Google Translate Beatboxing! :)

>> Saturday, December 11

1. Pergi ke Google Translate

2. Tetapkan bahasa terjemahan tu From: German To: German

3. Copy pkataan ni masuk kat situ.. pv zk bschk pv zk pv bschk zk pv zk bschk pv zk pv bschk zk bschk pv bschk bschk pv kkkkkkkkkk bschk

4. Klik LISTEN

5. terkejut kan? hahah. Google Translate pn boleh buat beatbox!

p/s: kepada sapa yang malas, klik link ni terus. GOOGLE beatbox

Read more...

From Brain to Hard-Disk?

>> Friday, December 10


Seorang saintis terkenal dari US, Raymond KURZWEIL (62) mengatakan dia sedang membina alat yang boleh mem”backup” otak manusia, termasuk segala memori yang ada di dalamnya ke dalam hardisk.

“Saya sangat yakin bahawa dalam masa 20 tahun kita akan dapat memiliki ribuan mesin komputer nanorobot di dalam darah,” kata Kurzweil di depan 500 jemputan dalam acara ‘Future Talk’ di Vienna, Austria, seperti dimuat Daily Mail pada 22/10/2010 lalu.

Tambah Kurzweil lagi ini bukan sesuatu yang mustahil kerana teknologi yang ada sekarang ini membolehkan alat tersebut boleh dicipta.

“Ini bermakna alat itu akan mengembalikan setiap fikiran, pengalaman, dan apapun yang menjadikan kita seorang individu manusia,” tambah Kurzweil.

Kurzweil juga berkata, dia sudah biasa dianggap gila oleh sebahagian orang.

Dia menceritakan, pada awal1980-an, beliau pernah meramalkan World Wide Web (www) akan muncul pada pertengahan tahun 1990.

“Dulu saya dianggap gila. Tapi lihat yang terjadi, dan ramalan saya mengenai bila www muncul adalah tepat,” katanya.

Di kalangan para saintis, Raymond Kurzweil memang bukan orang sembarangan. Selama kerjayanya dalam bidang sains, Kurzweil telah banyak kali menjadi perintis teknologi komputer, termasuk teknolongi pengecaman suara.

Sejarah hidupnya juga mengkagumkan. Pada usia 15 tahun, ia mencipta program yang boleh mengubah semula lagu dengan style komposer terkenal. Dengan penciptaannya itu Kurzweil dipanggil untuk bertemu Presiden, Lyndon B Johnson di White House.

Dia juga pernah membuat mesin yang boleh membaca ayat yang tertulis untuk rakannya yang buta, penyanyi terkenal, Stevie Wonder.

Untuk Stevie Wonder juga, Kurzweil membuat alat muzik synthesizer yang secara revolusioner boleh berfungsi seperti alat muzik sebenar.

Sementara itu, dalam bidang akademik, Kurzweil memiliki 19 gelaran doktor kehormatan.

Kini, dia menjadi penasihat bagi kerajaan, saintis, tentera dan penceramah di seluruh dunia. Topiknya, tentang teknologi terkini.


sumber tambahan

Read more...

Siapa Nak Susukan Kera Di Hutan?




Mana ada orang percaya lagi dah taktik2 macam ni. melainkan orang tu gila. tak pun tengah takde keje n banyak duit. hahahahaha~

Read more...

Muat Turun Filem & Lagu Bakal Dihalang.

>> Thursday, December 9


Tiada lagi muat turun percuma bagi peminat-peminat lagu dan filem apabila peraturan baru yang membolehkan Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) menyekat atau menamatkan akaun pengguna Internet rakan-ke-rakan (P2P) diperkenalkan kelak.


Undang-undang baru dikenali sebagai Akta Liabiliti ISP, akan dibentangkan di Parlimen bulan depan, menurut Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Norman Halim.



RIM mula melobi akta berkenaan kepada kerajaan sejak lima tahun lalu ekoran perbuatan muat turun secara dalam talian adalah tidak sah selain merosakkan penjualan muzik secara sah di seluruh dunia.



“Akta itu akan membuatkan ISP lebih bertanggungjawab menangani isu cetak rompak dalam talian. ISP akan didenda jika tidak bertindak mengikut undang-undang ke atas pemuat turun terbabit.



” Mereka memiliki teknologi yang boleh mengesan pengguna P2P,” kata Norman.



Bagaimanapun nilai denda hanya akan ditentukan kemudian.



Penyedia perkhdimatan akan mengirimkan dua surat amaran kepada pemuat turun.



Jika mereka masih berdegil, kemudahan Internet akan disekat atau ditamatkan.



“Negara-negara lain memiliki perundangan seperti itu bagi memelihara industri muzik. Contoh terbaik ialah Korea Selatan,” ujarnya.




-mstar

Read more...

Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran.


TIGA bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose berdepan kemungkinan digantung satu musim andai mereka didapati bersalah melanggar kontrak bersama pasukan lama mereka, Kelantan.



Indra, Farhan dan Azizi dikatakan telah menyertai pasukan T-Team untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2011 dan mereka dikatakan sudah turun menjalani latihan di Kuala Terengganu pada minggu ini.



Mereka didakwa tidak membalas notis tawaran lanjutan kontrak yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang membawa maksud pemain-pemain tersebut telah bersetuju untuk bersama Kelantan bagi musim 2011.



Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemain yang melanggar syarat tersebut boleh dikenakan hukuman penggantungan selama semusim.



“Notis tersebut dikeluarkan pasukan dalam tempoh tiga bulan sebelum kontrak tamat. Jika pemain mendapat tawaran pasukan lain untuk musim berikutnya, mereka perlu membalas notis itu dalam tempoh 14 hari.



“Namun jika pemain tidak balas langsung notis tersebut, maka secara automatik mereka dianggap bersetuju menyambung kontrak dan perjanjian bersama pasukan itu akan terus berkuat kuasa untuk musim berikutnya.



“Tetapi jika pemain tidak menerima notis lanjutan kontrak itu dalam tempoh tiga bulan terakhir sebelum kontrak tamat, barulah dia bebas untuk berpindah ke pasukan lain,” jelas Takiyuddin pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.



Namun Kosmo! difahamkan, dua lagi bekas pemain Kelantan yang berhijrah ke pasukan baru iaitu Akmal Rizal Rakhli (Perak) dan Hairuddin Omar (Negeri Sembilan) tidak berdepan masalah kerana mereka tidak menerima notis tawaran lanjutan kontrak daripada KAFA.



Takiyuddin memberitahu, setakat ini jawatankuasa FAM itu masih belum menerima sebarang aduan atau bantahan daripada mana-mana persatuan negeri dan kelab termasuk KAFA.



“FAM belum menerima apa-apa bantahan. Tetapi kita tidak tahu jika ada persatuan yang akan mengemukakan bantahan ini selepas tarikh akhir pendaftaran pemain musim 2011 iaitu pada 15 Disember ini.



“Jika selepas tarikh tersebut pemain yang sudah menandatangani kontrak bersama pasukan baru dan mahu berpatah balik kepada pasukan lama kerana mereka melanggar syarat tersebut, ia sudah terlambat.



“Ini merupakan peringatan penting buat semua pemain supaya bertindak mengikut peruntukan dalam kontrak sebelum mereka membuat apa-apa keputusan,” tegasnya.



Oleh WAN FAKHRUL BAKAR


fakhrul@kosmo.com.my


Petikan dari KOSMO! Online

Read more...

Kalau Api, Mana Puntungnya?

>> Sunday, December 5

Malam tadi, pengalaman menarik berlaku di Restoran Al-Meerasa. Restoran ni tempat biasa aku n kengkawan g lepak utk tengok bola pd hujung minggu. Tadi, aku pergi tengok perlawanan Arsenal vs Fulham bersama Hafiz & Zul. Perlawanan berkesudahan Arsenal menang 2-1 lantas melonjak ke takhta liga.

Tapi itu bukan tujuan utama entry ini, Restoran Al-Meerasa ni terletaknya kat Giant Petaling Jaya. Kat depan tu ada bangunan rumah-rumah kedai. Nak dijadikan cerita la kan, tingkap paling atas dalam deretan rumah kedai tu tetiba bernyala. Nyalaan warna oren. TERBAKAR! jerit sorang pelanggan berbangsa Cina. lalu ada yang memanjat bangunan bersebelahan. Nak tengok apa jadi.

15 minit berlalu. sume orang duk tengok je. nak tggu ape jadi. ish2. aku, hafiz n zul masih lagi tengok bola. malas nak layan. *teruk2* pastu ada lak sorang mamat nama Akob (bukan nama sebenar) menelefon polis dan bomba. 5 minit pastu smpai la polis n bomba. Semangat mereka bekerja malam-malam. On Call! elaun lebih. ahahahah.
Bomba pn pasang tangga. Panjat ke atas. tingkap tak boleh bukak. kena turun balik. Pastu naik balik, dengan kepakaran yang ada, dapat la bukak tingkap. pastu bomba tu menjerit, CLEAR! semua orang tanya kenapa?

pastu bomba tu turun n cakap, bukan api la. tapi LAMPU POKOK KRISMAS! hahahaha. semua orang yang kat situ sume gelak sakan!!! Bomba n polis pun berlalu dengan kecewa. sebab tak dapat masuk TV n paper esok. hahaha. patut la xmeletup2 lagi, da stgh jam pn, rupe2nye lampu krismas. apa da! bomba kene wakenabeb ngn tokey kedai~ hahaha.


Read more...

Ku Lihat Layu Dalam Melayu

>> Friday, December 3


Melayu


Apa ada pada nama


Berhargakah Melayu yang dijunjung tanpa makna?


Atau


Sekadar keris berwajahkan segala


Atau


Adat yang sudah lama disiakan



Melayu


“takkan Melayu hilang di dunia”


Ungkapan indah pada yang buta


Sedarkan mereka akan asal usulnya


Pastikan sirna bila tiba waktunya



Melayu


Sedih dan pilu


Sampai bila harus begitu?


Bangkitlah!


Bangkitlah wahai Melayu ku


Buktikan pada dunia


“takkan Melayu hilang di dunia”


Bukan ungkapan semata-mata



Melayu


Pastinya suatu hari kan gah berdiri


Menjunjung nama adat terpuji


Relakah kau dijajah kembali?


Bukalah mata, bukalah hati


Melayu kan terbukti…


Read more...

Ku Nanti Tarikh-Tarikh Keramat ini.


DIARI KAFA



16-12-10 : MEMPERKENALKAN Barisan Pemain TRW 2011 dan no jersey PEMAIN


17-12-10 : TRW vs Singapore club


19-12-10 : TRW vs Thai club


21-12-10: TRW vs Cambodian club


27-12-10 : TRW vs PKNS Selangor


31-12-10 : TRW Di Singapore


06-01-10 : JERSEY BARU TRW


sumber dari: Facebook Tan Sri Annuar Musa.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP