Gula-Gula kandungi LED - Berbahaya!

>> Tuesday, May 31

AMARAN KESELAMATAN!

Berdasarkan maklumat diterima daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat empat produk yang terlibat iaitu KidsMania Pirate Flash Pop, KidsMania Blink Pop, KidsMania Baby Flash Pop dan KidsMania Flash Pop Mini yang dikeluarkan oleh Syarikat Zhaoqing Kidstar Toys Manufactory Ltd., China yang telah ditarik balik dari pasaran.

Produk makanan tersebut mempunyai mentol bercahaya (Light Emission Diode - LED) yang disaluti dengan gula-gula dan sekiranya mentol ini pecah dan tertelan oleh mereka yang memakannya boleh menyebabkan kecederaan fizikal yang membahayakan kesihatan. Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, makanan-makanan seperti ini tidak dibenar dijual kepada orang ramai kerana mengandungi bahan yang memungkinkan kemudaratan.


Berhati-hati dengan produk ini jika terjumpa di pasaran!

Read more...

Lionel Messi : Kisah Benar Sebuah Inspirasi.

>> Monday, May 30


Pemilik nama Lionel Andres Messi dilahirkan 24 Jun 1987 dan dibesarkan di Rosario, 300 Kilometer sebelah barat laut dari Buenos Aires, Argentina. Dia lahir dengan kelainan hormon yang membuatkan tubuh badannya lebih kecil dari Kanak-kanak seusianya. Keadaan dari segi fizikal itu juga membuatkannya terbuang dari bola sepak.


Hari pertama persekolahannya, Messi dilarang bermain bola sepak daripada jurulatih sekolahnya kerana menilai badannya terlalu kecil. Padahal, budak yang ditolaknya ini adalah pemain terbaik didunia ketika ini. bukan sekali atau dua kali, tetapi mungkin akan betambah lagi gelarannya.


"Masa kecil dulu, "Kutu" (Nama gelaran Messi) mengalami waktu-waktu yang sangat sukar kerana masalah Hormonnya," kata Kakak Messi, Celia.


Messi kelihatan semakin mustahil untuk menjelajahi lebih luas dunia bola sepak, apabila pasukan medical kelabnya memberitahu Messi hanya boleh mencapai tinggi tidak lebih dari 140 sentimeter.

Kerana mengalami masalah ekonomi, ayah dan ibu Messi terpaksa redha. bukan setakat membiayai perawatan Messi sahaja tidak mampu, malah untuk memenuhi keperluan seharian Messi dan tiga adik beradiknya juga dilihat sukar.

Messi dan keluarganya dikatakan hidup sebagai orang susah. Sehinggalah Messi berusia 12 tahun, Saudaranya yang tinggal di Catalonia, Sepanyol membawa Messi ke Barcelona untuk mengikuti ujian pemilihan pasukan.

Pengarah Barcelona ketika itu, Carlos Rexach merupakan orang yang pertama terpegun & melihat bakatnya dan terus meminta Messi meletakkan tanda tangan di atas sebuah kertas sebagai ungkapan simbolis (Ikatan Kontrak).

Setelah itu Barcelona bersetuju membiayai semua kos perawatan Messi. Messi berangkat ke Sepanyol dengan ayahnya. Dan dimasukkan kedalam Skuad U-14 Barcelona pada tahun 2000 yang lalu.


Perlawanan pertamanya sahaja ketika mewakili Skuad U-14 Barcelona telah menjaringkan 5 gol.

Sekarang, Messi dikatakan telah mencapai tinggi sekitar 170 sentimeter dan telah berjaya meraih lima gelaran La Liga, tiga kali trofi Liga Juara-Juara, dua kali FIFA Ballon d'Or, satu kali Olympic Gold Medal dan banyak lagi.




Messi juga merupakan orang yang paling menerima gaji tertinggi di Barcelona dengan memiliki kekayaan senilai 20 juta poundsterling. Namun, menurut Messi, dia akan tetap hidup seperti biasa, menikmati sarapan antaranya danish party dan segelas kopi.

"Saya suka hidup sederhana, Saya juga sama dengan manusia yang lain. Tiada bezanya. Saya menaiki kereta seperti orang lain," Kata Messi, yang kini memiliki yayasan amal untuk kesihatan dan pendidikan Kanak-Kanak yang diletakkan nama "The Leo Messi Foundation".

"Saya tidak membaca buku. Perkara istimewa bagi saya adalah menjaringkan gol. Saya suka menyambutnya bersama kawan-kawan dan rakan sepasukan. Saya menyukai kegiatan amal saya yang membantu kanak-kanak diseluruh dunia."

"Trofi,penghargaan dan jumlah gelaran yang saya dapat akan saya beri kepada kanak-kanak yang sedang membesar di Rosario, Santa Fe, Argentina." Kata Messi.

"Saya belajar berjalan disana sehingga akhirnya boleh mengejar impian saya. Pernah satu ketika dahulu, ada yang mengatakan kepada saya bahawa saya tidak akan pernah menjadi pemain bola sepak."

"Sudah puas saya disindir, dikritik, dan dicemuh oleh orang-orang kampung. menjadikan saya bertekad untuk berpindah ke Sepanyol dengan sokongan penuh dari keluarga saya, saya berjaya menjadi sebahagian daripada Skuad Barcelona. Perkara yang pernah saya impikan dahulu telah menjadi kenyataan,"

Read more...

Pelajar Maahad Tahfiz Diliwat di Asrama.


KUALA KRAI - Perasaan syak seorang ibu apabila anaknya menga­du sakit ketika membuang air besar terbukti apabila anaknya yang belajar di sebuah maahad tahfiz al-Quran dekat sini, mendakwa dia diliwat oleh seorang pelajar senior di asrama maahad tersebut 10 Mei lalu.

Ibu pelajar yang berusia 13 tahun itu, yang mahu dikenali hanya sebagai Yah, berkata, dia mula curiga apabila anaknya itu bertindak lari dari pengajian asrama pada tengah hari Ahad lalu dan mengadu sakit di punggung setiap kali membuang air besar.

Menurut Yah, 48 tahun, setelah didesak oleh keluarga beberapa kali, anak kelapan daripada sembilan beradik itu akhirnya menceritakan bahawa dia diliwat oleh seorang pelajar berusia 15 tahun ketika tidur di bilik asrama kira-kira jam 12 tengah malam, 10 Mei lalu.

”Pada malam kejadian, anak saya sedang tidur apabila dia ditindih dan mulutnya ditutup. Dia mengenali pelajar yang terlibat itu.

”Selepas kejadian, pelajar terbabit mengugut akan memukul anak saya jika dia cuba memberitahu perkara itu kepada ustaz atau sesiapa. Sekarang anak saya berada dalam keadaan trauma,. Dia juga tidak ceria dan tidak mahu kembali belajar di maahad itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abd Rahman Ja’apar mengesahkan menerima laporan.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.


-SINAR HARIAN.

Read more...

Barisan pemain Malaysia untuk menentang Hong Kong 3 Jun 2011.


Friendly Match (A) 2011.
Hong Kong vs Malaysia.
Stadium Hong Kong.
3 June 2011.

Barisan Pemain Yang dipanggil.

1. Amar Rohidan MF Kedah


2. Mohamad Azmi Muslim DF Kedah


3. Baddrol Bakhtiar MF Kedah


4. Mohd Amirulhadi Zainal MF Selangor


5. Mohd Asraruddin Putra DF Selangor


6. Mohd Nasriq Baharom DF Selangor


7. Azidan Sarudin MF Selangor


8. Safiq Rahim MF Selangor


9. Mohamad Aidil Zafuan Ab Razak DF Negeri Sembilan


10. Kunalan Subramaniam MF Negeri Sembilan


11. Mohamad Hisyamudin Mohamed Shaari DF Perak


12. Mohd Nasril Mat Nourdin GK Perak


13. Mohamad Ashaari Samsudin MF Terengganu


14. Mohd Sharbinee Allawee GK Terengganu


15. Helmi Remeli DF Terengganu


16. Ismail Faruqi Ashari FW Terengganu


17. Abdul Hadi Yahaya FW Terengganu


18. Muhamad Shahrum Abdul Kalam DF Kuala Lumpur


19. Syed Adney Syed Hussein GK Sabah


20. Mohd Farisham Ismail DF Kelantan


21. Chanturu Suppiah MF Kelantan


22. Norshahrul Idlan Talaha FW Kelantan


23. Shahrizal Mohd Saad FW Johor FC


24. Mohd Safee Mohd Sali FW Pelita Jaya FC, Indonesia



p/s : Tiada pemain dari pasukan Olimpik kerana mereka sedang bersedia untuk perlawanan persahabatan menentang Kemboja pada 7 Jun dan Qatar pada 13 Jun.

Read more...

Senarai Juara-Juara UEFA Champions League .

>> Sunday, May 29


Inilah senarai pasukan yang berjaya menjuarai Piala Eropah/ Liga Juara-Juara Eropah

1955/56 Real Madrid
1956/57 Real Madrid
1957/58 Real Madrid
1958/59 Real Madrid
1959/60 Real Madrid
1960/61 Benfica
1961/62 Benfica
1962/63 Milan
1963/64 Internazionale
1964/65 Internazionale
1965/66 Real Madrid
1966/67 Celtic
1967/68 Manchester United
1968/69 Milan
1969/70 Feyenoord
1970/71 Ajax
1971/72 Ajax
1972/73 Ajax
1973/74 Bayern München
1974/75 Bayern München
1975/76 Bayern München
1976/77 Liverpool
1977/78 Liverpool
1978/79 Nottingham Forest
1979/80 Nottingham Forest
1980/81 Liverpool
1981/82 Aston Villa
1982/83 Hamburger SV
1983/84 Liverpool
1984/85 Juventus
1985/86 Steaua Bucuresti
1986/87 Porto
1987/88 PSV
1988/89 Milan
1989/90 Milan
1990/91 Crvena zvezda
1991/92 Barcelona
1992/93 Olympique Marseille
1993/94 Milan
1994/95 Ajax
1995/96 Juventus
1996/97 Borussia Dortmund
1997/98 Real Madrid
1998/99 Manchester United
1999/00 Real Madrid
2000/01 Bayern München
2001/02 Real Madrid
2002/03 Milan
2003/04 Porto
2004/05 Liverpool
2005/06 Barcelona
2006/07 Milan
2007/08 Manchester United
2008/09 Barcelona
2009/10 Internazionale
2010/11 Barcelona


Read more...

Senarai Perlawanan Pasukan Malaysia & Olimpik Malaysia ( Jun & Julai 2011 )

>> Saturday, May 21


Perlawanan Persahabatan Malaysia

- Hong Kong vs Malaysia, 3 Jun 2011

- Olimpik Cambodia (Kemboja) vs Olimpik Malaysia, 7 Jun 2011

- Olimpik Qatar vs Olimpik Malaysia, 13 Jun 2011

- Malaysia vs Myanmar, 18 Jun 2011

- Malaysia XI vs Arsenal FC, 13 Julai 2011

- Malaysia XI vs Liverpool FC, 16 Julai 2011

-Malaysia XI vs Chelsea FC, 21 Julai 2011



Perlawanan Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 (Asia) :

- Malaysia vs Chinese Taipei (Taiwan), 29 Jun 2011

- Chinese Taipei (Taiwan) vs Malaysia, 3 Julai 2011



Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 (Asia) :
-Olimpik Lebanon (Lubnan) vs Olimpik Malaysia, 19 Jun 2011

- Olimpik Malaysia vs Olimpik Lebanon (Lubnan), 23 Jun 2011

Read more...

A Tribute to Maestro #21

>> Friday, May 20

ANDREA PIRLO has said goodbye to Milan.





I hope you are as successful and happy as you were in Milan.

Grazie mille per tutto, Andrea. We’ll never be able to repay you for everything you gave us and taught us, “Maestro”.

Read more...

Provokasi Melampau : Apa Tindakan FAM?

>> Thursday, May 12



KELAB Penyokong Siber Bola Kelantan (kelate.net) mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya mengambil tindakan tegas terhadap penyokong bola sepak Negeri Sembilan berhubung insiden membakar bendera Kelantan ketika perlawanan Liga Super di antara kedua-dua pasukan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin.



Timbalan Presidennya, Mahizi Mahmood berkata, tindakan tersebut dilihat cuba menghina pasukan Kelantan dan ia bertentangan dengan semangat kesukanan.



Menurutnya, tindakan tersebut dilihat boleh mencemarkan imej penyokong negeri itu biarpun dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



Tambahnya, sewajarnya penyokong bola sepak Negeri Sembilan lebih rasional dan tidak terikut-ikut dengan perasaan sehingga boleh mencetuskan ketegangan di antara kedua-dua pihak.



“Saya berharap FAM menilai perkara ini secara mendalam kerana ia melibatkan maruah pasukan yang bertanding dan bertentangan dengan prinsip-prinsip bola sepak.



“Siasatan lanjut perlu dilakukan dan sekiranya ia satu kesalahan maka tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi,” katanya di Kota Bharu semalam.



Mahizi memberitahu, tindakan penyokong tersebut juga merupakan satu provokasi yang mungkin akan dibalas kembali oleh penyokong Kelantan ketika mereka beraksi di Stadium Sultan Muhammed IV nanti.



Bagaimanapun beliau meluahkan keyakinan bahawa penyokong setia The Red Warriors supaya tidak melatah dengan provokasi ini dan mengekalkan semangat kesukanan serta tidak melakukan perkara yang sama.



“Saya yakin dan percaya penyokong Kelantan sudah matang dalam isu provokasi ini. Apa yang penting tahun ini kita mahu menjadi kelab penyokong terbaik untuk musim ini,” katanya.



- Kosmo Online!



p/s : dalam usaha kita bersama untuk menaikkan dan menyemarakkan liga bolasepak tempatan, tidak seharusnya ada perkara sebegini berlaku. janganlah dicemarkan dengan provokasi-provokasi melampau seperti ini. perkara-perkara sebegini cuma akan membakar rasa kemarahan dan meningkatkan sentimen kenegerian yang menebal. bersama-sama kita murnikan bolasepak tempatan kita. Malaysia Boleh!

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP