Astro Arena!
>> Friday, March 19
Astro Arena - dengan 'tagline' Nadi Sukan Malaysia - dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (OCM), pada 18 Mac 2010.
Astro Arena, di saluran 801 dan 'percuma' kepada semua pelanggan Astro - termasuk yang hanya menikmati pakej asas keluarga - adalah saluran sukan pertama tempatan yang akan beroperasi 24 jam dan menyiarkan majoriti perkembangan sukan tempatan apabila mencecah tahap operasi maksimum nanti.
Saluran ini akan ke udara pada 26hb Mac ini. Antara paparannya - buletin sukan 'Nadi Arena' yang akan disiarkan setiap hari pada jam 7.30 malam. Saya punya watak dan pembabitan secara langsung dengan buletin yang dipertanggungjawab kepada Jabatan Berita Astro Arena.
Turut dalam 'menu' sebaik ke udara nanti ialah rancangan bual bicara 'Kafe Sukan' setiap malam Isnin, rancangan khas bertopikkan bola sepak 'Formasi' setiap malam Rabu dan 'Aktifpedia' yang akan memberi peluang kepada penonton untuk lebih mengenali persatuan-persatuan sukan dan atlit-atlit negara daripada pelbagai jenis sukan - baik sukan utama mahupun sukan yang mungkin sekian lama dipinggirkan.
2 kata jiwa anda:
bagus gila ada channel camni!!! serius aku tak tahu semua team kat Msia lagi
takpe..pasni ko akan tahu la..
kalo ko layan la..hjahahahha
Post a Comment