Penundaan Clash Of Titans: Apa disebaliknya?

>> Tuesday, December 21


Keputusan untuk menunda pertembungan yang ditunggu-tunggu di antara Chelsea dan Manchester telah dibuat oleh Polis Metropolitan dan Majlis Hammersmith dan Fulham.

Kerisauan berkaitan kesihatan dan keselamatan bermakna perlawanan Liga Perdana Barclays itu ditunda lebih 27 jam sebelum sepak mula hari Ahad jam 4 petang.

Wakil Chelsea berkata: "Perlawanan itu ditunda atas sebab kesihatan dan keselamatan. Keputusan itu diambil selepas perbincangan di antara majlis tempatan, kelab dan pihak polis.

"Dengan salji turun lebat pada pagi Sabtu, bukan sahaja keadaan sekeliling stadium terjejas tapi seluruh kawasan Fulham. Ada kerisauan bagaimana peminat hendak ke stadium selain penempatan staff dan polis ketika perlawanan."

Pertahanan United, Rio Ferdinand kurang bersetuju. Ferdinand menulis melalui Twitter: "Ada sesiapa menonton perlawanan Ipswich semalam? Padang diselaputi salji…jadi bagaimana perlawanan itu berlangsung tapi kami punya ditunda?"


Nampaknya Rio Ferdinand tidak mahu momentum kemenangan United yang sedang dikecap kini menjadi sebaliknya apabila perlawanan dilangsungkan kemudian. Memandangkan Chelsea tidak berada pada prestasi terbaiknya, sudah semestinya setiap pasukan mengidamkan untuk bertemu Chelsea pada ketika ini.


Liga Perdana Barclays musim ini bakal berdepan dengan kepadatan jadual dengan bakal bermulanya pusingan kedua Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala Liga. Dan UEFA pula tegas melarang sesiapapun menggunakan padang dua minggu sebelum perlawanan, perlawanan akhir Piala FA akan diadakan pada 14 Mei dengan pusingan akhir perlawanan Liga Perdana Barclays diadakan seminggu kemudian.




Nukilan Hati dari FARIDKAMILMARAVILLA. forza milano ! gomo kelate gomo !

2 kata jiwa anda:

unwanted December 21, 2010 10:45 PM  

itulah, punya la tunggu.
postpone lak..
aku amik MU la bro..ha3

maldinifaridkamil December 21, 2010 11:14 PM  

haaa..tau xpe..penat je tgu dgn debaran pe sume..:p
pape pn, aku rase MU mng gak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP