Lionel Messi : Kisah Benar Sebuah Inspirasi.

>> Monday, May 30


Pemilik nama Lionel Andres Messi dilahirkan 24 Jun 1987 dan dibesarkan di Rosario, 300 Kilometer sebelah barat laut dari Buenos Aires, Argentina. Dia lahir dengan kelainan hormon yang membuatkan tubuh badannya lebih kecil dari Kanak-kanak seusianya. Keadaan dari segi fizikal itu juga membuatkannya terbuang dari bola sepak.


Hari pertama persekolahannya, Messi dilarang bermain bola sepak daripada jurulatih sekolahnya kerana menilai badannya terlalu kecil. Padahal, budak yang ditolaknya ini adalah pemain terbaik didunia ketika ini. bukan sekali atau dua kali, tetapi mungkin akan betambah lagi gelarannya.


"Masa kecil dulu, "Kutu" (Nama gelaran Messi) mengalami waktu-waktu yang sangat sukar kerana masalah Hormonnya," kata Kakak Messi, Celia.


Messi kelihatan semakin mustahil untuk menjelajahi lebih luas dunia bola sepak, apabila pasukan medical kelabnya memberitahu Messi hanya boleh mencapai tinggi tidak lebih dari 140 sentimeter.

Kerana mengalami masalah ekonomi, ayah dan ibu Messi terpaksa redha. bukan setakat membiayai perawatan Messi sahaja tidak mampu, malah untuk memenuhi keperluan seharian Messi dan tiga adik beradiknya juga dilihat sukar.

Messi dan keluarganya dikatakan hidup sebagai orang susah. Sehinggalah Messi berusia 12 tahun, Saudaranya yang tinggal di Catalonia, Sepanyol membawa Messi ke Barcelona untuk mengikuti ujian pemilihan pasukan.

Pengarah Barcelona ketika itu, Carlos Rexach merupakan orang yang pertama terpegun & melihat bakatnya dan terus meminta Messi meletakkan tanda tangan di atas sebuah kertas sebagai ungkapan simbolis (Ikatan Kontrak).

Setelah itu Barcelona bersetuju membiayai semua kos perawatan Messi. Messi berangkat ke Sepanyol dengan ayahnya. Dan dimasukkan kedalam Skuad U-14 Barcelona pada tahun 2000 yang lalu.


Perlawanan pertamanya sahaja ketika mewakili Skuad U-14 Barcelona telah menjaringkan 5 gol.

Sekarang, Messi dikatakan telah mencapai tinggi sekitar 170 sentimeter dan telah berjaya meraih lima gelaran La Liga, tiga kali trofi Liga Juara-Juara, dua kali FIFA Ballon d'Or, satu kali Olympic Gold Medal dan banyak lagi.




Messi juga merupakan orang yang paling menerima gaji tertinggi di Barcelona dengan memiliki kekayaan senilai 20 juta poundsterling. Namun, menurut Messi, dia akan tetap hidup seperti biasa, menikmati sarapan antaranya danish party dan segelas kopi.

"Saya suka hidup sederhana, Saya juga sama dengan manusia yang lain. Tiada bezanya. Saya menaiki kereta seperti orang lain," Kata Messi, yang kini memiliki yayasan amal untuk kesihatan dan pendidikan Kanak-Kanak yang diletakkan nama "The Leo Messi Foundation".

"Saya tidak membaca buku. Perkara istimewa bagi saya adalah menjaringkan gol. Saya suka menyambutnya bersama kawan-kawan dan rakan sepasukan. Saya menyukai kegiatan amal saya yang membantu kanak-kanak diseluruh dunia."

"Trofi,penghargaan dan jumlah gelaran yang saya dapat akan saya beri kepada kanak-kanak yang sedang membesar di Rosario, Santa Fe, Argentina." Kata Messi.

"Saya belajar berjalan disana sehingga akhirnya boleh mengejar impian saya. Pernah satu ketika dahulu, ada yang mengatakan kepada saya bahawa saya tidak akan pernah menjadi pemain bola sepak."

"Sudah puas saya disindir, dikritik, dan dicemuh oleh orang-orang kampung. menjadikan saya bertekad untuk berpindah ke Sepanyol dengan sokongan penuh dari keluarga saya, saya berjaya menjadi sebahagian daripada Skuad Barcelona. Perkara yang pernah saya impikan dahulu telah menjadi kenyataan,"


Nukilan Hati dari FARIDKAMILMARAVILLA. forza milano ! gomo kelate gomo !

3 kata jiwa anda:

Amin Zaki May 30, 2011 9:23 PM  

dasyat2 budak nie, huuuu

maldinifaridkamil May 30, 2011 11:19 PM  

Messi memang pemain bolasepak paling hebat masa ini. Tahniah kepada beliau kerana terus cekal mengejar cita-cita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP