Mencuci Gigi Di Fakulti Pergigian USIM

>> Friday, October 30

Pada hari Khamis bertarikh 29Oktober2009, aku, haziq, josh n noen telah bertolak ke Ampang pada jam 3.00petang. Kami menuju ke satu lokasi yang hanya dapat digambarkan sebagai klinik gigi member noen. Hurmmm. Kami amat berdebar2 n teruja sekali untuk mengalami pencucian atau pembersihan gigi. Maklumlah, da lame xjmpe doktor gigi. Hehe. =)

Di pertengahan jalan, hujan lebat turun, tapi xpe. kami masih mampu meneruskan perjalanan kerana kami menaiki kereta Perodua Viva WRM 8987 milik Haziq Md Isa. huhu. Kami mencari-cari Menara MPAJ. Kerana kata kawan noen tempatnye di sana. So, Haziq mengeluarkan Nokia E66 nye utk mencari arah ke Menara MPAJ gune GPS. (Canggih wo!) ;D



Akhirnya kami nampak sebuah bangunan tinggi berwarna coklat (mungkin), dan tertera nama MENARA MPAJ. Kami parking di sana. Dan menunggu kawan noen datang menjemput kami. Kemudian, datang seorang wanita muda menghampiri kami. Dia menegur noen dan josh berkata "macam kenal jek!". Aku dan Haziq terus memandang wajahnya, Eyl rupanya. Si "cousin" iffa tuh. Kami pernah jumpe dye tym BBQ kt Hulu Langat rituh. huhu~


Kami pun terus ke tingkat 16 dengan menaiki lif. Keluar je dari lif, terpampang papan tanda FAKULTI PERGIGIAN USIM. da sampai upenye. huhu. Kami terus dibawa ke kaunter utk proses pendaftaran. Haziq "mangsa" pertama. Dia masuk dulu. Pastu Noen. disebabkan doktor ada dua jek. So, aku n josh pn tggu la dlu kt luar. Aku memegang no giliran 1007.




Then Haziq keluar menceritakan pengalamannye di dalam tadi. Kami ke tanda sebentar. Kemudian, nama WAN FARID KAMIL dipanggil. Aku terus masuk ke Bilik 3 dengan panduan seorg nurse. Di sana ada seorang doktor yang berbangsa Arab. Dia kata "have a seat". Aku terus duduk di atas kerusi operation tuh. Then dye tekan no 1, dan seat ku menurun ke belakang.

Doktor : What's ur problem?
Aku : *Xjawab pon* (Nga pk pkataan english sbnanye)
Doktor : Wear the goggle and NGANGA.
Aku terus menganga n pejamkan mata. Mengucap dulu. Agak berderau la darah aku mase tuh. hahaha. Takot sebenanye. Dye pn kate, "Ur teeth are very nice, They have no problem but need to be scaling" (btol ke aku eja scaling nih). Aku pon OK kn je la. haha. =)



Then dorg pn start la. Bunyi mesin dye, rase sengal2 kt gigi, air penuh dalam mulut, memang xslesa. Sakit pn ade. Bau bnde terbakar pn ade. Tapi xpe, saba je la. Menunggu ble nak abes. Ish. Lame la plak rase an. Hahah. Akhirnye habis gak. Nurse suruh berkumur. Memang berdarah-darah ar kuar. Then aku kuar, tgk kt Bilik 2, noen xsiap ag. n josh ade ag kt luar. Aku terus ke tandas utk berkumur lagi. Amat pedih rasenye bile trkena air di gusi. huhu~

Pastu, noen pn kuar la. Abes jugak minah ni. Lame tol. Rupe2nye doktor cakap gusi dye lemah. Ish3, byk masalah dye nih. Da la lidah ade ulser. hahaha~ Josh pn masuk utk membuat pemeriksaan lak. Agk lame la tggu josh nih. dalam 30 minit gak la. Ble dye kuar, tnye die macam mane. dye cakap Best + Sakit. Gigi dye kne tampal, patot la saket. ahax. Yg bestnye, doktor yang check dye tuh, doktor pompuan. Ish, x aci btol la josh dapat doc pompuan. da la lembut dan berbudi bahasa. Yg aku n Haziq check td doc laki. da la kasar gle. huh~



Pastu kami pn trun la. Perut da lapar gler. Tggu la si Eyl tu kuar sekali. Dye bawak kami ke Steven's Corner utk menjamu selera. FUH!! Kedai Mamak yg ni mmang kelas. ada wi-fi, besar, bersih gler. Memang kenyang makan, tapi gigi still rase sengal ble minum air sejuk.huhu~ Yg josh plak kne gigit kt sebelah kanan giginye jek. Maklumlah, gigi belah kiri kena tampal, saket ag. Ikut nasihat doktor la xleyh makan bnde keras selama 24 jam.

Then, kami balik ke varsiti terchenta, Universiti Malaya. Sampai kat kolej kul 6.45 petang. Penat! SAket! BEst! sume perasaan ade. GIGI KAMI KINI DA PUTIH! SUCI,BERSIH,BERSINAR2!! Trimas Doktor2!! *blink2*

and yang paling penting, FREE OF CHARGE!!



From KUAZ with LOVE,
-faridkamil-


Nukilan Hati dari FARIDKAMILMARAVILLA. forza milano ! gomo kelate gomo !

6 kata jiwa anda:

Sharif John October 31, 2009 7:32 AM  

Gusiku berdarah.... aku rasa mcm nk buat jgk....

Anonymous August 19, 2013 12:36 PM  

hi nak tanya klinik ni ada buat orthodontic braces x??cos and payment??

Anonymous December 06, 2013 5:54 PM  

^^ terima kasih dtg klinik gg usim yg ramai xtau tu..biar sy jwbkn sln diatas,ade rwtn braces,buat ms ni Rm1500 utk budak skola,Rm3000 utk above 17.rahang ats n bawah.skrg ni waiting list setahun.mai la dtg orthodontic screening ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP