Garuda tumbang di Bukit Jalil.

>> Monday, December 27



Pertama sekali aku ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menumpaskan pasukan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF 2010. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Ashari Shamsudin dan 2 gol dari Safee Sali.

Dua daripada tiga gol tersebut dibantu oleh pengantin baru, Norshahrul Idlan Talaha. Memang terbukti beliau memang berbahaya bila menggelecek bola di tepi garisan. Lincah dan pantas. Penyokong-penyokong Malaysia berbaju kuning membanjiri stadium menggamatkan suasana bagi memberi sokongan padu kepada pasukan kebangsaan yang baru kali kedua membuat penampilan di perlawanan akhir piala ini.

K.Rajagobal selaku pemikir utama dalam mencorakkan permainan Malaysia memang patut menerima pujian kerana pasukan Malaysia mempamerkan permainan yang menarik dan ternyata berbeza daripada perlawanan-perlawanan sebelum ini. Malaysia mempamerkan corak permainan menyerang dari minit pertama perlawanan lagi. Barisan pertahanan nampak kukuh diketuai oleh Muslim Ahmad dan Fadhli Shas sebagai pertahanan tengah. Manakala Asraruddin Putra dan Mahali Jasuli mengisi posisi pertahanan kiri dan kanan. Safiq Rahim selaku kapten pasukan bergandingan dengan Amar Rohidan sebagai pemain tengah dibantu oleh Amirulhadi Zainal dan S.Kunanlan di bahagian sayap. Posisi penyerang dikemudi oleh Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha. Kesebelasan utama yang nyata menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam usaha merobek gawang Indonesia bagi membawa bekalan selesa ke Jakarta. Nyata usaha mereka berhasil dengan 3 gol tanpa balas.



Permainan memang rancak dari sepak mula perlawanan lagi. Memang tak dapat dinafikan pasukan Malaysia menguasai perlawanan. Namun, perlawanan berhenti seketika pada awal babak kedua apabila penjaga gawang Indonesia, Markus, mendakwa beliau disuluh dengan laser dan tidak dapat menumpukan perhatian. Setelah permainan disambung semula, Malaysia tampak lebih garang dengan berjaya menjaringkan tiga gol yang menarik. Keputusan menghentikan perlawanan tersebut menjadi 'turning point' buat pasukan Malaysia kerana momentum pasukan Indonesia yang sedang rancak menyerang sebaik babak kedua bermula seperti terhenti dan terus mati sebaik sahaja perlawanan disambung semula itu.

Penyokong-penyokong Indonesia seolah-olah menyalahkan penyalahgunaan laser tersebut sebagai faktor kekalahan pasukan kebangsaan mereka. Namun, bagi aku itu bukanlah faktor utama kekalahan mereka. Taktikal mereka juga nampak tempang. Irfan Bachdim tidak dimasukkan sebagai kesebelasan utama membuatkan tiada tenaga pantas pada jentera tengah Indonesia. Pertahanan Indonesia juga tampak longlai dan kurang bermaya kerana boleh dilihat Kunanlan dan Amirulhadi mudah membuat larian-larian pantas melepasi fullback mereka. Safiq & Amar juga nampaknya mudah melambungkan bola ke dalam kawasan bahaya mereka tanpa dicabar hebat. Cristian Gonzales juga sering terperangkap dalam keadaan ofsaid apabila menerima hantaran daripada rakan-rakan sepasukannya. Okto juga kurang mendapat bola untuk melakukan gelecekan bagi mengumpan kepada striker utama mereka itu. Jadi, Indonesia kalah bukanlah hanya kerana laser.

Tahniah buat pasukan Harimau Malaya kerana berjaya melupakan dan terus mengubat luka 5-1 dibaham di Jakarta pada perlawanan pertama kumpulan A tempoh hari. Tapi, apa yang diharapkan adalah pemain-pemain Malaysia terus fokus dalam mengharungi 90 minit pada perlawanan akhir pusingan kedua di Stadium Gelora Bung Karno, rabu ini. Jangan mudah leka dan terbawa-bawa dengan kemenangan ini. Kekalkan momentum dan serap serangan Indonesia dengan tenang kerana pasukan Indonesia pasti mahukan gol awal pada perlawanan akan datang. Selamat Berjuang Harimau Malaya! Malaysia Boleh!




Nukilan Hati dari FARIDKAMILMARAVILLA. forza milano ! gomo kelate gomo !

2 kata jiwa anda:

putERi-kAtEk December 27, 2010 2:09 PM  

yuhu!!!!!!!!! malaysiaku bOLEH!!!!!!!!!!!

maldinifaridkamil December 27, 2010 9:43 PM  

Malaysia Boleh! Lets Rise Together!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP