Apa Yang Ada Pada 26-12-10

>> Sunday, December 19


PERLAWANAN AKHIR PIALA SUZUKI AFF 2010 (1ST LEG)
MALAYSIA VS INDONESIA..8.45MALAM..
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

-dijangka ribuan peminat bolasepak Malaysia akan membanjiri stadium nasional bukit jalil memandangkan ini adalah kali pertama Malaysia layak ke perlawanan akhir piala paling berprestij di Asia Tenggara ini sejak kali terakhir pada edisi pertama kejohanan 1996.
-Malaysia sudah diganyang Indonesia 5-1 pada perlawananan pembukaan kejohanan ini. Namun, keadaan memang berbeza ketika itu kerana perlawanan itu diadakan di Gelora Bung Karno dan penjaga gol yang digunakan ketika itu adalah Sharbinee Allawee yang mana jelas sekali tidak berada pada prestasi terbaik beliau.
-Selamat Maju Jaya saya ucapkan kepada skuad kebangsaan. Semoga bolasepak kita menjadi agung dan terus menjadi kuasa besar di Asia Tenggara.

MALAYSIA BOLEH! LETS RISE TOGETHER! HARIMAU MALAYA, BANGKITLAH!





- Rock The World 10 akan berlangsung di Tempat Parkir A Stadium Bukit Jalil bermula jam 10pagi.Sebanyak 19 band akan bergabung memberikan persembahan terbaik mereka. Dijangkakan kombinasi kali ini adalah terbaik dalam seluruh 10 tahun penganjuran program ini. Tiket Masuk berharga RM30.
Antara band-band yang akan hadir adalah:
  1. Massacre Conspiracy
  2. Skudap Skudip
  3. Dichi Michi
  4. Couple
  5. One Buck Short
  6. Azlan & The Typewriter
  7. Sevencollar T-Shirt
  8. Bleeding Mascara
  9. Bunkface
  10. Republic of Brickfields
  11. Dragon Red
  12. They Will Kill Us All
  13. Love Me Butch
  14. Pop Shuvit
  15. Bittersweet
  16. Disagree
  17. Lo
  18. The Pilgrims
  19. Gerhana Skacinta


JADI, INILAH ANTARA EVENT BESAR YANG AKAN BERLANGSUNG. SUDAH PASTI BUKIT JALIL AKAN SESAK PADA 26 DISEMBER 2010. DARI PAGI HINGGA KE MALAM. SELURUH MALAYSIA AKAN TERTUMPU KE BUKIT JALIL. PEMINAT BOLASEPAK DAN MUZIK BEBAS TANAH AIR AKAN MEMENUHI BUMI BUKIT JALIL. ADAKAH ANDA JUGA AKAN TURUT SERTA?

Read more...

15 fakta tentang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee...


1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura, ruangan ‘race’ atau bangsa dibiarkan kosong.

2. Ketika kecil, selepas mengaji Quran, P. Ramlee akan berlakon di padang di hadapan kawan-kawannya dengan membawakan watak-watak wira seperti Hang Tuah, Robin hood, Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan.


3. Terlalu kurus dan berjerawat batu ketika mudanya; suka ponteng sekolah, tidur dalam kelas, dan suka bermain dam. P. Ramlee bukan dari kalangan pelajar cemerlang. Beliau juga tidak gemar membaca – satu-satunya novel kegemaran P. Ramlee adalah berjudul ‘Atheis’ karya Achdiat K. Miharja.


4. Sangat meminati sepak takraw. P. Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P Ramlee Sumbang Sih kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura.


5. Azizah, lagu pertama yang menjulang namanya adalah inspirasi buah hatinya di Pulau Pinang; identiti wanita tersebut kekal misteri sehingga kini; mendapat bayaran royalti pertama bernilai RM3,000 dari syarikat T. Hemsley untuk lagu ini beberapa hari sebelum rusuhan Bertha Hertog atau Natrah pada tahun 1951.


6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon!


7. Lagu “Kewk Mambo” diinspirasikan daripada nama sahabat baiknya, Pengurus Produksi Malay Film Productions, Kwek Chip Jian.


8. Orang pertama mempersoalkan bayaran gaji pekerja-pekerja produksi; juga yang pertama memperkenalkan gabungan perkataan ‘pawagam’ (panggung wayang gambar); digunakan pada PAWAGAM P. RAMLEE (dulunya terletak berhampiran pusat membeli-belah Sogo dan Kompleks Pertama).


9. Jika di rumah, P. Ramlee selesa berpelikat yang dipakai bersama T-shirt Pagoda putih; suka memasak dan resipi ringkas kegemarannya adalah kacang panjang (digoreng hingga lembut) campur ikan bilis masak kicap.

10. Menu harian: ikan goreng dan ulam; ikan terubuk, kari ketam dan kuah laksa paling disukai; juga gemar berkunjung ke restoran Sup Setapak (masih wujud ke hari ini).

11. Tabiat pelik: suka mencium-cium aroma nasi kandar yang masih lekat di tangannya! Nasi Kandar ‘Line Clear’ adalah kegemaran P. Ramlee!

12. Sazali memainkan watak anak petani/peladang dalam filem Anak Bapak dan bersama anak-anak yang lain, mereka menjadi suara latar untuk lagu “Tolong Kami Bantu Kami” dalam filem 3 Abdul.

13. Mendengar lagu Jalak Lenteng nyanyian Rubiah berulang-ulang kali setiap kali berhadapan masalah.

14. Pernah ‘diboo’ dan disuruh turun pentas ketika menyanyi di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur menjelang kebangkitan irama pop-yeh-yeh.

15. Menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang!

Read more...

Perlawanan Persahabatan Pra-Musim KELANTAN

>> Saturday, December 18



19 Dis: Kelantan vs Thai Samut Songkram FC (*Pasir Mas)
21 Dis: Kelantan vs Thai Army United (*Pasir Mas)

23 Dis: Kelantan vs Cambodia Bright FC (*Stadium MBPJ)

24 Dis: Kelantan vs Kuala Lumpur (Stadium MBPJ)

27 Dis: Harimau Muda vs Kelantan (Stadium MBPJ)

29 Dis: Felda United vs Kelantan (Stadium MBPJ)

31 Dis: Harimau Muda vs Kelantan (Stadium MBPJ)




*tertakluk kpd pindaan

Read more...

Tidur Dalam Kereta.. Salah Siapa?


Suasana di Jalan Kuala Krai, di sini, gempar seketika apabila seorang lelaki berusia 30-an tidak sedarkan diri hampir setengah jam dalam kenderaannya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.


Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Rexton itu tidak sedarkan diri menyebabkan laluan di jalan berkenaan sesak sepanjang hampir satu kilometer.



Kejadian itu menimbulkan panik di kalangan orang ramai yang berusaha membantu mengeluarkan lelaki terbabit dari keretanya, namun tidak berjaya. Mereka menghubungi ambulans yang tiba tidak lama selepas itu kerana bimbangkan keadaan lelaki terbabit.



Orang ramai yang melihat keadaan itu berusaha mengejutkan lelaki terbabit dengan mengetuk cermin kenderaan berkenaan berkali-kali, tetapi gagal. Beberapa minit kemudian, lelaki terbabit yang enggan dikenali itu tiba-tiba menurunkan tingkap kenderaannya sambil memohon maaf kerana tertidur sebelum beredar dari situ.



p/s: rancang perjalanan anda..jangan lupa rancang juga masa tidur anda..okey??..hehe..

Read more...

Undian Pusingan Kalah Mati Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011



Round of 16 draw


AS Roma (ITA) v FC Shakhtar Donetsk (UKR)
AC Milan (ITA) v Tottenham Hotspur FC (ENG)
Valencia CF (ESP) v FC Schalke 04 (GER)
FC Internazionale Milano (ITA) v FC Bayern München (GER)
Olympique Lyonnais (FRA) v Real Madrid CF (ESP)
Arsenal FC (ENG) v FC Barcelona (ESP)
Olympique de Marseille (FRA) v Manchester United FC (ENG)
FC København (DEN) v Chelsea FC (ENG)



Read more...

GIVEAWAY:LUCKY FOLLOWERS.WEE~

>> Friday, December 17


Da lama plak rasanya tak join giveaway kan.. arini ttbe rasa nak join giveaway plak kan.. so, aku join diz giveaway from Izyan Shamba!

Semoga akulah insan yang bertuah itu~ dapat TOPUP tu~ hehehe. :)

p/s: korang2..jom la join..b4 25 Disember 2010..*khas untuk follower blog bliau k*
sila klik pada gambar banner tersebut untuk join k..

Read more...

Kambing oh Kambing!


Ini adalah Empangan Cingino di Itali



Ni gambar dekat sikit...


Zoom dekat2..dan kita nampak ini!!!..Kambing~



Ini adalah Kambing "European Ibex"..



Mereka suka makan lumut dan menjilat garam yang ada di dinding empangan itu..

Read more...

Aduhai! Terus Aku Rasa Pedih Ulu Hati...

>> Thursday, December 16


Entri kali ini agak mengerikan. Gambar-gambar proses membuat tatu gambar pokok buluh di atas belakang seorang gadis omputeh. Aduh2. Aku lak yang terasa saket ye. Memang menyakitkan la. Kenapa diorang macam rileks je? ish2. da elok2 kulit mulus. da jadi burok! macam-macam manusia ni. tak penah puas dengan pemberian tuhan. haih~ saket wokk!


ukiran sedang dilakukan.

pergh! tengok tu~ darah banyak beb. hodoh gle!

ini la kulit-kulit dia yang dah disiat~


ini je la hasil yang dia nak sangat tu ha~ tapape je.



p/s: sebab tu la dalam islam diharamkan bertatu. *mengubah ciptaan Allah SWT dan menyeksa manusia itu sendiri.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP