Bolasepak Malaysia Memang Menarik

>> Thursday, December 30


Sekali lagi, ucapan jutaan tahniah kepada skuad bolasepak kebangsaan yang telah menjulang Piala AFF Suzuki 2010 malam tadi di Stadium Gelora Bung Karno setelah menundukkan tuan rumah, Indonesia dengan agregat 4-2. Seluruh rakyat berbangga dengan kejayaan ini.

Kali ini, entri ini berkisarkan mengenai rentetan daripada kejayaan pasukan bolasepak Malaysia kali ini. Segala faktor, akibat dan harapan masa depan kepada bolasepak Malaysia.

Faktor kejayaan Malaysia:


1. Pemain-pemain dalam pasukan kali ini bagaikan sudah serasi dan mudah mengikut taktikal yang dicorakkan K.Rajagobal.

2. Elemen 1Malaysia diterapkan dalam skuad. Ada Melayu, Cina dan India.

3. Mental dan kesungguhan pemain meningkat setelah dapat menunjukkan sedikit peningkatan dalam Sukan Asia Guangzhou 2010 walau dilanda pelbagai musibah.

4. Pemain-pemain Malaysia cuba membuktikan bahawa kata-kata pengkritik adalah salah. Pengkritik bolasepak mengatakan pasukan Malaysia kali ini tidak akan ke mana kerana ramai tonggak utama tercedera.


5. Kekalahan memalukan 5-1 dalam perlawanan pembukaan Piala AFF Suzuki kepada Indonesia juga menjadi satu turning point kepada kebangkitan pasukan Malaysia, setelah dikecam hebat oleh seluruh rakyat dan media.

Akibat daripada kejayaan Malaysia ini:


1. Rio Ferdinand juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia. yang mana beliau menyatakan pasukan Malaysia juga bagus ketika Manchester United menentang Malaysia pada Jelajah Asia, julai lalu.

(sila klik pada gambar untuk view yg lebih terang n jelas)

2. Seluruh rakyat bverpusu-pusu mengucapkan tahniah dan kata-kata pujian kepada pasukan bolasepak Malaysia di dalam pelbagai media seperti Facebook, Twitter, Friendster, Blog, YM, LinkedIn dan juga di mulut mereka.


3. Jumaat, 31 Disember 2010 diumumkan sebagai hari cuti peristiwa kerana kemenangan pasukan bolasepak Malaysia ini. Perdana Menteri mengumumkan melalui media elektronik.


4. Seluruh rakyat Malaysia bersatu dalam sukan bolasepak melupakan perbezaan politik, agama, dan warna kulit.

5. Rakyat Indonesia turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang berjaya merangkul piala ini buat kali pertama.
(sila klik pada gambar untuk view yg lebih terang n jelas)

6. Laman facebook pemain-pemain bolasepak negara mula menjadi tumpuan peminat-peminat tanah air terutamanya penjaga gol sensasi, Khairul Fahmi Che Mat dan penjaring terbanyak kejohanan, Safee Sali. Page utama Khairul Fahmi menerima 200 'like' dalam tempoh 1 minit!! satu fenomena!! hehehe..


(sila klik pada gambar untuk view yg lebih terang n jelas)

Harapan pada masa hadapan:

1. Pemain-pemain dapat mengekalkan fokus dan momentum kemenangan bagi mengharungi perlawanan-perlawanan penting pada 2011 seperti Kelayakan Sukan Olimpik 2012 dan Kelayakan Piala Dunia 2014.

2. Saingan Liga Malaysia pada 2011 akan menjadi lebih menarik dan sengit di antara semua pasukan tempatan. Pemain-pemain lain di Malaysia diharapkan mendapat inspirasi dan semangat baru untuk menaikkan martabat bolasepak Malaysia.

3. Peminat-peminat bolasepak Malaysia terus menyokong pasukan kebangsaan dan pasukan-pasukan tempatan yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia 2011. Penyokong-penyokong diharapkan dapat memenuhkan kapasiti stadium setiap kali perlawanan berlangsung.

4. FAM diharapkan dapat mencongak sesuatu yang lebih menarik dalam meningkatkan situasi dan prospek kejayaan bolasepak Malaysia seperti memanggil pulang rakyat-rakyat Malaysia yang bermain di luar negara seperti Titus James, Brendan Gan, Takeshi Takeda. sila rujuk ENTRI INI. untuk info tentang pemain-pemain malaysia di luar negara. :)

Akhir sekali,semoga nama Malaysia terus maju dalam dunia bolasepak. Buktikan sesuatu dalam dunia bolasepak yang lebih luas pada 2011 ini. MALAYSIA BOLEH!!!!


Nukilan Hati dari FARIDKAMILMARAVILLA. forza milano ! gomo kelate gomo !

9 kata jiwa anda:

putERi-kAtEk December 30, 2010 2:03 PM  

semua entry blog pun asyik ckp pasal fahmi....including me...hahahaha

maldinifaridkamil December 30, 2010 4:51 PM  

fobia. aku pun gembira doe! :)

rafiqa. memang best!!

katek. aku cuba elakkan. tapi takleh. hahahaha.

izzati. tq!

Whoda December 31, 2010 11:28 AM  

awww.... everybody love fahmi~~ hehehe~

aku yang xminat bola pon boleh sanggup tercongok depan tv sbb ade fahmi kehkeh~

maldinifaridkamil December 31, 2010 6:55 PM  

dia memang betul-betul jadi fenomena yg dahsyat. mengalahkan mawi. hehe

teddyuna December 31, 2010 6:58 PM  

yup btul2 una dulu x minat bola dh jadi peminat bola..;)

maldinifaridkamil December 31, 2010 7:42 PM  

wah.bgus la una.teruskan sokongan k.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP