Roberto Carlos jadi sasaran penyokong RACIST.
>> Sunday, June 26
Roberto Carlos yang kini beraksi bersama Anzhi Makhachkala, telah meninggalkan padang sebagai tanda protes selepas menjadi sasaran penyokong yang radikal ketika perlawanan Liga Perdana Rusia menentang Krylya Sovietov Samara.
Ini bukannya kali pertama berlaku kerana pada bulan Mac yang lalu, Roberto Carlos pernah dihulurkan pisang oleh seorang peminat ketika majlis pra-perlawanan menentang Zenit St Petersburg.
Pasukan Zenit didenda £6,000 dan dikecam kerana sikap penyokong mereka itu.
Dan kini Roberto Carlos mengeluarkan kenyataan bahawa beliau cukup kesal dan kecewa dengan sikap penonton yang bukan hanya mengganggu beliau malah pemain-pemain lain. Dia juga berharap Persatuan Bolasepak Rusia, UEFA dan FIFA dapat melakukan penilaian dan mencari penyelesaian sebetulnya bagi insiden yang sungguh memalukan ini.
Lihat video insiden tersebut di bawah ini :
Sumber dari : metro.co.uk
0 kata jiwa anda:
Post a Comment