Muat Turun Filem & Lagu Bakal Dihalang.

>> Thursday, December 9


Tiada lagi muat turun percuma bagi peminat-peminat lagu dan filem apabila peraturan baru yang membolehkan Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) menyekat atau menamatkan akaun pengguna Internet rakan-ke-rakan (P2P) diperkenalkan kelak.


Undang-undang baru dikenali sebagai Akta Liabiliti ISP, akan dibentangkan di Parlimen bulan depan, menurut Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Norman Halim.



RIM mula melobi akta berkenaan kepada kerajaan sejak lima tahun lalu ekoran perbuatan muat turun secara dalam talian adalah tidak sah selain merosakkan penjualan muzik secara sah di seluruh dunia.



“Akta itu akan membuatkan ISP lebih bertanggungjawab menangani isu cetak rompak dalam talian. ISP akan didenda jika tidak bertindak mengikut undang-undang ke atas pemuat turun terbabit.



” Mereka memiliki teknologi yang boleh mengesan pengguna P2P,” kata Norman.



Bagaimanapun nilai denda hanya akan ditentukan kemudian.



Penyedia perkhdimatan akan mengirimkan dua surat amaran kepada pemuat turun.



Jika mereka masih berdegil, kemudahan Internet akan disekat atau ditamatkan.



“Negara-negara lain memiliki perundangan seperti itu bagi memelihara industri muzik. Contoh terbaik ialah Korea Selatan,” ujarnya.




-mstar


Nukilan Hati dari FARIDKAMILMARAVILLA. forza milano ! gomo kelate gomo !

4 kata jiwa anda:

FarizDanialz December 09, 2010 1:10 PM  

aku melawat blog ni sebab nampak gambar metallica Yeah!

Metallica Rules! haha

anyways, nice entry =]

Tips Kesihatan : Petua melegakan selsema
► Play. ▌▌Pause.

maldinifaridkamil December 10, 2010 3:10 AM  

thanx coz mlawat..hehee..
metallica memang terbhaek! ROCK!

Unknown December 10, 2010 6:18 AM  

Ish,tak best la mcm tu..
Bagi yg x berkemampuan nak beli cd2 lagu or filem..mcm mane?
Agak x setuju la kot?
:)

maldinifaridkamil December 10, 2010 6:49 AM  

memang kurang bsetuju..tp entah la..tengok pelaksanaan nanti la macam mana..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP