Jersi Baru Barcelona bagi musim 2011/2012

>> Saturday, June 4


Untuk musim 2011-2012, Barcelona akan bermain dalam pakaian baru di laman sendiri dan lawan yang mengandungi ciri-ciri moden ketika ia masih mengekalkan corak dan sejarah kelab yang termasyhur.

Baju jersi tempat sendiri mengandungi jalur ikon jingga dan biru yang dikenali di dunia dengan sebelas jalur untuk kesekian kalinya. Di bahagian dalam kolar tertera motto “Tots unit fem for├ža” (“All together, we are strong”), yang diambil dari lagu kelab Barcelona.

Baju jersi tempat lawan Barcelona berwarna hitam sepenuhnya dan ia direka dengan tujuan menggambarkan matlamat dan misi baru untuk perlawanan di tempat lawan. Jersi ini mengandungi warna hitam bersulam kelabu di bahagian bahu dengan bendera Catalan, “Senyera”.

Jersi ini dicipta dari bahan kitar semula polyester yang dirintis oleh Nike – buat kali pertama ia untuk baju dan seluar.

Sepasang jersi ini dihasilkan dari 13 botol plastik yang dikitar semula. Ia mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 30% jika dibandingkan dengan kain lama dari polyester dan menyelamatkan hampir 100 juta botol plastik dari memenuhi tapak pembuangan sampah.

Jersi dan kelengkapan pasukan sedia untuk ditempah bermula pada 18 Mei dan akan berada di butik Nike bermula 24 Mei nanti.


Nukilan Hati dari FARIDKAMILMARAVILLA. forza milano ! gomo kelate gomo !

0 kata jiwa anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP