Perwira merah

>> Tuesday, November 30


Salam & Terima kasih sekali lagi buat semua para pemain yg berjaya membawa balik piala impian, Piala Malaysia ke bumi Kelantan.

Kami hormat keputusan anda. Tetapi kami juga bersedih kerana ada kecacatan dalam persediaan pemain dalam mengharungi kempen 2011.

Mungking KAFA tersilap; mungkin juga para pemain turut tersilap.
Kontrak ada di tangan masing2. Jika anda masih percayakan KAFA, tegurlah KAFA tentang cacat-cela kontrak terbabit. Jika ianya kerana imbuhan gaji atau bonus, bawalah berbincang dengan lebih lanjut; mungkin sekali dua perbincangan tidak dapat menyelesaikan hati semua pihak. Jika tawaran lumayan dari 'rumput' yang lebih bagus, hak anda kami hormati. Tapi kami harap perpindahan anda tidak menyusahkan diri dikemudian hari.

Banyak team lain yg turut mendapat suntikan modal untuk 2011, hasil dari kemeriahan yg dibawa oleh penyokong2 tegar TRW seperti kami; kami mengembara dari stadium ke stadium untuk menonton aksi anda. Anda telah membuatkan kami lebih matang dalam menilai persembahan anda.

Tiada siapa boleh halang anda dari membuat keputusan sendiri tapi kami berharap tiada siapa juga yang mempengaruhi fikiran anda untuk meninggalkan pasukan Kelantan.

Kami harap, anda mendapat 'sesuatu' ketika bersama Kelantan dan kami harap.......ANDA AKAN KEMBALI KE BUMI KELANTAN, SEBAGAI PEMAIN TRW ATAU SEBAGAI TETAMU KAMI, RAKYAT KELANTAN!!!


Nukilan Hati dari FARIDKAMILMARAVILLA. forza milano ! gomo kelate gomo !

0 kata jiwa anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP