Bolasepak Malaysia Memang Menarik

>> Thursday, December 30


Sekali lagi, ucapan jutaan tahniah kepada skuad bolasepak kebangsaan yang telah menjulang Piala AFF Suzuki 2010 malam tadi di Stadium Gelora Bung Karno setelah menundukkan tuan rumah, Indonesia dengan agregat 4-2. Seluruh rakyat berbangga dengan kejayaan ini.

Kali ini, entri ini berkisarkan mengenai rentetan daripada kejayaan pasukan bolasepak Malaysia kali ini. Segala faktor, akibat dan harapan masa depan kepada bolasepak Malaysia.

Faktor kejayaan Malaysia:


1. Pemain-pemain dalam pasukan kali ini bagaikan sudah serasi dan mudah mengikut taktikal yang dicorakkan K.Rajagobal.

2. Elemen 1Malaysia diterapkan dalam skuad. Ada Melayu, Cina dan India.

3. Mental dan kesungguhan pemain meningkat setelah dapat menunjukkan sedikit peningkatan dalam Sukan Asia Guangzhou 2010 walau dilanda pelbagai musibah.

4. Pemain-pemain Malaysia cuba membuktikan bahawa kata-kata pengkritik adalah salah. Pengkritik bolasepak mengatakan pasukan Malaysia kali ini tidak akan ke mana kerana ramai tonggak utama tercedera.


5. Kekalahan memalukan 5-1 dalam perlawanan pembukaan Piala AFF Suzuki kepada Indonesia juga menjadi satu turning point kepada kebangkitan pasukan Malaysia, setelah dikecam hebat oleh seluruh rakyat dan media.

Akibat daripada kejayaan Malaysia ini:


1. Rio Ferdinand juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia. yang mana beliau menyatakan pasukan Malaysia juga bagus ketika Manchester United menentang Malaysia pada Jelajah Asia, julai lalu.

(sila klik pada gambar untuk view yg lebih terang n jelas)

2. Seluruh rakyat bverpusu-pusu mengucapkan tahniah dan kata-kata pujian kepada pasukan bolasepak Malaysia di dalam pelbagai media seperti Facebook, Twitter, Friendster, Blog, YM, LinkedIn dan juga di mulut mereka.


3. Jumaat, 31 Disember 2010 diumumkan sebagai hari cuti peristiwa kerana kemenangan pasukan bolasepak Malaysia ini. Perdana Menteri mengumumkan melalui media elektronik.


4. Seluruh rakyat Malaysia bersatu dalam sukan bolasepak melupakan perbezaan politik, agama, dan warna kulit.

5. Rakyat Indonesia turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang berjaya merangkul piala ini buat kali pertama.
(sila klik pada gambar untuk view yg lebih terang n jelas)

6. Laman facebook pemain-pemain bolasepak negara mula menjadi tumpuan peminat-peminat tanah air terutamanya penjaga gol sensasi, Khairul Fahmi Che Mat dan penjaring terbanyak kejohanan, Safee Sali. Page utama Khairul Fahmi menerima 200 'like' dalam tempoh 1 minit!! satu fenomena!! hehehe..


(sila klik pada gambar untuk view yg lebih terang n jelas)

Harapan pada masa hadapan:

1. Pemain-pemain dapat mengekalkan fokus dan momentum kemenangan bagi mengharungi perlawanan-perlawanan penting pada 2011 seperti Kelayakan Sukan Olimpik 2012 dan Kelayakan Piala Dunia 2014.

2. Saingan Liga Malaysia pada 2011 akan menjadi lebih menarik dan sengit di antara semua pasukan tempatan. Pemain-pemain lain di Malaysia diharapkan mendapat inspirasi dan semangat baru untuk menaikkan martabat bolasepak Malaysia.

3. Peminat-peminat bolasepak Malaysia terus menyokong pasukan kebangsaan dan pasukan-pasukan tempatan yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia 2011. Penyokong-penyokong diharapkan dapat memenuhkan kapasiti stadium setiap kali perlawanan berlangsung.

4. FAM diharapkan dapat mencongak sesuatu yang lebih menarik dalam meningkatkan situasi dan prospek kejayaan bolasepak Malaysia seperti memanggil pulang rakyat-rakyat Malaysia yang bermain di luar negara seperti Titus James, Brendan Gan, Takeshi Takeda. sila rujuk ENTRI INI. untuk info tentang pemain-pemain malaysia di luar negara. :)

Akhir sekali,semoga nama Malaysia terus maju dalam dunia bolasepak. Buktikan sesuatu dalam dunia bolasepak yang lebih luas pada 2011 ini. MALAYSIA BOLEH!!!!

Read more...

Asia Tenggara milik Harimau Malaya !

>> Wednesday, December 29


Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan penalti pada awal babak permainan dan Safee Sali menjaringkan gol ke-5 peribadi dalam kejohanan ini membolehkan Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama walaupun tewas 1-2 kepada Indonesia dalam pusingan kedua perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno tadi.

Daripada keputusan 3-0 dari perlawanan pusingan pertama ahad lalu, Indonesia mensia-siakan peluang untuk mengurangkan defisit gol apabila Firman Utina gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-15 yang mana terus diselamatkan dengan kemas oleh Khairul Fahmi Che Mat. Harapan Indonesia untuk melakukan 'comeback' dalam perlawanan ini tampak makin berkecai setelah rembatan padu Safee Sali menerjah jaring pada minit ke-54.

Mohamad Nasuha bagaimanapun berjaya menjaringkan gol buat Indonesia pada minit ke-72 perlawanan dan rembatan beliau yang tertampan pertahanan Malaysia pada lewat babak permainan membolehkan Indonesia menang 2-1 dan mengekalkan 100% kemenangan di tempat sendiri pada Piala AFF musim ini walaupun Malaysia tetap menjadi juara dengan agregat 4-2.

Malaysia tewas 5-1 kepada Indonesia dalam perlawanan pembukaan kejohanan ini. Namun, hanya melepaskan 3 gol pada 5 perlawanan seterusnya dan menjadikan Piala AFF Suzuki milik mereka. Dan keputusan ini meneruskan kemarau kejuaraan Indonesia pada kempen kejohanan ini di mana mereka menjadi naib juara Piala AFF buat kali ke-4.

Kedua-dua pasukan melakukan dua pertukaran pada kesebelasan utama daripada perlawanan pusingan pertama. Indonesia meletakkan Arif Suyono menggantikan Okto Maniani yang digantung dan Irfan Bachdim kembali dengan mengganti tempat Yongki Aribowo yang mengalami kecederaan lutut. Malaysia pula memasukkan Sabre Abu dan Ashari Samsuddin menggantikan tempat Mahali Jasuli dan Amirulhadi Zainal yang kedua-duanya digantung akibat mengutip 3 kad kuning.



Penonton yang mana termasuk Presiden Bambang Yudoyono, Luna Maya dan Manohara memenuhkan tempat duduk 85,000 kapasiti Stadium Gelora Bung Karno kira-kira dua jam dari sepak mula perlawanan dengan harapan dapat memberi sokongan moral kepada pasukan Garuda yang memerlukan gol-gol awal untuk kembali dalam persaingan.

Setelah perlawanan berbaki 35 minit, pengemudi Indonesia baru melakukan pertukaran dengan memasukkan Bambang Pamungkas & Eka Ramdani bagi menggantikan Irfan & Firman. Ternyata kemasukan Bambang Pamungkas memberi impak pada bahagian serangan Indonesia. Pertahanan Malaysia yang dikemudi Muslim Ahmad & Fadhli Shas masih utuh menyerap serangan bertali arus Indonesia. Kemasukan Razman menggantikan Amar Rohidan, menjadikan Razman selaku pertahanan kiri dan Sabre Abu dibawa ke posisi defensive midfielder menemani Safiq Rahim.

pertahanan tampak makin longlai menuju penamat perlawanan apabila Indonesia berjaya merapatkan defisit jaringan dengan 2 gol lantas memberi harapan kepada pasukan Indonesia untuk mengatasi Malaysia. namun, sudah terlambat kerana perlawanan hanya berbaki 2 minit ketika itu. Masa tambahan yang diberikan oleh pengadil utama dari Australia, Peter Green sebanyak 4 minit banyak dihabiskan di tengah padang dan aksi pemain tercedera.

Akhirnya, wisel penamat dibunyikan dan Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki buat kali pertama dalam sejarah kejohanan. Kem Malaysia bersujud di atas padang dan mengucapkan tahniah kepada satu sama lain tanda mereka berpuas hati dengan kejuaraan ini. Segunung tahniah buat pasukan Harimau Malaya. Daripada Dato' Subahan Kamal selaku pengurus pasukan sehingga kepada rakyat-rakyat yang menyaksikan perlawanan secara langsung, mengucapkan kata-kata kesyukuran kerana nikmat mengecapi kejuaraan ini diberi sebagai satu hadiah penting buat negara Malaysia untuk menutup tahun 2010 dengan cemerlang.

Sekali lagi, ucapan tahniah kepada pasukan Malaysia. K.Rajagobal dan seluruh anak buahnya membanggakan negara. Malaysia Boleh!

Read more...

Penonton vs Penyokong

>> Tuesday, December 28


Adakah kita seorang PENONTON atau seorang PENYOKONG..


PENONTON hanya pergi menonton perlawanan bolasepak dan gembira apabila pasukan menang sahaja..takut dan malu utk memekik dan melaungkan kata2 semangat kpd pemain-pemain pasukan dan juga akan memaki kpd pasukan bila mutu permainan hambar dan keputusan tidak menyebelahi pasukan disokong..



PENYOKONG adalah individu atau juga group yang memang menyokong pasukan tatkala menang atau kalah, sentiasa memberi galakan kpd pasukan dalm keadaan menyorak,memekik juga menyanyi..sentiasa memberi semangat kpd pasukan juga pemain utk mencapai kemenangan atau mutu perlawanan yang baik..Penyokong juga akan selalu memenuhi stadium walau di mana berada dan kesempatan yang tiba..

jadi, fikir2kanlah anda tergolong dari entiti yang mana??




Beliau ini termasuk dalam golongan mana? adakah situasi ini akan berulang malam esok?



Bila anda akan dapat menjadi PENYOKONG SETIA seperti ini?

Read more...

Saya Blogger Kelantan



NAMA
Wan Farid Kamil Wan Ibrahim
a.k.a Kumin / Hew-Hew / Kamil / Farid / Kunyit / Kuyu / Farid Kamil

STATUS
Sudah dimiliki? Akan dimiliki? Ingin dimiliki? Memiliki?

CARA HUBUNGI
Facebook
Blog
Twitter

DAERAH / JAJAHAN
Tumpat or Pasir Mas

TEMPAT TINGGAL
Pasir Pekan. Wakaf Bharu. tau x??

APA YANG MENARIK?
Cendol Taman Indera.
KB Mall
Splash Water
banyak kot..penat la nak cakap..sape tak kenal kelantan..hahaha..

nota: GOMO KELATE GOMO! SEX KITO JANGE PECCOH!

-Segmen ini adalah anjuran Blog Pilihan Malaysia 2010. Klik untuk join! :)

Read more...

Jalan Pintas di Alam Maya!



anda semua mesti ada blog kan?
so, anda semua mesti ada komputer kan?
so, anda biasa menggunakan komputer kan?
saya mahu berkongsi sedikit ilmu bersama anda.
jalan pintas (shortcut) dalam komputer!
cuma menggunakan papan kekunci (keyboard) komputer anda.
enjoy k!

  1. Windows key + E = Explorer
  2. Windows key + Break = System properties
  3. Windows key + F = Search
  4. Windows key + D = Hide/Display all windows
  5. Windows key + P = Changes display mode
  6. Windows key + L = for lock display
  7. ALT + Tab = Switch between windows
  8. ALT, Space, X = Maximize window
  9. Alt + Left Arrow = Back
  10. Alt + Right = Forward
  11. CTRL + Shift + Esc = Task Manager
  12. CTRL + C = Copy
  13. CTRL + X = Cut
  14. CTRL + V = Paste
  15. CTRL + Z = Undo an action
  16. CTRL + Y = Redo an action
  17. CTRL + A =Select all items in a document or window
  18. F1 = Display Help
  19. F2 = Rename the selected item
  20. F3 = Search for a file or folder
  21. F4 = Display the Address bar list in Windows Explorer
  22. F5 = Refresh the active window
  23. F6 = Cycle through screen elements in a window or on the desktop
  24. F10 = Activate the menu bar in the active program

Read more...

Family Outing

>> Monday, December 27




Hari ini, 27 Disember 2010, Isnin, aku dan ahli keluargaku ( abah, umi, adik noni & adik yie ) menuju ke negeri Terengganu Darul Iman. Tujuan utama perjalanan kami ialah kerana ada kenduri teman sekerja abahku di Kuarters Imigresen Kuala Terengganu.


Dalam perjalanan, kami dikejutkan dengan berita kematian sahabat sekampung abah, Pok Nik Lan. Namun, kami sudah hampir sampai ketika itu. tak sempat nak patah balik. kalau kat besut, mesti da patah balik. Innalillahwainnailaihiraji'un. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Semoga seluruh amal beliau diterima Allah SWT dan rohnya dicucuri rahmat.


Kami tiba di rumah kenduri pada jam 12.30 tengahari. Nasi nye sedap. tapi ayamnya keras dan daging nya masakan berlemak. muak. huhu. abah cakap masakan Terengganu memang tak sedap. *no offence*. tapi, pengantin cantik + hensem. bertemakan warna merah putih. memang merpati dua sejoli+pinang dibelah dua la mereka. ehehehe. Kami cuma setengah jam di sana. pastu terus bertolak pulang.



Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Taman Tamadun Islam Negeri Terengganu. Tempatnya di pinggir bandar. berdekatan dengan kampung losong. Adik nak sangat ke sana. abah pn singgah la. sampainya kami di sana, memang memukau pandangan. rekabentuk bangunan memang menarik. sungguh islamik. kami berjalan di sepanjang jambatan kayu yang disediakan menuju ke Masjid Kristal untuk menunaikan solat zohor. memandangkan perjalanan sudah melebihi 2 marhalah, kami jamak taqdim terus sekali dengan solat asar. sempat jugak la bergambar kenangan sikit di sana. jehehhe.




Lepas tu kami teruskan perjalanan pulang. sempat membeli keropok di satu kedai di kampung losong. kami try dan kurang memuaskan hati. so, abah decide nak berhenti kat Kedai Keropok Sukaramai di Tanjung. Banyak jugak keropok kami borong. hehehe. :)


Then, kami meneruskan perjalanan pulang dan tiba di rumahku syurgaku pada jam 5.45 petang. Alhamdulillah. balek2 je teros qada' tidor. fuh!~ *aku baru bangun tidur la ni. hehehe


Hari ini juga adalah hari jadi adik saya, Wan Fitri Hakim Wan Ibrahim, yang ke-15.. Happy Birthday to You. May Allah bless u always. hope u get all u wish for. we all love you so much! :)

Read more...

Garuda tumbang di Bukit Jalil.



Pertama sekali aku ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menumpaskan pasukan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF 2010. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Ashari Shamsudin dan 2 gol dari Safee Sali.

Dua daripada tiga gol tersebut dibantu oleh pengantin baru, Norshahrul Idlan Talaha. Memang terbukti beliau memang berbahaya bila menggelecek bola di tepi garisan. Lincah dan pantas. Penyokong-penyokong Malaysia berbaju kuning membanjiri stadium menggamatkan suasana bagi memberi sokongan padu kepada pasukan kebangsaan yang baru kali kedua membuat penampilan di perlawanan akhir piala ini.

K.Rajagobal selaku pemikir utama dalam mencorakkan permainan Malaysia memang patut menerima pujian kerana pasukan Malaysia mempamerkan permainan yang menarik dan ternyata berbeza daripada perlawanan-perlawanan sebelum ini. Malaysia mempamerkan corak permainan menyerang dari minit pertama perlawanan lagi. Barisan pertahanan nampak kukuh diketuai oleh Muslim Ahmad dan Fadhli Shas sebagai pertahanan tengah. Manakala Asraruddin Putra dan Mahali Jasuli mengisi posisi pertahanan kiri dan kanan. Safiq Rahim selaku kapten pasukan bergandingan dengan Amar Rohidan sebagai pemain tengah dibantu oleh Amirulhadi Zainal dan S.Kunanlan di bahagian sayap. Posisi penyerang dikemudi oleh Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha. Kesebelasan utama yang nyata menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam usaha merobek gawang Indonesia bagi membawa bekalan selesa ke Jakarta. Nyata usaha mereka berhasil dengan 3 gol tanpa balas.



Permainan memang rancak dari sepak mula perlawanan lagi. Memang tak dapat dinafikan pasukan Malaysia menguasai perlawanan. Namun, perlawanan berhenti seketika pada awal babak kedua apabila penjaga gawang Indonesia, Markus, mendakwa beliau disuluh dengan laser dan tidak dapat menumpukan perhatian. Setelah permainan disambung semula, Malaysia tampak lebih garang dengan berjaya menjaringkan tiga gol yang menarik. Keputusan menghentikan perlawanan tersebut menjadi 'turning point' buat pasukan Malaysia kerana momentum pasukan Indonesia yang sedang rancak menyerang sebaik babak kedua bermula seperti terhenti dan terus mati sebaik sahaja perlawanan disambung semula itu.

Penyokong-penyokong Indonesia seolah-olah menyalahkan penyalahgunaan laser tersebut sebagai faktor kekalahan pasukan kebangsaan mereka. Namun, bagi aku itu bukanlah faktor utama kekalahan mereka. Taktikal mereka juga nampak tempang. Irfan Bachdim tidak dimasukkan sebagai kesebelasan utama membuatkan tiada tenaga pantas pada jentera tengah Indonesia. Pertahanan Indonesia juga tampak longlai dan kurang bermaya kerana boleh dilihat Kunanlan dan Amirulhadi mudah membuat larian-larian pantas melepasi fullback mereka. Safiq & Amar juga nampaknya mudah melambungkan bola ke dalam kawasan bahaya mereka tanpa dicabar hebat. Cristian Gonzales juga sering terperangkap dalam keadaan ofsaid apabila menerima hantaran daripada rakan-rakan sepasukannya. Okto juga kurang mendapat bola untuk melakukan gelecekan bagi mengumpan kepada striker utama mereka itu. Jadi, Indonesia kalah bukanlah hanya kerana laser.

Tahniah buat pasukan Harimau Malaya kerana berjaya melupakan dan terus mengubat luka 5-1 dibaham di Jakarta pada perlawanan pertama kumpulan A tempoh hari. Tapi, apa yang diharapkan adalah pemain-pemain Malaysia terus fokus dalam mengharungi 90 minit pada perlawanan akhir pusingan kedua di Stadium Gelora Bung Karno, rabu ini. Jangan mudah leka dan terbawa-bawa dengan kemenangan ini. Kekalkan momentum dan serap serangan Indonesia dengan tenang kerana pasukan Indonesia pasti mahukan gol awal pada perlawanan akan datang. Selamat Berjuang Harimau Malaya! Malaysia Boleh!



Read more...

Macam mana nak lanjutkan usia?

>> Sunday, December 26


Satu penyelidikan terbaru mendapati bahawa cara paling berkesan untuk memanjangkan usia bagi lelaki bukanlah senaman atau diet rendah lemak, tetapi berkahwin lagi.

Kesimpulan itu adalah hasil kajian yang mendedahkan bahawa lelaki yang hidup di dalam budaya mengamalkan poligami lebih panjang usianya berbanding mereka yang hanya mempunyai seorang isteri.
Ahli ekologi Universiti Sheffield, Virpi Lummaa, berkata selepas menilai perbezaan sosioekonomi, kajian beliau mendapati lelaki berusia lebih 60 tahun di 140 negara mengamalkan poligami mempunyai jangka hayat 12 peratus lebih panjang berbanding lelaki di 49 negara yang tidak mengamalkan poligami.

“Hasil kajian terbaru ini mungkin dapat menyelesaikan beberapa persoalan di dalam biologi manusia antaranya termasuk mengapa lelaki boleh hidup begitu lama. Bagaimanapun apabila soalan sama dikemukakan kepada wanita yang boleh hidup lama selepas putus haid, barulah kami mendapat jawapan munasabah,” katanya.

Lummaa berkata, satu daripada jawapannya ialah fenomena dikenali ‘kesan menjadi nenek’. Bagi setiap tempoh 10 tahun jangka hayat wanita selepas putus haid, mereka akan mendapat tambahan dua orang cucu.

“Kami mendapati menjaga dan memanjakan cucu mampu memberi kegembiraan dan membantu memanjangkan lagi jangka usia mereka,” katanya.

Lelaki sebaliknya masih mampu mendapatkan zuriat pada usia 60-an, 70-an malah 80-an dan kebanyakan penyelidik mengandaikan keupayaan ini sebagai penjelasan kepada usia panjang mereka. - Agensi

Lummaa dan rakannya Andy Russell turut menguji penyelidikan mereka dengan menganalisis rekod dan maklumat mengenai 25,000 lelaki di sebuah wilayah di England yang hidup daripada abad ke-18 hingga 19.

“Kami mendapati penduduknya amat kurang berpindah, tiada siapa mengamalkan perancangan keluarga manakala pihak gereja menguatkuasakan undang-undang monogami. Hanya duda boleh berkahwin dan jika mereka mempunyai isteri baru mereka akan mempunyai lebih ramai anak berbanding lelaki yang hanya berkahwin sekali,” katanya.

Jangka hayat lelaki lebih 12 peratus lebih panjang



p/s:
komen aku, kajian nih sgt baik...maka kpd kaum wanita izinkan suami anda berkahwin lagikk errkkk.... ramai la pompuan muncung je pasni! hahaha.

Read more...

i ♥ Mamat Khalid

>> Saturday, December 25










Inilah filem-filem arahan Mamat Khalid. Memang semuanya menarik. Jenaka & Lawak yang berbeza. Memang tak dapat dinafikan Mamat Khalid memang kreatif. Tak sabar menanti filem aksi arahan Mamat Khalid iaitu Apokalips.

Read more...

Anugerah Skrin 2010

>> Friday, December 24











ANUGERAH SKRIN 2010. aku tak tau apa temanya. aku cuma nak tengok mia sara ngan lisa surihani je. +farid kamil la. ahahahha. shaheizy sam memang best! he deserved it!

SENARAI PEMENANG ANUGERAH.

Drama Terbaik: Antara Garisan
Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Fauzi Nawawi - Sebelum Akhirat
Pelakon Wanita Terbaik Drama: Nor Khiriah - Antara Garisan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Isma Yusoof - Antara Garisan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Fadzillah Mansor - Sebelum Akhirat
Pengarah Terbaik Drama: Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
Lakon TV Terbaik: Antara Garisan - Shahrul Ezad Mohameddin
Drama Rantaian Terbaik: Nur Kasih
Drama Komedi Terbaik: TV3 Simpang Tiga
Videografi Terbaik: Datang Bulan

Filem Terbaik : Muallaf
Pelakon Lelaki Terbaik Filem : Bront Palarae - Belukar
Pelakon Wanita Terbaik Filem : Sharifah Amani - Muallaf
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Aaron Aziz - Evolusi KL Drift 2
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Fazura - Pisau Cukur
Pengarah Terbaik Filem : Allayarham Yasmin Ahmad Abdullah - Muallaf
Lakon Layar Terbaik : Shamsul Yusof - Evolusi KL Drift 2

Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik : (Astro Prima) Epik Suatu Ketika (Laskar Senoi)
Rancangan Bual Bicara Terbaik : Rancangan Bual Bicara Terbaik - Isu Khas GAZA Palestin Kami Bersamamu
Rancangan Hiburan Terbaik : Anugerah Bintang Popular
Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu ke-24
Rancangan Realiti Terbaik : 8TV Showdown 2010 Episod 10
Rancangan Laporan Khas / Berita Terbaik : Aduan Rakyat


Anugerah Yasmin Ahmad: Shahiezy Sam




Read more...

Kau Bagaikan Udara









detik-detik camwhore bersama adik gua yang bernama Wan Nurul Farhanim.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP