Maaf Ku Pohon.

>> Sunday, August 15


Di sini saya ingin memohon maaf kepada semua. SEMUA! tak kira siapa sahaja. beribu-ribu kemaafan saya pohon. memang saya benar-benar minta maaf. seperti sudah banyak kesalahan yang aku lakukan. secara sedar, mahupun tidak sedar. diharapkan kalian dapat memaafkan kesalahanku. maafkanlah diriku yang hina ini.

Read more...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

>> Wednesday, August 11

selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak!

Read more...

Korang bangga tak jadi rakyat Malaysia?

>> Friday, July 30

25 julai yang lepas, Malaysia dah pon menang 1-0 ke atas Korea Selatan. Walaupun Korea Selatan hanya menurunkan bukan kesebelasan utama, tapi pasukan yang diturunkan ini juga bukan calang-calang pemain. Muda, taktikal menarik, pantas.

Tapi, Malaysia dah buktikan bahawa MALAYSIA BOLEH!. so, kita pon boleh la kan. hahaha. Gol jaring Safiq Rahim memang menarik. Shot dari luar kotak penalti. Ini bukan isi utama yang aku nak cerita.

Aku kecewa tengok rakyat Malaysia pakai jersi Korea masa perlawanan tersebut. Anak-anak gadis yang menggilai genre K-Pop, memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada Korea? Bolasepak bukannya muzik. aku pon xpaham kenapa mereka boleh jadi begitu taksub sehingga sanggup menolak untuk menyokong pasukan negara sendiri semata-mata hanya kerana K-Drama, K-Pop, dll. hadoyai. parah rakyat Malaysia.

jadi, aku nak tanya KORANG BANGGA TAK JADI RAKYAT MALAYSIA?


Read more...

Penyakit Lama Datang Kembali.

aku pun xpasti la kenapa penyakit aku ni datang lagi.
aku rasa macam aku dah jalankan langkah2 pencegahan.
namun, ia tetap kembali.
memang menyakitkan. pedih. jiwaku berdarah.
hadoyai. macam mana lagi aku nak buat.
aku kena kuatkan semangat.
aku kena ingat semua orang yang sayang kat aku.
kenapa la boleh jadi macam ni.
aku selalu pikir. macam mana aku nak elakkan penyakit ni.
memang penyakit ni dah memakan hampir beberapa jam sehari dalam hidup aku.
nampak enjoy. tapi hakikatnya aku merana.
aku termenung. termangu di pinggiran memikirkan masa hadapan.
kenapa aku begini? kenapa aku pilih jalan ini?
terlalu perit. aku harus berubah.
perubahan. hijrah. berpindah. YEAH!
jadi, mulai saat ini, aku akan kuatkan untuk melawan penyakit berbisa ini.
aku memang nak sangat mengalahkan penyakit ini.
penyakit berjangkit.
racun.
virus.
aaaaaaaaaa!!!!!!!

Ya Allah, kukuhkanlah hati hambamu ini supaya aku dapat bertahan dalam melawan penyakit ini.

p/s: hidupku pasti tidak lama jika penyakit ini semakin teruk. aku nak cakap, aku sayang korang semua.

Read more...

Inikah yang dinamakan rindu.





Tarikh : 24 Julai 2010
Tempat Berkumpul : Mid Valley
Sasaran : ex-MRSM LG 0206
Agenda : Reunion :P

Peserta :
1. Azri Hakim
2. Asyraf Razali
3. Amirul Syafiq
4. Hafizuddin Ghazali
5. Muhammad Sabri
6. Shauki Zafiran
7. Alif Syafiq
8. Haikal Yaakob
9. Wan Farid Kamil
10. Ahmad Khusairi
11. Shamsul Fahmi
12. Intan Izureen
13. Aadila Fatin
14. Nik Nur Salihah
15. Atiqah Razali
16. Ashikin Shaarani
17. Norizan Min
18. Maisarah Shari
19. Siti Zalikha
20. Hazani


Lokasi Dilawati :
1. Mid Valley
2. Putrajaya
3. Sate Kajang Hj Samuri
4. One Class Karaoke PJ
5. Dataran Merdeka

Tak mengenal rasa dan bahasa
Jangan pandang ia dari warna
Papa dan kaya bukan bencana
Susah dan senang lalui cerita
Terdiam kita dalam kesunyian
Merenung ia tak kunjung datang
Menangisi kenangan mati dijalan
Seribu keceriaan tak terlupakan


Read more...

Aku Nak Pakai Tudung!

>> Tuesday, July 6

Ceritanya bgini....

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.
Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. ..Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.
Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.
Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.
Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!
Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???
Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!
Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"
Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.
"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."
Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.
"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".
Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.
SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

hahahahahahahahha~~

Read more...

Sotong tukang tilik.

>> Sunday, July 4


MANUSIA sememangnya diakui makhluk paling pintar dijadikan Allah SWT dan kedudukannya jauh lebih mulia berbanding haiwan. Namun, selain akal yang dikurniakan kepada manusia, ada keistimewaan milik haiwan yang sedikit sebanyak masih menjadi tanda tanya kepada saintis yang jelas satu misteri yang sukar dirungkai.

Haiwan juga diketahui berupaya meramalkan sesuatu, terutama bencana alam dan deria mereka ‘mencium’ bahaya kini diuji saintis bagi ‘membongkar’ keupayaan itu. Terbaru, ‘misteri’ kemampuan meramal itu terserlah pada seekor sotong yang digelar ‘psikik’ oleh penyelidik di Jerman. Ini berikutan keupayaan haiwan marin itu yang dikatakan dapat meneka tepat kemenangan Jerman mengatasi England dalam perlawanan pusingan kalah mati Piala Dunia di Afrika Selatan, baru-baru ini.

Dengan disaksikan ramai, sotong diberi nama ‘Paul’ itu yang menghuni Akuarium Oberhausen di Jerman, itu tanpa ragu-ragu memilih tong bertanda bendera Jerman berbanding bekas ditampal bendera England, beberapa hari sebelum perlawanan Isnin lalu. Malah menurut pemiliknya, Tanja Munzig, sotong berusia dua tahun itu dapat meramalkan keputusan perlawanan membabitkan Jerman di Afrika Selatan dan setakat ini semuanya tepat.

“Ramalan Paul satu menakjubkan. Ia berenang ke arah bekas yang bertanda bendera Jerman, memanjat dan menutup bekas itu sebaik ia duduk di dalamnya,” kata Munzig.

Sotong dilahirkan di United Kingdom dan dipindahkan ke akuarium itu turut menjadi selebriti dalam sekelip mata selepas meramalkan dengan tepat kekuasaan Jerman mengalahkan Australia dalam perlawanan pembukaan, kemudian kalah kepada Serbia sebelum menang dengan Ghana.
Hakikatnya, Paul bukanlah haiwan pertama yang menjadi rujukan untuk sebarang ramalan kerana rujukan terawal mengenai tindak tanduk pelik haiwan sebelum terjadinya gempa bumi ialah di Greece seawal tahun 373 Sebelum Masihi.

Cerpelai, ular dan lipan dilaporkan meninggalkan habitat masing-masing dan menuju ke kawasan selamat beberapa hari sebelum gempa bumi dahsyat. Bukti juga menunjukkan haiwan seperti ikan, burung, reptilia dan serangga mempamerkan tindak tanduk ganjil beberapa minggu sehingga beberapa saat sebelum bencana itu berlaku.

Bagaimanapun, konsisten dan kebergantungan kepada tindak tanduk sebelum kejadian dan mekanisme menjelaskan bagaimana ia berfungsi masih membingungkan manusia. Saintis di China dan Jepun masih berusaha merungkaikan misteri itu.

Dalam kertas kerja terbaru yang disiarkan dalam jurnal saintifik di Amerika Syarikat oleh saintis pada tahun 2000 menyatakan semua gerak hati haiwan memberi reaksi untuk melarikan diri daripada pemangsa dan meneruskan hidup.

Sekumpulan besar haiwan bertulang belakang sudah pun menunjukkan tindak tanduk ‘amaran awal’ yang difahami manusia untuk beberapa jenis keadaan. Jadi, ada kemungkinan reaksi melarikan diri daripada gempa bumi terbentuk daripada genetik sedia ada ini.

Bagi umat Islam, kesimpulannya amat mudah kerana ia adalah tanda kebesaran Allah SWT yang tidak akan menjadi sesuatu di dunia ini tanpa ada tugas dan fungsinya. Tanpa akal sekalipun, haiwan mempunyai tugas masing-masing dan mungkin antaranya ialah memberi amaran kepada manusia dengan cara tersendiri
.

Read more...

Saya Rela Jadi Isteri Kedua Awak.

>> Tuesday, June 29

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP