Apa Yang Ada Pada 26-12-10

>> Sunday, December 19


PERLAWANAN AKHIR PIALA SUZUKI AFF 2010 (1ST LEG)
MALAYSIA VS INDONESIA..8.45MALAM..
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

-dijangka ribuan peminat bolasepak Malaysia akan membanjiri stadium nasional bukit jalil memandangkan ini adalah kali pertama Malaysia layak ke perlawanan akhir piala paling berprestij di Asia Tenggara ini sejak kali terakhir pada edisi pertama kejohanan 1996.
-Malaysia sudah diganyang Indonesia 5-1 pada perlawananan pembukaan kejohanan ini. Namun, keadaan memang berbeza ketika itu kerana perlawanan itu diadakan di Gelora Bung Karno dan penjaga gol yang digunakan ketika itu adalah Sharbinee Allawee yang mana jelas sekali tidak berada pada prestasi terbaik beliau.
-Selamat Maju Jaya saya ucapkan kepada skuad kebangsaan. Semoga bolasepak kita menjadi agung dan terus menjadi kuasa besar di Asia Tenggara.

MALAYSIA BOLEH! LETS RISE TOGETHER! HARIMAU MALAYA, BANGKITLAH!





- Rock The World 10 akan berlangsung di Tempat Parkir A Stadium Bukit Jalil bermula jam 10pagi.Sebanyak 19 band akan bergabung memberikan persembahan terbaik mereka. Dijangkakan kombinasi kali ini adalah terbaik dalam seluruh 10 tahun penganjuran program ini. Tiket Masuk berharga RM30.
Antara band-band yang akan hadir adalah:
  1. Massacre Conspiracy
  2. Skudap Skudip
  3. Dichi Michi
  4. Couple
  5. One Buck Short
  6. Azlan & The Typewriter
  7. Sevencollar T-Shirt
  8. Bleeding Mascara
  9. Bunkface
  10. Republic of Brickfields
  11. Dragon Red
  12. They Will Kill Us All
  13. Love Me Butch
  14. Pop Shuvit
  15. Bittersweet
  16. Disagree
  17. Lo
  18. The Pilgrims
  19. Gerhana Skacinta


JADI, INILAH ANTARA EVENT BESAR YANG AKAN BERLANGSUNG. SUDAH PASTI BUKIT JALIL AKAN SESAK PADA 26 DISEMBER 2010. DARI PAGI HINGGA KE MALAM. SELURUH MALAYSIA AKAN TERTUMPU KE BUKIT JALIL. PEMINAT BOLASEPAK DAN MUZIK BEBAS TANAH AIR AKAN MEMENUHI BUMI BUKIT JALIL. ADAKAH ANDA JUGA AKAN TURUT SERTA?


Nukilan Hati dari FARIDKAMILMARAVILLA. forza milano ! gomo kelate gomo !

0 kata jiwa anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP