Family Outing

>> Monday, December 27




Hari ini, 27 Disember 2010, Isnin, aku dan ahli keluargaku ( abah, umi, adik noni & adik yie ) menuju ke negeri Terengganu Darul Iman. Tujuan utama perjalanan kami ialah kerana ada kenduri teman sekerja abahku di Kuarters Imigresen Kuala Terengganu.


Dalam perjalanan, kami dikejutkan dengan berita kematian sahabat sekampung abah, Pok Nik Lan. Namun, kami sudah hampir sampai ketika itu. tak sempat nak patah balik. kalau kat besut, mesti da patah balik. Innalillahwainnailaihiraji'un. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Semoga seluruh amal beliau diterima Allah SWT dan rohnya dicucuri rahmat.


Kami tiba di rumah kenduri pada jam 12.30 tengahari. Nasi nye sedap. tapi ayamnya keras dan daging nya masakan berlemak. muak. huhu. abah cakap masakan Terengganu memang tak sedap. *no offence*. tapi, pengantin cantik + hensem. bertemakan warna merah putih. memang merpati dua sejoli+pinang dibelah dua la mereka. ehehehe. Kami cuma setengah jam di sana. pastu terus bertolak pulang.



Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Taman Tamadun Islam Negeri Terengganu. Tempatnya di pinggir bandar. berdekatan dengan kampung losong. Adik nak sangat ke sana. abah pn singgah la. sampainya kami di sana, memang memukau pandangan. rekabentuk bangunan memang menarik. sungguh islamik. kami berjalan di sepanjang jambatan kayu yang disediakan menuju ke Masjid Kristal untuk menunaikan solat zohor. memandangkan perjalanan sudah melebihi 2 marhalah, kami jamak taqdim terus sekali dengan solat asar. sempat jugak la bergambar kenangan sikit di sana. jehehhe.




Lepas tu kami teruskan perjalanan pulang. sempat membeli keropok di satu kedai di kampung losong. kami try dan kurang memuaskan hati. so, abah decide nak berhenti kat Kedai Keropok Sukaramai di Tanjung. Banyak jugak keropok kami borong. hehehe. :)


Then, kami meneruskan perjalanan pulang dan tiba di rumahku syurgaku pada jam 5.45 petang. Alhamdulillah. balek2 je teros qada' tidor. fuh!~ *aku baru bangun tidur la ni. hehehe


Hari ini juga adalah hari jadi adik saya, Wan Fitri Hakim Wan Ibrahim, yang ke-15.. Happy Birthday to You. May Allah bless u always. hope u get all u wish for. we all love you so much! :)


Nukilan Hati dari FARIDKAMILMARAVILLA. forza milano ! gomo kelate gomo !

2 kata jiwa anda:

Suraya December 27, 2010 11:02 PM  

saya orang terengganu pun xpnh smpai agy kt msjid kristal..hehe

maldinifaridkamil December 28, 2010 12:51 AM  

laa.yeke.tu la.salu g waterfront je kejenye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP