Bukan Kepanjangan Jambatan jadi ukuran.

>> Saturday, January 1

Jambatan terpanjang di dunia sepanjang 41.5 kilometer (km) akhirnya siap dibina di China pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia yang dinamakan Jambatan Qingdao Haiwan, memakan masa empat tahun untuk dibina dan menghubungkan bandar raya ini, di wilayah Shandong, timur China dengan daerah Huangdao.


Kerja-kerja pembinaan jambatan itu dimulakan oleh dua kumpulan pembinaan masing-masing di Qingdao dan Huangdao, sejak 2006.


"Model komputer dan semua pengiraan berjalan lancar tetapi kami hanya berasa lega selepas kedua-dua sisinya dicantumkan," kata seorang jurutera projek itu.


Selepas siap pada Isnin lepas, struktur berkenaan menghubungkan tiga bandar pesisir di wilayah Shandong.


Sebelum ini, gelaran jambatan terpanjang di dunia dipegang oleh Laluan Tasik Pontchartrain sepanjang 38.42km di selatan negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS).


TETAPI..

Projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, Kelantan sepanjang 811 meter ni bila nak siap?? Sudah bermula sejak 02hb. Ogos 2007 lagi. Oleh itu, saya memohon jasa baik Kementerian Kerja Raya agar dapat memantau rapi pelaksanaan projek ini kerana ia melibatkan imej Kerajaan Pusat dan telah beberapa kali ditegur oleh Sultan Kelantan tetapi tidak ada usaha bersungguh-sungguh yang menjayakannya.


Nukilan Hati dari FARIDKAMILMARAVILLA. forza milano ! gomo kelate gomo !

2 kata jiwa anda:

kaizen February 12, 2011 3:47 PM  

politik.....
negeri2 pembangkang projeknye dilewat2kn yg kt negeri sendiri laju jer....UMK bler nk siap agk nye??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP