Analisis Jiwa Orang Kelantan

>> Wednesday, May 26

Analisis jiwa orang Kelantan
Oleh – A. Aziz Deraman


Rupa-rupanya tulisan penulis tentang ‘Hayati 1Malaysia Cara Samo So Kelate’ dalam Sinar Harian 12 Mei 2010 mendatangkan beberapa reaksi. Ada rakan-rakan dan pembaca tetap Ruangan Geger Sokmo mengirimkan emel dan SMS. Ada yang bersetuju dan ada yang meminta penjelasan tambahan. Antaranya, mempersoalkan bukankah jiwa orang Kelantan itu tebal dengan semangat kenegeriannya sehingga di mana sahaja, mereka menampakkan hati dan jiwa Kelantan itu! Jadi bagaimanakah dapat dijelaskan bahawa rakyatnya berhati Kelantan dan berjiwa Malaysia? Dalam tulisan asal itu, penulis cuma sentuh sekelumit sifat dan citra orang Kelantan dalam kehidupan politik, ekonomi dan sosial budaya mereka. Memang luas dan dalam kalau mahu dibahaskan.



Di sini penulis mahu tambah sedikit sahaja lagi. Rakyat atau orang Kelantan dari pelbagai keturunan etnik itu memang merasai nilai kesatuan dan perpaduan mereka. Ada peristiwa-peristiwa pengalaman politik yang boleh kita telusuri. Orang Kelantan tidak gemar kalau mereka dikatakan bersemangat kenegerian dan kedaerahan. Mereka lebih kekitaan dengan rasa ‘samo kito’. Mereka boleh berkelahi kerana politik dalaman tetapi bersatu hati dalam budaya. Bagi orang Melayu Kelantan, faktor agama menjadi pengikat mereka. Kadang-kadang kedegilan pun ada. Misalnya, ketaksuban negatif terhadap sesuatu yang mereka yakini, benar atau betul ditelan sahaja. Ada ketaksuban terhadap tokoh atau agama yang dipergunakan demi politik. Kadang-kadang orang Kelantan itu seperti orang Cina dalam berpolitik. DAP, MCA dan Gerakan tetap bersama untuk satu matlamat. Di luar Kelantan, kesatuan orang kelantan lebih kuat untuk bersama dan berkerjasama. Di Kelantan ada perpecahan politik, terutama Pas dengan UMNO, meskipun perpecahan tidak ketara dalam bidang-bidang yang lain.



Tun Dr Mahathir ketika mengulas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum 2000, apabila Kelantan tumbang kepada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), melabelkan kononnya orang Kelantan kuat dengan semangat kenegerian atau kedaerahan itu. Orang Kelantan marah. Pertarungan Mahathir-Tengku Razaleigh tidak boleh diterima rakyat Kelantan. Mereka mahu Melayu bersatu. Jadi sebab itu mereka menyatakan sikap mereka melalui pilihanraya. Calon pembangkang telah meraih belasan ribu majoriti undi, sesuatu yang luar biasa, misalnya belasan ribu majoriti Hajah Ilani Ishak ketika mengalahkan Tengku Ahmad Ritahudeen. Maknanya ahli UMNO tidak undi UMNO pun, kerana marah. Situasinya bagaikan gelombang.



Ada satu ungkapan Kelantan berbunyi, ‘Kalau sukakan seseorang, ayam tengah mengerang pun disembelih, kalau benci, hampas budu pun tak diangkat’. Apakah orang Kelantan bersikap kenegerian, sedangkan PRU 2000, 2004 dan 2008, ada ‘orang luar’ diberi tempat. Mohamed Sabu, Daeng Mariok, Nasharuddin Mat Isa, Dr Mohd Hatta Ramli, Sallehuddin Ayub, Saifuddin Nasution menjadi Ahli Parlimen bukan di daerah asal mereka. Jauh sebelum itu Zulkifli Muhammad adalah orang Perak. Maknanya orang Kelantan tidak tolak ‘orang luar’. Kalau bermain dengan orang Kelantan, mereka akan kata ‘kito ni oghe mikir, kito tahu gapo hok kita nok’. UMNO dan BN ada harapan kembali dengan syarat ketua-ketua jangan bercekah, hormat menghormati dan tunjukkan satu padu itu. Di Kelantan yang kuat adalah rakyat. UMNO dan BN lemah kerana percakaran dan sifat egoistis atau agah. Cuba perbaiki dengan sifat keimanan, takwa dan benar-benar ikhlas.



Ramai anak-anak Kelantan berjaya di luar Kelantan, menjadi tokoh ilmuan, agamawan, sarjana, pentadbir, korporat dan kongolemerat yang cemerlang. Dengan nilai-nilai agama dan budaya di dada, mereka membantu mendorongkan kemajuan negara. Betapa ramai orang Kelantan berhijrah secara kekal atau sementara ke Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Johor dan ke negeri-negeri lain ‘mencari makan’ dengan membuka perniagaan, restoran, berkerja dengan kerajaan dan swasta. Hal sedemikian tidak sewajarnya diperlekehkan mereka atau negeri mereka akibat kesan dari terencatnya kemajuan Kelantan. Kuala Lumpur bagaikan negeri kedua bagi orang Kelantan dan mereka berada sehingga Sabah dan Sarawak.



Peluang-peluang memang banyak di luar Kelantan. Mereka berada di luar Kelantan, sebab Malaysia itu negara mereka. Kehadiran mereka, sekurang-kurangnya boleh meningkatkan penglibatan bumiputera dalam segala macam bidang. Mereka sama seperti bumiputera yang lain, tidak mahu menjadi warga negara kelas ketiga. Hal ini sesuai dengan gesaan bahawa setiap anak Malaysia adalah potensi modal insan yang boleh maju kalau betul didikan dan diberi peluang. Generasi muda Kelantan juga melimpah di pusat-puat pengajian tinggi awam dan swasta, institut pendidikan guru dan kolej-kolej bahkan di luar negara. Di Kelantan peluang pekerjaan sangat kecil, industri, kilang-kilang tidak berkembang. Faktor politik menjadikan Kelantan begitu. Perubahan politik drastik boleh berlaku, jika ada perubahan sikap pemimpin.



Kelantan lazimnya penuh sesak dengan ribuan kenderaan setiap tibanya perayaan. Jalan raya melalui Gua Musang atau Grik-Jeli hampir tersumbat, jika sehari dua sebelum Aidil Fitri. Setiap hari pun, puluhan bas ekspres berulang alik ke Kuala Lumpur dan ke bandar-bandar utama di Semenanjung. Pesawat Air Asia, Firefly dan MAS tidak kecewa dengan jumlah penumpang. Natijahnya bahawa orang Kelantan itu dinamik, suka bergerak, melancong, membawa barang dagangan, ziarah dan sebagainya. Di sekitar Kota Bharu, kedai-kedai makan boleh dibuka sehingga larut malam. Kopitiam muncul bagaikan cendawan. Natijahnya mereka suka berbelanja, secara kecil atau sederhana. Ibu bapa masih menerima ratusan ringgit dari anak-anak mereka yang berkerja di luar Kelantan. Bank-bank tetap segar. Ekonomi menjadi hidup dan kemesraan manusia bertaut, meskipun tidak sehebat ibu kota.



Jika formula 1Malaysia diharapkan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi, maka kedua-duanya memang ada pada jiwa orang Kelantan. Penulis bukan memuji sebab orang Kelantan pun ada banyak kelemahan. Kadang-kadang ketaksuban kepada tokoh-tokoh tertentu pun merbahaya untuk masa depan. Ada keyakinan dan kepercayaan melulu, sedangkan tidak semuanya benar dan betul. Ada orang berselindung disebalik agama, sebab agama memberi kekuatan dan nilai bersih atau tazkiyyah. Kepincangan begini pun patut diperhatikan dan dilihat bagaimana konteksnya.



Dalam konteks Kelantan, kalau dikatakan penerimaan, memang sedia ada unsur begitu. Para penulis bukan Melayu berasal dari Kelantan terus bergiat cergas dalam sastera kebangsaan atau menjadi pegawai kebudayaan dan tidak pun menegakkan sastera kauman atau sukuan. Nama-nama seperti Dr Lim Swee Tin, Awang Abdullah, Azlee Lee (Lee Chong Beng), Selina Lee, Eh Deng, Chua Tek Lui, Seri Neng Buah dan lain-lain. Tanya mereka tentang konsep ‘oghe kito’ dan ‘oghe luar’. Cara begitulah yang kita harapkan rakyat Malaysia menerima hakikat sejarah, kebudayaan dan sistem pemerintahan Malaysia.



Pada penulis nilai-nilai aspirasi 1Malaysia yang disarankan Perdana Menteri sudah tersirat dalam kehidupan Kelantan. Tentang kecemerlangan misalnya, ambil sahaja contoh kecil. Seorang penjual nasi dagang atau kuih muih akan sentiasa berlawan (berbadi atau bertewas) sedap masakan mereka. Orang akan tahu kedai Che Yah Din Nasi Daun Pisang yang sering menjadi tumpuan. Orang tahu ‘akok’ atau ‘lompat tikam’ mana yang paling sedap, di kedai Peringat atau di Pengkalan Chepa. Mereka bertewas wau, gasing, rebana, kertok, dikir barat dan segala jenis permainan dan kesenian tradisional yang menunjukkan semangat perlumbaan. Itu budaya kecemerlangan, mencapai terbaik dan kemenangan. Itu juga maknanya al falah.



Penerimaan prinsip-prinsip kenegaraan berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara, sesuatu yang dijunjung tinggi orang Kelantan. Mereka tahu keluhuran Perlembagaan Negeri. Orang Kelantan juga mahukan keadilan sosial. Mereka faham antara hak negeri dengan hak negara, hak antara kaum dan sebagainya. Untuk itu penterjemahan peruntukan Perlembagaan termasuk keseimbangan pembangunan dalam konsep kenegaraan seperti pendidikan, kemajuan agama dan infrastruktur sangat ditunggui. Wajah Kelantan boleh berubah kerana perangai rakyatnya, bijak dalam berkira dan lembut dalam berbicara. Sifat Melayu begitu, yang keras dilawan keras, yang lembut pada bijaksana. Jika ada seseorang cerdik pandai Kelantan tidak tahu membodek, menulis atau mengeluarkan pendapat yang tidak sama, itulah maknanya sebuah pendirian. Jangan melabelkan si dia itu penentang atau bukan pejuang, kerana kita jangan terperangkap dengan fitnah dan hasutan.


Sumber: www.theredwarriors.com/v2/

Read more...

Latihan Pusat Pasukan Bolasepak Kebangsaan.

>> Friday, May 14

PENJARING terbanyak Selangor, Safee Sali, diberi peluang memikat perhatian jurulatih pasukan kebangsaan K. Rajagobal apabila tersenarai dalam skuad 30 pemain yang bakal melaporkan diri untuk latihan pusat bulan depan.

Safee yang kali terakhir menyarung jersi negara pada tahun lalu, adalah antara lapan penggempur yang disenaraikan dalam skuad pelatih yang dijadual berkampung di Antalya, Turki dari 10 hingga 20 Jun depan.
Turut disenarai ialah penjaring terbanyak sejauh ini, Ashaari Shamsuddin, Zaquan Adha Abdul Radzak dan dua penyerang Harimau Muda A, Shakir Ali (gambar) dan Izzaq Faris Ramlan.

Setakat 11 Mei, Safee berkongsi kedudukan di tangga kedua dalam carta penjaring dengan 10 gol bersama penyerang Kedah, Azlan Ismail. Ashaari pula mengumpul 11 gol manakala seorang lagi penyerang yang tersenarai, Norshahrul Idlan Talaha, mencatat sembilan gol.

Selain Shakir dan Izzaq, Rajagobal turut menyenaraikan tiga pemain Harimau Muda A – bek tengah Muslim Ahmad, pemain pertahanan kiri Mahali Jasuli dan pemain tengah bertahan, K. Gurusamy. Kelima-limanya bersama pasukan bimbingan Azraai Khor Abdullah di Slovakia.

Latihan pusat bertujuan bersiap menghadapi Sukan Asia dan Piala AFF bermula pada 7 Jun. Sekembalinya mereka dari Turki, pasukan kebangsaan kekal menjalani latihan di Wisma FAM sehingga 9 Julai.

Skuad pelatih –

Penjaga gol: Farizal Marlias (Per), Sharbinee Allawee (Ter), Khairul Fahmi Che Mat (Kel)

Pertahanan: Norhafiz Zamani Misbah (KL Plus), Aidil Zafuan Abdul Radzak (NS), Muhaimin Omar (Ter), Asraruddin Putra Omar, Nasriq Baharom, Bunyamin Umar (Sel), V. Thirumurugan, Azmi Muslim, Sabre Mat Abu, Khairul Helmi Johari (Ked), Muslim Ahmad, Mahali Jasuli (HM A)

Tengah: K. Gurusamy (HM A), Safiq Rahim (Sel), S. Kunanlan (NS), Amar Rohidan (Per), Faizal Abu Bakar, Khyril Muhymeen Zambri (Ked), S. Harivarman (Pol)

Penyerang: Safee Sali (Sel), Ahmad Fakri Saarani (Per), Shakir Ali, Izzaq Faris Ramlan (HM A), Baddrol Bakhtiar (Ked), Ashaari Shamsuddin (Ter), Zaquan Adha Abdul Radzak (NS), Norshahrul Idlan Talaha (Kel).

Bil. Nama Pemain Kelab/Negeri
1 Mohd Farizal Marlias Perlis
2 Amar Rohidan Perlis
3 Ahmad Fakri Saarani Perlis
4 Baddrol Bakhtiar Kedah
5 Mohamad Azmi Muslim Kedah
6 Mohamad Faizal bin Abu Bakar Kedah
7 Mohd Khyril Muhymeen Kedah
8 Mohd Sabre bin Mat Abu Kedah
9 Khairul Helmi Johari Kedah
10 Thirumurugan a/l Veeran Kedah
11 Mohd Asraruddin Putra Selangor
12 Mohd Bunyamin Umar Selangor
13 Mohd Nasriq Baharom Selangor
14 Mohd Safee Mohd Sali Selangor
15 Safiq Rahim Selangor
16 Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak Negeri Sembilan
17 Mohamad Zaquan Adha Abd Razak Negeri Sembilan
18 Kunalan Subramaniam Negeri Sembilan
19 Mohamad Ashaari Samsudin Terengganu
20 Mohamad Muhaimin bin Omar Terengganu
21 Mohd Sharbinee Allawee Terengganu
22 Norshahrul Idlan Talaha Kelantan
23 Khairul Fahmi Che Mat Kelantan
24 Norhafiz Zamani Misbah Kuala Lumpur, PLUS FC
25 Harivarman a/l Suntha Ralingam PDRM
26 Mohammad Muslim Ahmad Harimau Muda
27 Ahmad Shakir Md Ali Harimau Muda
28 Gurusamy Govandar Kandasamy Harimau Muda
29 Mahalli Jasuli Harimau Muda
30 Izzaq Faris Ramlan Harimau Muda

Read more...

Fan Kelantan memang paling best!

>> Saturday, May 8


GOMO KELATE GOMO!

Read more...

saya dapat award dari abangfaizul™ -ChOmeL-

>> Tuesday, May 4


sejak dari dulu, ini yang ku idam2kan. terima kasih abangfaizul
kerana sudi memberi award ini kepada saya. sungguh ku rasa amat dihargai. wow. bestnye. thanx3.


Read more...

Fun At the Peak with the OPKIMers.

>> Wednesday, April 14


ahad (10/4/10) lalu aku naek ke genting highlands bsame2 dak2 kolej yg join OPKIM ritu. aku djemput utk mmenuhkn korum. memang join r sbb free. haha.
aku da wt keje gle. dgn kgayatan aku, aku nek kete kabel. bapak tggi gle. cuak seyh aku. fuh. naseb bek slamat smpai.
kat sane men game2 outdoor la.aku xmen pe sgt pon. duk tgkp gmbr je. takot aku nk nek..hahaha..aku men cawan, masuk pirate house ngn men judi2 tu. ape tah. baling2 coin pastu dpt bear tu. aku dapat 2 bear. tapi yg kecik je. xpe. bbaloi gak. hehe. suke sgt.
aku g gak men boling ngn acap n fahmi. karaoke pn skali. snuker pn men gak. shopping2 xde la. mahal gle. makan pon mahal. huhu.
best la gak,. njoy. release tension. huhu. suke=)





Read more...

CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100..

>> Sunday, April 11

Contest ini dianjurkan oleh Lelaki Ini.

Entry tak payah la nak skema², ikut kreativiti korang la..

Sertakan banner di atas & backlink ke entry dia..Tak payah la letak kat sidebar..

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30.04.10
.
.
.
.
.
Kalau saya diberi RM100, saya akan
.
.
.
.
.
BAYAR YURAN PENGAJIAN YANG MASIH BERBAKI RM100.
hahahaha.

Read more...

Kenangan Mengusik Jiwa.

>> Saturday, April 10

dalam gambar ni aku yang pakai baju biru tu..hehehe..



dalam gambar ni aku pakai baju merah..


ini gambar mase aku umor brape tahun tah..4 or 5 tahun la..mase ni umah kat Pantai Dalam..Kuarters keretapi jalan bangsar..huhu.=)
bestnye kalo dapat jadi kecik balek..heheh..sekarang da besar banyak bnda kene pikir..huhu..
indahnya masa lalu..
masa ni aku rapat sangat ngan arwah atuk aku..tengok wrestling same2..atuk salu datang KL..dari kelantan nuh..huhu..best gler!!

Read more...

Malam Anugerah Pendeta 2010 (MAndeta'10)

>> Wednesday, April 7







MAndeta adalah annual dinner Kolej Kediaman Ungku Aziz Universiti Malaya. masuk kali ini, dua kali aku jadi AJK MAndeta. pada jawatan yang sama iaitu Penolong Pengarah Teknikal & Logistik.
Tempat kali ini adalah di Sunway Resort Hotel & Spa. Hotel ni memang grand abes la. terbhaek dari ladang! haha. Tahun ni agak kucar-kacir sdikit persediaanya namun berjalan lancar. Alhamdulillah. Semua dah berakhir. Aku dapat 2 anugerah, Anugerah Mahaputera Pendeta & Anugerah Cakerawati Pendeta. Anugerah tertinggi pada malam tu iaitu Anugerah Eka Permata Pendeta jatuh kepada Fahmi Adilah iaitu presiden JTK kolej. buat kali pertama presiden kolej dapat Eka Permata. hehe. KUAZ is the best! =)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP