Alahai FAM Ada Saja Yang Dipindanya.

>> Friday, April 1

Tindakan FAM meminda jadual perlawanan separuh akhir Piala FA 2011 semalam mendapat kritikan hebat para penyokong The Red Warriors yang sudah bersiap siaga ke Shah Alam dengan tempahan tiket bas, keretapi dan kapal terbang pada 13 Mei iaitu sehari lebih lewat daripada tarikh baru yang diubah ini pada 12 Mei.



Peminat The Red Warriors turut berasa hairan apabila Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) mengumumkan tempat perlawanan tidak berubah sedangkan mengikut jadual baru perlawanan separuh akhir Piala FA 2011 pusingan pertama Kota Bharu dipilih sebagai tuan rumah untuk aksi perlawanan ini, berbeza dengan jadual asal FAM yang jelas terpampang Shah Alam diletakkan bahagian atas carta jadual dan menjadi tuan rumah untuk perlawanan pertama ini.

Perubahan jadual secara drastik ini menggambarkan sikap FAM masih ditakuk lama dan AJK JKPT boleh meminda sesuka hati jadual perlawanan kerana bagi mereka bolasepak Malaysia adalah hak milik mereka dan boleh diubah mengikut kehendak yang berkuasa. Sedar atau tidak sedar Piala FA antara piala berprestij di Malaysia, apa tanggapan peminat bolasepak dalam negara dan luar negara dengan perubahan jadual pada perlawanan yang sudah memasuki separuh akhir ini.

Klik untuk lihat jadual asal yang dipetik daripada laman portal FAM;



Para penyokong Kelantan boleh menerima perubahan tarikh diawalkan tetapi terpaksa mengutuk sikap tidak profesional FAM ini, apa yang tidak boleh diterima ialah perubahan gelanggang tuan rumah untuk perlawanan pertama Piala FA 2011. Ini bukanlah isu takut kalah atau gerun dengan perlawanan kedua berlangsung di Shah Alam tetapi isu fungsi FAM itu sendiri dan persiapan peminat Kelantan yang telah menempah tiket. Pernahkah berlaku perlawanan Piala FA England dipinda? Jika ditunda pun disebabkan oleh cuaca salji atau berlaku masalah yang di luar jangkaan tetapi ianya hanya melibatkan pindaan pada tarikh sahaja dan bukanlah melibatkan perubahan pada pemilihan tuan rumah.

Sampai bila bolasepak Malaysia harus berdepan dengan sikap tidak profesional dan ketidakseragaman jadual perlawanan ini. Lihat sahaja jadual perlawanan Liga Super juga kerap berlaku rehat yang panjang dan perlawanan yang padat. Tidak mustahil pemain yang menyarung jersi skuad kebangsaan sekali lagi akan berdepan dengan kecederaan menjelang perlawanan antarabangsa pada bulan Mei nanti sepertimana berlaku dalam skuad kebangsaan pada tahun lalu dalam saingan piala AFF Suzuki apabila beberapa pemain utama terpaksa digantikan akibat kecederaan. Jelas FAM masih tidak belajar daripada pengalaman ini.

Perlu diingatkan sekali lagi, kami penyokong The Red Warriors tidak gentar dengan pasukan Selangor meskipun FAM dengan kuasa yang ada oleh pengerusi JKPT yang sering memihak pada pasukannya dilihat cuba memberi kelebihan gelanggang pertarungan kepada Selangor. Sejarah telah tercatat di stadium Shah Alam mahupun Kota Bharu, pasukan Selangor pernah tersungkur kepada pasukan Kelantan dan Kelantan juga pernah tersungkur di gelanggang yang sama kepada Selangor. Cuma sejak perlawanan terbaru januari tahun ini dan perlawanan tahun lalu, ianya memihak kepada Kelantan. Dengan ini semua pihak harus faham, kritikan ini hanyalah melibatkan isu pindaan lokasi perlawanan asal sahaja bukannya membabitkan isu-isu lain.

Perlawanan pusingan kedua separuh akhir Piala FA sedikit menghampakan penyokong-penyokong dari Kelantan kerana berlangsung pada hari ahad (15 mei) yang merupakan hari berkerja di Kelantan. Kini harapan penyokong tegar Kelantan kepada seluruh penyokong The Red Warriors di luar Kelantan untuk memeriahkan dan memberi semangat kepada suasana perlawanan ini.

Harapan peminat The Red Warriors semoga tiada lagi pindaan jadual perlawanan Piala FA 2011 ini kerana kami sudah nampak lambaian Bukit Jalil melambai-lambai memanggil kehadiran kami. InsyaAllah kami akan singgah dulu ke Shah Alam sebelum ke Bukit Jalil nanti. Hanya doa dan semangat kami sahaja yang mampu mengiringi para pemain-pemain kami. Namun tidak terlintas dihati kami untuk riak atau takbur, cuma perasaan yakin sedang berkobar-kobar dihati kami. Ayuh semua penjuang The Red Warriors bersedia untuk bertugas........

Pantang The Red Warriors gentar dengan perancangan lemah pihak-pihak lawan. Lawan tetap lawan jika inilah gelanggangnya dan ketentuannya. Gomo Kelate Gomo.

Piala FA :
Separuh Akhir Pertama- 12 Mei 2011
KELANTAN VS SELANGOR (SSMIV)
TERENGGANU VS PAHANG (SSNSKT)

Separuh Akhir Kedua- 15 Mei 2011
SELANGOR VS KELANTAN (SSA)
PAHANG VS TERENGGANU (SDM)

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo...


Nukilan Hati dari FARIDKAMILMARAVILLA. forza milano ! gomo kelate gomo !

0 kata jiwa anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP