidak dapat dipertikaikan fakta bahawa tiada undi tidak percaya dibuat Adun terhadap pemohon (Mohammad Nizar) di persidangan DUN.

"Malah, beliau menghadap Sultan untuk memohon pembubaran DUN bukannya kerana sudah kehilangan kepercayaan majoriti DUN tetapi sebaliknya memohon pembubaran itu bagi menyelesaikan kebuntuan dalam DUN dan hal pentadbiran Perak," katanya.

Mengulas keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan hari ini kerana yakin mempunyai kes dan asas yang kukuh.

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menerima keputusan itu dengan hati dan fikiran terbuka, menegaskan beliau serta enam Ahli Exconya akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang.

Mohammad Nizar pula mengumumkan akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya negeri dapat diadakan secepat mungkin untuk menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

Kemelut kepemimpinan di Perak berlarutan sejak lebih 100 hari selepas Zambry dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Februari lalu apabila kerajaan Pakatan Rakyat kehilangan kepercayaan majoriti di DUN berikutan tiga wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong BN.

Abdul Aziz berkata, walaupun BN sudah memenangi 31 kerusi DUN, ia tidak memohon supaya sidang DUN diadakan bagi melakukan undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar.

"Berdasarkan prinsip demokrasi dan undang-undang, undi tidak percaya perlu dilakukan di sidang DUN dan hanya dengan cara itu seseorang Menteri Besar boleh digugurkan atau diminta meletakkan jawatannya," katanya.

Abdul Aziz berkata, Menteri Besar tidak memegang jawatan itu berdasarkan kepada kehendak Sultan.

"Bagaimanapun mahkamah berpendapat, kuasa Sultan untuk meminta Menteri Besar meletakkan jawatan adalah tidak mengikut peruntukan dalam Perkara 16(6) UTKP kerana artikel itu adalah sangat jelas dan bukannya tidak nyata.

"Sungguhpun Sultan mempunyai kuasa prerogatif dalam melantik Menteri besar, tetapi sebaik dilantik Menteri Besar hanya perlu menjawab kepada DUN dan bukannya orang lain," katanya.

Abdul Aziz juga tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah dalam kes itu dan Zambry, bahawa hanya ada dua keadaan yang membolehkan Menteri Besar memohon pembubaran DUN.

"Abdul Gani menghujahkan bahawa Menteri Besar hanya boleh memohon pembubaran DUN apabila tempoh perkhidmatan DUN berakhir mengikut Perkara 36(2) UTKP atau jika kehilangan kepercayaan majoriti.

"Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan itu kerana mengikut Perkara 36 UTKP, terdapat banyak keadaan yang membolehkan Menteri besar memohon pembubaran DUN daripada Sultan dan ia adalah bergantung kepadanya untuk menentukan bilakah waktu sesuai untuk membuat permohonan itu," katanya.

Abdul Aziz turut tidak bersetuju hujahan Abdul Gani dan Zambry sebelum ini yang menyatakan Mohammad Nizar perlu meletak jawatan walaupun beliau enggan berbuat demikian.

Katanya, Abdul Gani dan Zambry berhujah menyatakan perkataan 'perlu meletak jawatan' dalam Perkara 16 (6) UTKP bermaksud 'mandatori' serta Mohammad Nizar perlu meletak jawatan atau jawatannya itu akan dianggap kosong.

"Bagaimana jika Menteri Besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun bermaksud 'mandatori', peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai Menteri Besar perlu meletakkan jawatannya," katanya sambil mencadangkan supaya artikel itu dipinda bagi memenuhi lacuna (kekosongan) dalam Perkara 16(6) UTKP.


SUMBER : Berita Harian Online.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP