Keputusan FAM cetus kebencian penyokong Kelantan
>> Thursday, January 8
Baru sahaja meraikan kemenangan sulung bergaya ditempat lawan memalukan
UPB/MyTeam dengan keputusan 4-2, episod malang menimpa pasukan Kelantan.
Bukan berita menundukkan UPB/MyTeam yang ingin diraikan tetapi
keputusan bergaya FAM bakal mencetuskan kebencian penyokong bola sepak Kelantan.
Sesudah keputusan ‘dinaikkan pangkat’ beraksi dalam Liga Super
dipertikaikan ramai, kali ini giliran Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) pula menafikan hak kita.
Ibarat dijatuhkan hukuman tanpa perbicaraan, sekali lagi pihak FAM
membuat keputusan tidak popular. Prosidingnya cukup jelas iaitu :
‘bahawasanya kamu telah didapati bersalah atas kegagalan menyediakan
kemudahan padang mengikut spesifikasi-spesifikasi yang telah ditetapkan
‘.
Maka dengan itu setelah meneliti dan berbincang dengan teliti,
berasaskan sebab-sebab teknikal, maka Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT)
dengan ini telah memutuskan bahawa :
• Pasukan Kelantan dikira kalah dengan jaringan 0-3.
• Pasukan Kuala Lumpur PLUS FC dengan ini diisytiharkan menang dengan
jaringan 3-0 dan mendapat 3 mata.
Itulah keputusan tidak popular yang diputuskan oleh Persatuan Bola
Sepak
Malaysia (FAM) abad ini. Alahaiii FAM!!!! Ingat Piala Kambing ke ni
????!!!!
Kronologi penggulungan hujah FAM ini bermula apabila aksi sulung sepak
mula Liga Super 2009 tertangguh kerana hujan lebat minggu lalu akhirnya
merungkaikan kepada kejadian alam ciptaan Yang Maha Kuasa mampu
disanggah hebat pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Manakan tidak,
berlandaskan faktor teknikal ‘kegagalan’ menyediakan kemudahan
padang akhirnya dijadikan alasan utama. Sebagai rekod, umum menyedari bahawa
minggu lalu jelas gelombang banjir kedua melanda Kelantan.
Hujan lebat selama beberapa hari berturut-turut di venue Kota Bharu
memaksa kita tidak mampu berbuat apa-apa yang patut dari segi penyediaan
padang. Yang ada......macam itu sahaja lah padang kita. Nak buat macamana lagi
? Nak buat garisan macam mana kalau dah hujan turun mencurah-curah setiap
hari. Nak potong rumput macam mana kalau hujan saban hari daripada pagi
sampai ke petang ? Kenalah kita terima hakikat sedemikian.
Menjelang hari perlawanan liga pada hari Sabtu pun, hujan lebat turun
tidak henti-henti daripada pagi sampai ke malam. Jadi keputusan untuk
’menangguhkan’ aksi sulung perlawanan Liga Super adalah adil bagi
kedua-dua pasukan baik Kelantan mahupun KL Plus FC. Sekali lagi ditegaskan kita
gunapakai perkataan ’ditangguhkan’ dan bukannya ’diberi kekalahan
percuma’. Bukannya ’diberi kekalahan percuma’ !!!! Mungkin kalau diteruskan
pun aksi yang dipertontonkan tidak seperti yang diharapkan bahkan boleh
mengundangkan kecelakaan pemain atas padang.
Keputusan menunda perlawanan itu biarpun mengundang rasa marah buat
peminat dan penyokong bolasepak Kelantan tetapi akhirnya diterima dengan hati
terbuka. Kemenangan percuma ( 3-0 ) diberikan kepada pasukan KL Plus FC
bukannya persoalan utama disini.
Diluar mungkin ketika ini sebahagian ramai bertepuk tangan menyaksikan
kita ’dihukum’ awal-awal lagi ketika Liga Super baru menerjah ke
perlawanan kedua. Kehebatan Kelantan dinafikan sepenuhnya hanya kerana laporan
pegawai perlawanan berkenaan yang berfikiran terkebelakangan. Tetapi kita
percaya, mana-mana pasukan yang terlibat seperti situasi yang sedang kita alami
sekarang tentunya tidak berpuashati andai perkara sedemikian terjadi kepada pasukan tersebut.
Melalui sumber yang boleh dipercayai, difahamkan tidak ada wakil
kedua-dua pasukan dijemput ketika pihak FAM membuat keputusan luar dugaan petang
semalam. Jadi tidak adil bagi pihak FAM menjatuhkan hukuman
berlandaskan laporan pegawai perlawanan tanpa mendengar pandangan pihak pengurusan
kedua-dua pasukan.
Marah kami marah bertempat. Marah kami marah bersebab. Takkanlah
sampaikan kita nak pergi bakar bangunan FAM kerana keputusan luar dugaan seperti
ini. Walaupun kami digelar penyokong fanatik tapi kami masih lagi berfikiran
waras tidak melampaui melakukan perkara sedemikian.
Keputusan FAM memberi kemenangan percuma kini sekali lagi mengundang
retorik api kemarahan penyokong Kelantan. Jangan salahkan lantai kalau
tidak pandai menari. Kini tidak salah rasanya untuk kita memboikot Liga
Malaysia andai keputusan sebegini membunuh semangat juang pemain diatas
padang, mematikan langkah peminat dan penyokong yang membayar sepuluh
ringgit berduyun-duyun memenuhi setiap inci stadium apabila pasukan
kita beraksi.
Ayuh peminat dan penyokong fanatik Kelantan Darul Naim, inilah masanya
untuk kita buktikan bahawa kuasa kita sebagai peminat dan penyokong
bola sepak Kelantan mampu menempelak keputusan FAM. Atas warna merah putih
bendera negeri Kelantan Darul Naim , bangkitlah semua rakyat Kelantan,
peminat sejati penyokong bola sepak Kelantan menentang keras pemikiran
jumud pihak FAM ini.
Fikir-Fikirkanlah Persatuan Bola Sepak Malaysia, kuasa ditanganmu.
Segalanya ditanganmu !!!!
” Sesungguhnya doa orang – orang yang teraniaya Allah s.w.t
makbulkan ”
Amin Ya Rabba Alamin.
0 kata jiwa anda:
Post a Comment