TEAM BOLA FEVERET AKU

>> Wednesday, April 27

Ini sebenarnya adalah contest yang dianjurkan oleh Fad Ali. TEAM BOLA FEVERET AKU. (klik kalau nak join k).

jadi, Team Bola yang menjadi FEVERET aku semestinya
anda pun tahu kan? hehe.




KELANTAN!!
Sebab aku minat Kelantan adalah sebab Kelantan ni adalah negeri kelahiranku. Jadi aku sebagai anak watan negeri Cik Siti Wan Kembang pastinya akan menyokong pasukan KELANTAN. Pasukan ini mendapat nama jolokan Kijang Emas memakai jersi berwarna merah pada jersi home dan memakai jersi berwarna putih untuk jersi away. Kelantan tadi baru sahaja menumpaskan Selangor 1-0 di stadium keramat Kota Bharu, Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Kelantan terkenal dengan tagline "GOMO KELATE GOMO!".



Pemain yang paling aku minati dalam pasukan Kelantan adalah Norshahrul Idlan Talaha. Dia adalah pemain pada posisi penyerang yang kini mendahului carta penjaring terbanyak Liga Super 2011 dengan 11 gol. Dengan berbekalkan tendangan padu dan gelecekan yang licik, dia memang layak digelar penyerang terbaik Malaysia.




AC MILAN!!
Aku memang sangat minat AC MILAN sejak dari tahun 1999 lagi. Pasukan AC Milan juga diberi jolokan Rossoneri yang bertapak di bandar Milan, Itali dan menggunakan Stadium Giuseppe Meazza, San Siro sebagai stadium utama. FORZA MILANO! AC Milan kini menghuni tangga teratas Liga Serie A Itali dengan 8 mata meninggalkan Inter Milan di tempat kedua. Aku minat AC Milan sebab ada seorang pemain yang paling aku minat iaitu Paolo Maldini.




Paolo Maldini adalah pemain dalam pasukan AC Milan yang paling aku minati. Kini, dia sudah bersara dari arena bolasepak. Namun, dia tetap lagenda dalam pasukan AC Milan dengan 902 penampilan dan 33 gol buat AC Milan. Dia bermain di AC Milan selama 25 tahun. Bermain di posisi pertahanan kiri dan pertahanan tengah. Dia bersara pada musim 2009 dan jersi nombor 3 nya disimpan sehingga anaknya menyertai pasukan utama AC Milan. PAOLO MALDINI! Il Grande Capitano.




p/s : itu sahajalah catatan aku tentang pasukan-pasukan bolasepak feveret aku ye.. Fad Ali, Semoga Aku menang! hahahah..:)

Read more...

Tangisan mengeluarkan Air Mata

>> Saturday, April 23


Sesiapapun boleh menangis untuk menzahirkan perasaan yang terbuku dalam hati. Tiada salahnya untuk lelaki menangis. Tetapi biarlah tangisan itu kena pada tempat dan masanya dan apa yang penting tangisan itu tidaklah keterlaluan.

Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Air mata yang termahal siapa yang punya?

Ibu
Ayah
Remaja
Orang yang dizalim

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Jadi, tengoklah video di bawah ini mengenai tangisan paling ikhlas dari lelaki. Sungguh menyayat hati. Mungkin cara untuk beliau melepaskan segala perasaan yang ada di dalam hati. layan-layankan.




Best cry ever brought to you by Funny Clips

Read more...

Lagu MRSM Se-Malaysia !

>> Tuesday, April 19




Wahai putera-puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera






tibe2 rindu nak kembali ke zaman di MRSM Lenggong. :'(

Read more...

FOLLOWER JIWAKU BERDARAH! YANG KE-333

>> Wednesday, April 6

333 ?
SUNGGUH TIDAK KU SANGKA BLOG AKU INI AKAN DAPAT CAPAI FOLLOWER HINGGA KE ANGKA INI.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK.
DAN FOLLOWER YANG SUNGGUH BERTUAH DAN BAIK HATI TERSEBUT ADALAH


CIK CONFUSEME!!!
*aku pn confuse ngan namanya!*


Beliau adalah pemilik blog BITTERSWEET
sila klik pada LINK ini untuk ke blog beliau ye!


Aku sangat suka no.3
Dan no.333 ni lagi la aku suke!
memang style la! terbhaek!
terima kasih ye!! :)

Read more...

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

>> Sunday, April 3

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 telah diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 3 April 2011. Berikut adalah keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang telah diumumkan:



-Anugerah Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Haji Nawawi


-Anugerah Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana


-Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail


-Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana


-Penyanyi Duo/Artis Berkumpulan – 6ixth Sense


-Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan


-Artis Komedi Wanita Popular – Noorkhiriah


-Artis Baru Lelaki Popular – Shahir


-Artis Baru Wanita Popular – Ana Raffali


-Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak


-Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha


-Artis Nasyid Popular – Rabbani


-Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir


-Penyanyi Wanita Popular – Yunalis Zarai


-Anugerah Artis Mobile Popular 2010 - 6ixth Sense


-Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam


-Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani


-Augerah Pencapaian Sepajang Hayat – Dato' Hjh. Rosnani Jamil


-Bintang Paling Popular ABPBH 2010– SHAHEIZY SAM !!!



Tahniah buat semua pemenang…



PUNCAK KEGEMILANGAN!


Read more...

Dinner Kolej 11 :)

>> Saturday, April 2






MAndeta atau nama penuhnya Malam Anugerah Pendeta adalah annual dinner Kolej Kediaman Ungku Aziz Universiti Malaya. masuk kali ini, dah TIGA kali aku jadi AJK MAndeta. dua tahun sebelum ni aku berada pada jawatan yang sama iaitu Penolong Pengarah Teknikal & Logistik, tapi kali ni aku memegang jawatan Timbalan Pengarah.


Tempat kali ini adalah di Palace of The Golden Horses. Hotel ni memang grand abes la. terbhaek dari ladang! haha. Sape tak kenal hotel ni kan. tempat Mawi bersanding ngan Ekin aritu. hehe. Tahun ni agak ok la persediaanya namun berjalan lancar. Alhamdulillah. Semua dah berakhir. Aku dapat 2 anugerah, Anugerah Mahaputera Pendeta & Anugerah Prasasti Pengetua. Anugerah tertinggi pada malam tu iaitu Anugerah Eka Permata Pendeta jatuh kepada Mohd Asri Zulkifli iaitu presiden JTK kolej. buat kali kedua presiden kolej dapat Eka Permata. hehe. KUAZ is the best! =)

Tema MAndeta tahun ni, LOVE IS IN THE AIR. Lagu temanya As long As You Love Me. Memang meleleh-leleh cintanya. Artis jemputan : Rosin. + ada magic show dari Shahril Fuyoo Magic! memang best. menarik dan sangat best! :)


Read more...

Alahai FAM Ada Saja Yang Dipindanya.

>> Friday, April 1

Tindakan FAM meminda jadual perlawanan separuh akhir Piala FA 2011 semalam mendapat kritikan hebat para penyokong The Red Warriors yang sudah bersiap siaga ke Shah Alam dengan tempahan tiket bas, keretapi dan kapal terbang pada 13 Mei iaitu sehari lebih lewat daripada tarikh baru yang diubah ini pada 12 Mei.



Peminat The Red Warriors turut berasa hairan apabila Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) mengumumkan tempat perlawanan tidak berubah sedangkan mengikut jadual baru perlawanan separuh akhir Piala FA 2011 pusingan pertama Kota Bharu dipilih sebagai tuan rumah untuk aksi perlawanan ini, berbeza dengan jadual asal FAM yang jelas terpampang Shah Alam diletakkan bahagian atas carta jadual dan menjadi tuan rumah untuk perlawanan pertama ini.

Perubahan jadual secara drastik ini menggambarkan sikap FAM masih ditakuk lama dan AJK JKPT boleh meminda sesuka hati jadual perlawanan kerana bagi mereka bolasepak Malaysia adalah hak milik mereka dan boleh diubah mengikut kehendak yang berkuasa. Sedar atau tidak sedar Piala FA antara piala berprestij di Malaysia, apa tanggapan peminat bolasepak dalam negara dan luar negara dengan perubahan jadual pada perlawanan yang sudah memasuki separuh akhir ini.

Klik untuk lihat jadual asal yang dipetik daripada laman portal FAM;



Para penyokong Kelantan boleh menerima perubahan tarikh diawalkan tetapi terpaksa mengutuk sikap tidak profesional FAM ini, apa yang tidak boleh diterima ialah perubahan gelanggang tuan rumah untuk perlawanan pertama Piala FA 2011. Ini bukanlah isu takut kalah atau gerun dengan perlawanan kedua berlangsung di Shah Alam tetapi isu fungsi FAM itu sendiri dan persiapan peminat Kelantan yang telah menempah tiket. Pernahkah berlaku perlawanan Piala FA England dipinda? Jika ditunda pun disebabkan oleh cuaca salji atau berlaku masalah yang di luar jangkaan tetapi ianya hanya melibatkan pindaan pada tarikh sahaja dan bukanlah melibatkan perubahan pada pemilihan tuan rumah.

Sampai bila bolasepak Malaysia harus berdepan dengan sikap tidak profesional dan ketidakseragaman jadual perlawanan ini. Lihat sahaja jadual perlawanan Liga Super juga kerap berlaku rehat yang panjang dan perlawanan yang padat. Tidak mustahil pemain yang menyarung jersi skuad kebangsaan sekali lagi akan berdepan dengan kecederaan menjelang perlawanan antarabangsa pada bulan Mei nanti sepertimana berlaku dalam skuad kebangsaan pada tahun lalu dalam saingan piala AFF Suzuki apabila beberapa pemain utama terpaksa digantikan akibat kecederaan. Jelas FAM masih tidak belajar daripada pengalaman ini.

Perlu diingatkan sekali lagi, kami penyokong The Red Warriors tidak gentar dengan pasukan Selangor meskipun FAM dengan kuasa yang ada oleh pengerusi JKPT yang sering memihak pada pasukannya dilihat cuba memberi kelebihan gelanggang pertarungan kepada Selangor. Sejarah telah tercatat di stadium Shah Alam mahupun Kota Bharu, pasukan Selangor pernah tersungkur kepada pasukan Kelantan dan Kelantan juga pernah tersungkur di gelanggang yang sama kepada Selangor. Cuma sejak perlawanan terbaru januari tahun ini dan perlawanan tahun lalu, ianya memihak kepada Kelantan. Dengan ini semua pihak harus faham, kritikan ini hanyalah melibatkan isu pindaan lokasi perlawanan asal sahaja bukannya membabitkan isu-isu lain.

Perlawanan pusingan kedua separuh akhir Piala FA sedikit menghampakan penyokong-penyokong dari Kelantan kerana berlangsung pada hari ahad (15 mei) yang merupakan hari berkerja di Kelantan. Kini harapan penyokong tegar Kelantan kepada seluruh penyokong The Red Warriors di luar Kelantan untuk memeriahkan dan memberi semangat kepada suasana perlawanan ini.

Harapan peminat The Red Warriors semoga tiada lagi pindaan jadual perlawanan Piala FA 2011 ini kerana kami sudah nampak lambaian Bukit Jalil melambai-lambai memanggil kehadiran kami. InsyaAllah kami akan singgah dulu ke Shah Alam sebelum ke Bukit Jalil nanti. Hanya doa dan semangat kami sahaja yang mampu mengiringi para pemain-pemain kami. Namun tidak terlintas dihati kami untuk riak atau takbur, cuma perasaan yakin sedang berkobar-kobar dihati kami. Ayuh semua penjuang The Red Warriors bersedia untuk bertugas........

Pantang The Red Warriors gentar dengan perancangan lemah pihak-pihak lawan. Lawan tetap lawan jika inilah gelanggangnya dan ketentuannya. Gomo Kelate Gomo.

Piala FA :
Separuh Akhir Pertama- 12 Mei 2011
KELANTAN VS SELANGOR (SSMIV)
TERENGGANU VS PAHANG (SSNSKT)

Separuh Akhir Kedua- 15 Mei 2011
SELANGOR VS KELANTAN (SSA)
PAHANG VS TERENGGANU (SDM)

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP