AC Milan JUARA Trofeo Berlusconi Edisi ke-21.

>> Monday, August 22

AC Milan muncul juara Trofeo Berlusconi setelah berjaya menundukkan Juventus 2-1 di Giuseppe Meazza, San Siro semalam. Dua gol AC Milan adalah hasil voli cantik daripada Kevin Prince Boateng dan lencongan menarik sepakan percuma Clarence Seedorf. Juventus mendapat gol saguhati menerusi tolakan mudah penyerang baru mereka, Mirko Vucinic pada separuh masa kedua.

AC Milan yang turun dengan formasi 4-3-2-1, tampak garang dengan serangan bertali arus sejak wisel permulaan perlawanan lagi. AC Milan juga turun tanpa dibarisi ramai tonggak bintang mereka kerana kecederaan dan direhatkan.

Mario Yepes, Thiago Silva, Robinho dan Alexandre Pato bercuti. Zlatan Ibrahimovic, Stephan El Shaarawy, Filippo Inzaghi, Philippe Mexes, mengalami kecederaan. Mark Van Bommel & Flavio Roma direhatkan.

Kemenangan semalam menjadikan ini adalah kali ke-12 AC Milan merangkul kejuaraan Trofeo Berlusconi ini setelah dipertandingkan 21 kali.

AC Milan XI :Abbiati; Abate, Nesta, Bonera, Taiwo; Gattuso, Ambrosini, Seedorf; Boateng, Emanuelson; Cassano














Nukilan Hati dari FARIDKAMILMARAVILLA. forza milano ! gomo kelate gomo !

0 kata jiwa anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP