Bonjela
>> Sunday, April 26
Amaran gel gusi Bonjela untuk kanak-kanak di bawah usia 16 tahun
(Perhatian kepada ibu bapa yang selalu menggunakan Bonjela untuk anak-anak mereka)
Kanak-kanak di bawah usia 16 tahun seharusnya tidak diberikan gel kelegaan kesakitan mulut (ulser) Bonjela dan Bonjela Cool, yang mengandungi bahan kimia ala aspirin, menurut badan peraturan kesihatan. Agensi Penguatkuasa produk Perubatan dan Jagaan Kesihatan (MHRA) mengeluarkan amaran mengenai rawatan mengandungi garam salisilat (salicylate salts), yang mempunyai kesan yang sama ke atas badan seperti aspirin.
Aspirin sudah tidak dicadangkan pengambilannya kepada mereka berusia bawah 16 tahun. MHRA berkata tiada risiko berasas teori di mana produk dengan garam akan menyebabkan kepada kanak-kanak mengembangkan Sindrom Reye. Tiada juga sebarang kes yang dilaporkan mengenai Gel Bonjela atau Bonjela Cool Mint yang menyebabkan Reye, katanya.
Bagaimanapun, badan tersebut ada menerima laporan tiga kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan disyaki reaksi teruk ubat yang serius selepas menggunakan gel seperti Bonjela.
Dalam keseluruhannya, semua kes disyaki Sindrom Reye tetapi tidak dapat disahkan. Terdapat juga empat laporan berlaku muntah-muntah atau cirit-birit di kalangan kanak-kanak berikutan penggunaan Bonjela. Dalam tiga kes, gel disapu untuk sakit gigi dan dalam semua kes, kanak-kanak pulih sepenuhnya.
Syarikat pengeluar, Reckitt Benckiser berkata Bonjela dan Bonjela Cool sekarang akan dilabelkan sebagai jenama (kegunaan) dewasa. Ia berkata amaran tidak termasuk kepada Gel Pertumbuhan Gigi Bonjela, yang tidak mengandungi garam salisilat dan tetap selamat untuk kanak-kanak dari usia dua bulan.
0 kata jiwa anda:
Post a Comment