aku rindu KAMU!

>> Monday, January 25


aku merindui zaman sekolah menengah ku di MRSM LENGGONG!
rindu kawan-kawan. rindu cikgu-cikgu. rindu sume-sume skali kat MRSM LENGGONG.
2002-2006. 5 tahun yang penuh kenangan!
oh! rindunyer!
*fullstop*



Read more...

Tanah Bernanah!!!

>> Tuesday, January 19


TANAH BERNANAH adalah tajuk teater yang dipersembahkan oleh kumpulan teater Kolej Kediaman Ungku Aziz pd Karnival Teater Universiti Malaya 2010 ( KAVITER 2010 ). Skrip ini adalah garapan dari sebuah puisi yang ditulis oleh S. Florentino dan diadaptasi oleh Aminah Raphor. Akhirnya telah diolah oleh Eddy Rusdi ( Pengarah teater ini).

Pengerusi JKP KREATIF: Noreen Nattassa
Pengarah: Eddy Rusdi
Pembantu Audio: Maldini Faridkamil
Pembantu Lighting: Shakirin
Pembantu Recording: Abbas Shabuddin
Team Crew: Atiqah, Juhaida, Farah, Diyana, Azalea, Syafiqah, Ayunni.

Pelakon...
ANJAH : Jamil Mokhtaruddin.
MINAH : Norliza
KIAH : Dina Akmal Suhaimi
SALMAH : Nur Diyana Sallehuddin
BIDIN : Nizam
SUZY : Haniff Romainoor
PELACUR 2 : Amy Tay
PELANGGAN : Amirul Anuar
ORG KMPUNG 1 : Mohamad Arif
ORG KMPUNG 2 : Iz'aan Paiz
KONTRAKTOR : Zulfadhli


Pementasan teater Tanah Bernanah ialah pada 17 Januari 2010 pada jam 2.30petang di Auditorium KPS UM. Teater ini mengambil masa selama 45minit. Ternyata semua pelakon all-out!! Memang mantap! Pengarah ternyata berpuas hati. Juri-juri nampaknye impress. Semua gembira n hepi sgt!!

Keputusan pertandingan dibuat pada jam 9.30 malam 17 Januari 2010 yang berlangsung juga di Auditorium KPS UM. Kami semua berdebar-debar menantikan keputusan. di sudut hati masing-masing telah yakin bahawa Tanah Bernanah akan menggondol anugerah kerana masing-masing berpuas hati dengan persembahan.


YEEEHHHAAA!!! Kami memenangi 5 drpd 7 anugerah utama iaitu :

PELAKON WANITA TERBAIK : MINAH (Norliza)
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK : SALMAH (Diyana)
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK : BIDIN (Nizam)
PELAKON LELAKI HARAPAN TERBAIK : ANJAH (Jamil)


JUARA KESELURUHAN KARNIVAL TEATER UNIVERSITI MALAYA 2010 jatuh kepada TANAH BERNANAH dari KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ!!!!!!!!!!!

perasaan tak leyh nak dgambarkan lagi. meremang bulu roma. memang berbangga atas kemenangan ini. amat menggembirakan. kemenangan yg pada mulanya tak dijangka. 3mggu usaha mereka semua amat berbaloi. Alhamdulillah~~ Syukur~!!!

KUAZ is the best!!! Everybody Hail KUAZianS Spirit!!!!

from KUAZ with LOVE,
-faridkamil-

Read more...

Jersi Baru Pasukan Kelantan 2010

>> Wednesday, January 13





1. ditaja oleh UMBRO
2. home MERAH. away PUTIH.
3. ada logo 1MALAYSIA kt tgh2.
4. masih mengekalkan ALHAMRA sebagai penaja utama


foto credit utk USERUN

from KUAZ with LOVE,
-faridkamil-

Read more...

Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran www.azizwan.com

>> Thursday, January 7



saya dapat tahu tentang contest ni daripada blog Ery Farieha


Read more...

Tokoh korporat Malaysia bakal miliki West Ham United


Dua tokoh korporat tempatan, Datuk Seri Tony Fernandes dan Datuk Kamaruddin Meranum kini di peringkat akhir untuk membeli kelab bola sepak Liga Perdana England, West Ham United. Sumber memberitahu, pembelian kelab yang dibimbing oleh Gianfranco Zola itu akan dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu akan datang. Katanya, menerusi pembelian tersebut, Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd. (AirAsia) dan Kamaruddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, akan memegang 51 peratus saham kelab tersebut. ''Pemilikan kelab West Ham oleh kedua-dua tokoh korporat itu adalah pelaburan peribadi dan ia tidak melibatkan kepentingan syarikat AirAsia,'' kata sumber tersebut. Fernandes merupakan penyokong setia West Ham. Beliau juga adalah Ketua Pasukan Lotus F1 Racing manakala Kamaruddin merupakan Pengarah pasukan yang akan beraksi dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini. Tambah sumber tersebut, pemilikan kelab England itu turut membuktikan kemampuan rakyat Malaysia membeli sebuah kelab yang beraksi dalam liga bola sepak terkemuka di dunia. ''Pemilikan West Ham oleh kedua-dua tokoh korporat itu kena pada masanya kerana ketika ini para pemain bola sepak negara sedang mencari kelab untuk berlatih di Eropah. ''Atas semangat 1Malaysia, saya percaya mereka tiada halangan untuk memberi kebenaran jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu menempatkan para pemain negara di West Ham,'' kata sumber tersebut.. West Ham United berpusat di Upton Park, timur London, menduduki tangga keempat tercorot Liga Perdana England dengan mengumpul 18 mata dari 20 perlawanan, di depan, Bolton, Hull dan Portsmouth.

Read more...

SELAMAT TAHUN BARU 2010

>> Friday, January 1

SELAMAT TAHUN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA. SEMOGA 2010 AKAN MENJADI TAHUN KEBANGKITAN KITA SEMUA. SEMOGA 2010 AKAN MENJADI TAHUN DI MANA TITIK MULA SEBUAH PERUBAHAN KEPADA PERADABAN DAN KETAMADUNAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA BAKAL MAJU. ORG MELAYU HARUS BERSATU. KESEDARAN HARUS HADIR. ORG ISLAM HARUS BERSATU. GAGASAN 1MALAYSIA ADALAH MENJADI BRANDING TEPAT DALAM PERPADUAN KITA SEMUA. LANJUTKAN KEAMANAN. TINGKATKAN PRESTASI. RAKYAT SEJAHTERA. MALAYSIA MAJU.
MALAYSIA BOLEH! DULU.KINI&SELAMANYA.



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP