Sumbang Mahram - Haruan Makan Anak!

>> Monday, June 20


Seorang bapa sanggup menjadikan anak kandung sebagai tempat pemuas nafsu sehingga melahirkan tiga anak.

Malah, bapa dan anak itu mengaku bersekedudukan sejak tujuh tahun lalu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Bakar Abdullah Kutty dekat sini, semalam.

Bapa seorang duda dan pasangannya tinggal bersama di sebuah rumah di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu dekat Tumpat sehingga melahirkan anak berusia enam, lima dan tiga tahun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie Kanan, Zaini Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya berkelakuan sumbang dan bersekedudukan sehingga melahirkan dua anak lelaki dan seorang perempuan dengan melakukan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah No 2/85 jika sabit kesalahan boleh dihukum denda RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, kira-kira jam 1.30 pagi semalam, bertindak atas maklumat awam pasukan penguat kuasa melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di Wakaf Bharu yang didapati terang namun berkunci di bahagian dalamnya.

Kemudiannya, pintu itu dibuka seorang lelaki dan pegawai berkenaan periksa sebuah bilik tertutup, tetapi tidak berkunci serta mendapati seorang lelaki berseluar pendek, berbaju bersama seorang perempuan berbaju, memakai seluar tidur.

Ketika perbicaraan berlangsung, Saari, yang juga mekanik mengakui kesalahan itu dan meminta mahkamah ringankan hukuman kerana masih mempunyai tanggungjawab untuk menjaga serta membesarkan kelima-lima anaknya hasil dua perkahwinannya.

Bagaimanapun, Abu Bakar selepas meneliti dan mengambil kira semua pengakuan beliau memutuskan kedua-dua pasangan itu diarahkan tinggal berasingan selama-lamanya bagi mengelak perkara sama berulang.

Saari dijatuhi hukuman denda RM2,500 dan setahun enam bulan penjara dan sekiranya gagal membayar denda tempoh penjara dipanjangkan menjadikannya dua tahun.

Bagi anaknya, dia dikenakan denda RM2,000 atau penjara enam bulan sekiranya tidak menjelaskan bayaran berkenaan.
- Sinar Harian.


Nukilan Hati dari FARIDKAMILMARAVILLA. forza milano ! gomo kelate gomo !

10 kata jiwa anda:

Anonymous June 20, 2011 9:32 PM  

ini dah ada berlaku lama dulu di daerah mulong..kalau dahtak ada iman gitu lah...Sembahyanglah kamu bagi mencegah kemungkaran.

kaizen June 20, 2011 9:47 PM  

klo kne rogol len la..anak ngan bapak same jerrr...

Nurul Husna June 20, 2011 10:49 PM  

kalau setakat hukuman macam ni, tak tau lah, astaghfirullahalazim....rasa jijik sangat, nauzubillahiminzalik...

maldinifaridkamil June 20, 2011 11:54 PM  

hukuman memang tak setimpal langsung kan?..hurmmm..nauzubillah..
memang cukop memalukan..dua2 bernafsu lak ngan darah daging sendiri..haish..

Amy Amira June 21, 2011 12:46 AM  

apa kan bangang ayah dia,kalau dh gatal sgt kahwin lah lagi 1!bangang!pompuan kat ramai kat luar sana tu yg boleh kahwin!ni anak sendiri!bodoh!

suha June 21, 2011 1:03 AM  

bila nafsu dibiarkan beraja (^_^)

Fadzlin Basir June 21, 2011 9:52 AM  

anak sendiri pun nak dibahamnya..sengal sungguh...mcm da xde pompuan lain..=="

Balqis Nazid June 21, 2011 3:32 PM  

Hukumannya ringan sangat tak padan dengan kesalahan yang dah di buat..
nak panggil apa..atuk ke ayah..
macam tak guna akal..
yang si anak tak kan menyerah jer
erm...dunia semakin akhir zaman..

Qaseh Dalia June 21, 2011 6:06 PM  

denda duit pastu penjara .. hurmm ,,hukuman Allah nnt lagi setimpalll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP