Astro Arena!
>> Friday, March 19

Astro Arena - dengan 'tagline' Nadi Sukan Malaysia - dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (OCM), pada 18 Mac 2010.
Astro Arena, di saluran 801 dan 'percuma' kepada semua pelanggan  Astro - termasuk yang hanya menikmati pakej asas keluarga - adalah  saluran sukan pertama tempatan yang akan beroperasi 24 jam dan  menyiarkan majoriti perkembangan sukan tempatan apabila mencecah tahap  operasi maksimum nanti.
Saluran ini akan ke udara  pada 26hb Mac ini. Antara paparannya - buletin sukan 'Nadi Arena' yang  akan disiarkan setiap hari pada jam 7.30 malam. Saya punya watak dan  pembabitan secara langsung dengan buletin yang dipertanggungjawab kepada  Jabatan Berita Astro Arena.
Turut dalam 'menu'  sebaik ke udara nanti ialah rancangan bual bicara 'Kafe Sukan' setiap  malam Isnin, rancangan khas bertopikkan bola sepak 'Formasi' setiap  malam Rabu dan 'Aktifpedia' yang akan memberi peluang kepada penonton  untuk lebih mengenali persatuan-persatuan sukan dan atlit-atlit negara  daripada pelbagai jenis sukan - baik sukan utama mahupun sukan yang  mungkin sekian lama dipinggirkan.













2 kata jiwa anda:
bagus gila ada channel camni!!! serius aku tak tahu semua team kat Msia lagi
takpe..pasni ko akan tahu la..
kalo ko layan la..hjahahahha
Post a Comment