The Red Warriors Julang Piala Sumbangsih 2011

>> Sunday, January 30

Tahniah kepada pasukan Kelantan. Kelantan buat pertama kalinya menjuarai Piala Sultan Haji Ahmad Shah tahun 2011 sejak diperkenalkan pada tahun 1985. Selangor pula gagal mencapai impian menjuarai piala ini buat kali ketiga berturut-turut. Sememangnya permainan malam ini menarik untuk kedua-dua pasukan Juara Piala Malaysia dan Juara Liga Super 2010.

Khairul Fahmi Che Mat diumum sebagai pemain terbaik perlawanan Piala Sumbangsih 2011. Kemenangan ini juga merupakan hadiah buat jurulatih Kelantan yang digantung selama 6 bulan oleh FAM, B.Sathianathan. Jurulatih baru Kelantan yang hanya sempat melatih Kelantan selama 2 hari, Dato’ M.Karathu berjaya membawa pulang piala sumbangsih ini ke bumi Kelantan. Pernah melatih Kelantan 18 tahun lepas selepas berjaya membawa Kelantan ke separuh akhir Piala Malaysia 1993 tetapi tewas kepada Kedah. Sekalung tahniah juga kepada pemain ke-12 Kelantan, iaitu penyokong-penyokong pasukan Kelatan The Red Warrior yang tidak putus-putus dan tidak berbelah bahagi. Tahniah! teruskan supaya kita dapat menjadi Juara Liga Super 2011!





Read more...

Pertandingan Kentut

>> Thursday, January 27


Pada zaman Jepun purba, pertandingan kentut paling kuat dan paling panjang sering diadakan di bandar-bandar atau kampung-kampung. Sehingga kini, ia menjadi ikutan. Pemenang ditabalkan sebagai Raja Kentut tahunan.

Persoalannya, kenapa tidak diadakan pertandingan kentut paling busuk? ahahahaha.

Saksikan video di bawah ini. satu pertandingan kentut di negara Jepun.



Walaupun orang Jepun adalah dianggap WEIRDO, tapi sekurang-kurangnya mereka dah mencipta NINTENDO..hahahaha

Read more...

Ketagihan Internet



Adakah anda ketagih untuk online? Adakah anda seorang yang sungguh gila apabila bersarapan pagi dengan internet? Para doktor menyebutkan perkara tersebut sebagai ketagihan serius yang berganbung dengan rasa ketagihan cybersexual, ketagihan komputer dan ketagihan siber. Atau juga disebut sebagai Internet Addictive Disorder (IAD) ataupun Internet Overuse Syondrome (IOS).


Berdasarkan kajian terkini, kelakuan ini tidak perlu disebut sebagai ketagihan seperti berjudi dan penyalahgunaan dadah. Ketagihan internet ini adalah sesuatu yang cukup berbeza dari ketagihan-ketagihan yang lain. Kekal berhubung dengan kawan-kawan dalam laman sosial ataupun menonton video-video menarik di Youtube bukanlah sesuatu tabiat yang merosakkan seperti penagihan dadah dan berjudi.





Internet adalah sesuatu alat yang cukup menarik dan interaktif. Biasalah kan, setiap perkara di atas muka bumi ini mesti la ada pro dan kontra nya. Begitu juga la dengan penggunaan internet. jadi, apa yang saya boleh katakan adalah KEKAL POSITIF dalam setiap kelakuan dan fikiran. :)

Semoga anda semua gembira dengan apa yang anda semua lakukan. Jangan sedih-sedih. Dunia ini terlalu hina untuk kita ratapi. Senyum Sokmo!

Read more...

Jalan Pintas dalam Dunia Muka Buku

>> Wednesday, January 19


Dulu, aku ade buat entri pasal Jalan Pintas di Alam Maya. Itu pasal shortcut keyboard untuk komputer anda.

Kali ini, pasti lebih menarik. kerana semua orang pasti sudah mempunyai akaun Facebook (MukaBuku) kan? *kalau xde, outdated la kan. haha

Ini adalah antara shortcut keyboard untuk kegunaan dalam Facebook anda. Enjoy!!


  • Alt+1: Pergi ke Home
  • Alt+2: Pergi ke Wall tab
  • Alt+3: Lihat senarai Friends Requests
  • Alt+4: Lihat senarai Message yang diterima
  • Alt+5: Lihat senarai Notification
  • Alt+6: Pergi ke halaman account setting.
  • Alt+7: Pergi ke account privacy configuration.
  • Alt+8: Facebook fans group
  • Alt+9: Facebook’s Statement of Rights and Responsibilities
  • Alt+0: Facebook Help Center
  • Alt+m: Tulis message baru
  • Alt+?: Cursor di Search Box

Enjoy k!!! :)

mana la tau kan kot2 mouse rosak kan. nak jugak bukak facebook! hahahaha.

Read more...

Laman Rangkaian Sosial Terbaru

>> Tuesday, January 11

Setelah tersebarnya berita bahawa Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011, maka ramai yg duk cari alternatif baru. Ini ada satu laman rangkaian sosial terbaru. Skyfrens. Diasaskan oleh rakyat Malaysia sendiri.

WWW.SKYFRENS.COM

PENDAFTARAN PERCUMA! MARILAH SERTAINYA!

Read more...

Inginkah Anda Melancong Ke Sini ?

>> Sunday, January 9

Anda semua kaki melancong? Suka melancong ke kawasan-kawasan yang lain dari yang lain? Kali ini kita tengok tempat-tempat yang pastinya korang tak perlu nak lawat ataupun korang memang tak akan dibernarkan melawat.


GUNUNG BERAPI LUMPUR DI AZERBAIJAN
Gunung berapi lumpur di Ajerbaizan ini tidak sama seperti gunung berapi biasa. Setiap dua puluh tahun atau lebih, gunung lumpur meledak dengan kekuatan besar, menembak api ratusan meter ke angkasa , dan menumpahkan beberapa ton lumpur di daerah sekitarnya. Dalam satu ledakan, api dengan mudah boleh dilihat dari 15 kilometer jauhnya, dan masih menyala.


CALL OF DUTY
Zon terasing daerah terpencil yang terletak sekitar 19 km dari lokasi bencana reaktor nuklear Chernobyl dan memiliki pentadbiran khusus di bawah jabatan yang menangani situasi darurat di Ukraine. Ribuan warga menolak untuk berpindah dari zone terasing ini dan secara haram kembali ke sana. Sekitar setengah dari pendatang haram ini tinggal di kota Chernobyl yang lainnya bersepah di desa-desa di seluruh zone. Kerana di tempat ini banyak polisi yang agresif – jadi berhati-hatilah, jika Anda datang ke sini. Anda mungkin akan mati ditembak atau terkena radiasi nuklear. Info terbaru sekarang tempat ini sudah boleh di kunjungi kerana tahap radioaktifnye tidak merbahaya dan sama seperti hiroshima dan nagasaki Jepun.


JALAN YUNGAS UTARA
Jalan Yungas Utara adalah jalan sepanjang 69 km yang menghubungkan antara La Paz dan Coroico. Jalan ini terkenal kerana dikira telah memgorbankan sekitar 200-300 pelancong setiap tahun. Ini adalah salah satu dari beberapa laluan yang menghubungkan daerah hutan hujan tropika Amazon, ke ibukota provinsi. Yang membuat jalan ini ekstrim adalah posisi jalan yang terletak 600 meter dari daratan, lebar laluan yang sangat sempit untuk dilalui – sebahagian besar jalan lebarnya kira dari 3,2 meter dan kurangnya penghadang jalan ditambah dengan hujan, kabus dan debu boleh membuat pelawat berkurang. Di kebanyakan bahagian, permukaan jalan berlumpur.



PULAU RAMREE
Pulau Ramree di Burma adalah sebuah kawasan besar yang merupakan rumah bagi sekitar 1000 buaya air masin, yang paling bahaya di dunia. Juga rumah bagi nyamuk malaria, dan kala jengking berbisa. Semasa Perang Dunia Kedua, pulau ini adalah lokasi pertempuran selama enam minggu. Ini adalah gambaran tentang salah satu malam yang mengerikan: “Malam itu [ 19 Februari 1945] adalah malam paling mengerikan yang pernah dialami oleh anggota kru perang. Tembakan senapang yang di serata tempat di kawasan yang gelap gulita berganti dengan jeritan orang yang hancur di rahang reptilia raksasa, dan bunyi buaya yang sedang berenang mencari mangsa . Dari sekitar 1.000 tentera Jepon yang memasuki kawasan Ramree, hanya sekitar 20 yang ditemui hidup. “



PULAU ULAR
Di pantai Brazil, sebelah selatan São Paulo, ada sebuah pulau yang bernama Ilha de Queimada Grande (Pulau Ular). Pulau ini tidak tersentuh oleh manusia dengan alasan yang sangat baik. Para pengkaji memperkirakan bahwa di pulau itu hidup antara 1 – 5 ular setiap meter persegi. Angka itu mungkin tidak begitu mengerikan jika ular itu katakanlah 2 inci panjangnya dan tidak berbisa. Masalahnya, Ular di Queimada Grande adalah spesies pit viper, lancehead emas. Ular lancehead bertanggung jawab atas 90% kematian di Brazil yang berasal dari gigitan ular. lebih Parah lagi, Lancehead emas yang didapati di Pulau Ular membesar hingga lebih dari setengah meter panjangnya, dan mereka memiliki racun yang kuat yang dapat mencairkan daging di sekitar gigitan mereka. Tempat ini begitu berbahaya hingga perlu keizinan dari pemerintahan setempat untuk mengunjungi pulau ini.



PINTU KE NERAKA!!
Semasa melakukan penggalian di Derweze Turkmenistan pada tahun 1971, ahli geologi tidak sengaja menemui sebuah gua bawah tanah yang penuh dengan gas semulajadi. Untuk menghindari pembuangan gas beracun, para ilmuwan memutuskan untuk membakar lubang tersebut. Geology berharap api akan padam dalam beberapa hari tetapi api tetap tidak berhenti sejak itu. Penduduk setempat telah menamakan tempat ini gua Pintu ke Neraka.



ALNWICK POISON GARDEN
Alnwick Garden adalah kebun tanaman yang sepenuhnya diisi oleh tumbuhan beracun yang dapat membunuh. Banyak tanaman itu yang tumbuh kerana experimen pelik dan mengerikan di belakang kebun, beberapa tumbuhan tumbuh di kampung Inggris yang terpencil, serta banyak lagi kelainan yang tidak boleh terlihat di luar. The Alnwick Garden memiliki lesen Home Office untuk menanam tanaman yang sangat khusus dan secara sah iaitu, ganja dan kokain yang terdapat di sebalik jeriji besi di kandang raksasa dengan alasan yang tertentu (agar tidak dpt memetiknya oleh orang yang tiada kebenaran ).

PULAU IZU
Terletak di wilayah Jepon. Pulau ini udaranya dipenuhi gas sulfur tahap tertinggi di dunia. Tapi masih ada yang tinggal disana.Orang-orang di pulau ini kehidupan harian harus memakai topeng. Ketika malam, siren akan berbunyi kerana kandungan gas sulfur akan meningkat lebih tinggi lagi sehingga jika terhidu boleh membawa maut. Orang-orang disana menghabiskan hidupnya dengan penuh berhati - hati. Mereka juga dibayar oleh para pengkaji.. Mereka dibayar kerana pengkaji ingin tahu bagaimana manusia hidup dengan topeng di udara penuh sulfur. Satu lagi yang menarik. Di pulau ini juga ada gunung berapi yang menghasilkan gempa sangat dahsyat.




LAUTAN SAMPAH
Great Pacific Garbage Patch, atau yang disebut sebagai Vortex Sampah Pasifik, merupakan kumpulan sampah laut di tengah lautan Pasifik Utara. gabungan sampah laut ini dipenuhi dengan bahan beracun yang sangat tinggi dari plastik, kimia lumpur, dan sampah yang telah terperangkap oleh arus Pasifik Utara. Sebahagian besar isinya tenggelam di bawah permukaan laut. Ini bukan tempat untuk dikunjungi oleh manusia . Baunya tak yah cite laa.


ASBESTOS MINE
Asbestos adalah serangkai enam silikat mineral alami yang sangat terkenal serasi dengan api dan ketahanan terhadap kemampuan penyerapan suara. Di sisi negatifnya, mineral ini menyebabkan Kanser dan berbagai penyakit lain. Hal ini sangat berbahaya sampai Uni Eropa telah melarang semua perlombongan dan penggunaan Asbestos di Eropah. Di Kanada di Thetford Mines, Anda dapat mengunjungi lubang Asbestos yang sangat besar di lombong terbuka yang masih beroperasi penuh. Tiket percuma jika Anda ingin mengunjungi, jangan lupa lengkapi tubuh anda dengan baju bio-hazard lengkap.


p/s: so, macam mana? still nak melawat jugak ke tempat-tempat ni? best kan? tempat mana yang menjadi pilihan hati anda?

Read more...

Landasan Kapal Terbang Paling Unik

>> Wednesday, January 5

Anda semua pasti pernah melihat landasan kapal terbang? besar bukan? jadi, mari kita 5 gambar lapangan terbang yang unik di atas muka bumi ini. memang sungguh unik dan mengagumkan. :)


Pulau Tioman, Malaysia.



Lapangan Terbang Antarabangsa Macao


Pulau Wake, Lautan Pasifik.


Kuujjuaraapik, Quebec.



Sebuah batu di pinggir Greenwood, Kanada.




p/s: macam mana? unik tak? hehehe. yang mana paling unik?

Read more...

Menang bola, Dapat rumah!

>> Tuesday, January 4


PENJAGA gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menerima khabar gembira apabila Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan pemberian hadiah berupa sebuah rumah ekoran kecemerlangannya membantu Malaysia muncul juara pada Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 yang berakhir di Jakarta minggu lalu.



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri bangga atas kecemerlangan anak muda itu membantu skuad kebangsaan muncul juara pada kejohanan tersebut.



Menurut beliau, sebagai mengenang budi dan menghargai jasanya yang berbakti melalui bola sepak, kerajaan negeri memutuskan untuk menghadiahkan sebuah rumah kepada Khairul Fahmi.



"Kita akan tetap beri hadiah. Itu kenyataan saya (pemberian sebuah rumah) dan segala butiran mengenai pemberian hadiah tersebut akan dilaksanakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood.



"Lokasi dan nilai rumah tersebut belum ditentukan. Bila kita menang bola sepak, kita dapat medal. Hadiah medal ini orang berebut satu dunia.



"Oleh itu, berapa nilai sesuatu hadiah ini sebenarnya tidak penting," katanya kepada pemberita selepas meraikan wira negara itu di Kota Bharu semalam.



Pada majlis itu, lebih 3,000 peminat dan penduduk kampung membanjiri sekitar kampung Cherang dekat Kota Bharu untuk menyambut kepulangan wira negara itu.



Khairul Fahmi yang menaiki kereta pacuan empat roda diiringi oleh 40 buah motosikal, tiba di kampung kelahirannya kira-kira pukul 12.20 tengah hari.



Ketibaanya disambut oleh kedua ibu bapanya, Che Mat Hussain dan Bidah Ibrahim.



Terdahulu dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz turut memberitahu bahawa bersukan merupakan suatu riadah yang sangat dituntut dalam agama Islam.



"Kita perlu seimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat. Bersukan boleh tetapi kita jangan lupa solat. Solat membentuk keperibadian akhlak yang mulia. Kita jangan terlibat dalam gejala najis dadah.



"Nabi kita dahulu pun bersukan juga. Masa saya berumur 11 tahun ketika zaman perang Jepun, saya menunggang kuda dengan beberapa adik-beradik dan kemudian saya menang," ujarnya.



Tambahnya, kerana terlampau gembira, beliau mengangkat kedua-dua tangan dan secara tiba-tiba seekor biawak melintas.



"Lalu kuda yang saya tunggangi itu pun terkejut dan saya pun jatuh. Sampai sekarang kesakitan itu masih terasa," jelasnya



Nik Abdul Aziz turut memberi nasihat kepada bintang muda itu agar jangan mudah lupa diri setelah dijulang sebagai wira bola sepak negara.



"Dia masih muda dan perlu menjaga diri dengan baik. Dengan bakat yang ada, dia boleh menonjol sampai bila-bila. Kita menghargai bakat dia serta keluarga dia, sebab itu kita berjanji nak beri hadiah rumah kepadanya," katanya.



Kejayaan skuad negara muncul juara kejohanan itu telah mengakhiri penantian sejak 14 tahun lalu.

Read more...

Ada pula yang benci?

>> Saturday, January 1

Selepas persembahan cemerlang oleh penjaga gol sensasi masa kini, Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex, awek atau juga kekasih hati beliau, Aimie, kini mula mendapat tempias dari kepopularan Apex itu. Aimie juga seorang blogger. Check her blog. Short & Sweet

Dan, kini ada pulak yang membenci dan meluat dengan dia. Siap buat fan page lagi kat facebook. Check This Out. LINK



Aku tak tahu apa punca ada manusia yang benci dan meluat dengan dia ni? ada pulak dia buat salah dengan kau ke? adakah ini kerana cemburu? beragak la kalau cemburu pon. ini bukan caranya. terima je la. sudadh itu ditentukan dan itu memang jodoh mereka untuk bersama. sweet pe mereka. sifat dengki mendengki sebegini sungguh tak baik ye.

Sudah-sudah la tu. cukop2 la. janganlah menyakiti orang yang tak bersalah semata-mata korang dengki dan cemburu. dan memang aku rasa motif utama adalah cemburu ataupun beliau pernah ada sejarah bergaduh ngn aimie ke masa kecik2 dulu. kerana telah kecoh bahawa admin page tersebut adalah seorang wanita yg berprofil facebook dengan nama Daniella Damien.




Kepada Aimie, harap bersabar je la ye. Teruskan hidup dengan gembira. Jangan nak pikir sangat hati busuk manusia lain. Manusia ni macam-macam. Pening la kalo nak pikirkan perangai sorang-sorang.Buat taktau je la. Tak pun, susah-susah sangat kau saman je beliau itu. hahahahha! Teruskan menulis blog ye!


p/s: update..
*dan beberapa minit sahaja selepas post ini dipublish, aku mendapat tahu bahawa page pembencian tersebut telah didelete!*

Read more...

Bukan Kepanjangan Jambatan jadi ukuran.

Jambatan terpanjang di dunia sepanjang 41.5 kilometer (km) akhirnya siap dibina di China pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia yang dinamakan Jambatan Qingdao Haiwan, memakan masa empat tahun untuk dibina dan menghubungkan bandar raya ini, di wilayah Shandong, timur China dengan daerah Huangdao.


Kerja-kerja pembinaan jambatan itu dimulakan oleh dua kumpulan pembinaan masing-masing di Qingdao dan Huangdao, sejak 2006.


"Model komputer dan semua pengiraan berjalan lancar tetapi kami hanya berasa lega selepas kedua-dua sisinya dicantumkan," kata seorang jurutera projek itu.


Selepas siap pada Isnin lepas, struktur berkenaan menghubungkan tiga bandar pesisir di wilayah Shandong.


Sebelum ini, gelaran jambatan terpanjang di dunia dipegang oleh Laluan Tasik Pontchartrain sepanjang 38.42km di selatan negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS).


TETAPI..

Projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, Kelantan sepanjang 811 meter ni bila nak siap?? Sudah bermula sejak 02hb. Ogos 2007 lagi. Oleh itu, saya memohon jasa baik Kementerian Kerja Raya agar dapat memantau rapi pelaksanaan projek ini kerana ia melibatkan imej Kerajaan Pusat dan telah beberapa kali ditegur oleh Sultan Kelantan tetapi tidak ada usaha bersungguh-sungguh yang menjayakannya.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP