TEAM BOLA FEVERET AKU

>> Wednesday, April 27

Ini sebenarnya adalah contest yang dianjurkan oleh Fad Ali. TEAM BOLA FEVERET AKU. (klik kalau nak join k).

jadi, Team Bola yang menjadi FEVERET aku semestinya
anda pun tahu kan? hehe.




KELANTAN!!
Sebab aku minat Kelantan adalah sebab Kelantan ni adalah negeri kelahiranku. Jadi aku sebagai anak watan negeri Cik Siti Wan Kembang pastinya akan menyokong pasukan KELANTAN. Pasukan ini mendapat nama jolokan Kijang Emas memakai jersi berwarna merah pada jersi home dan memakai jersi berwarna putih untuk jersi away. Kelantan tadi baru sahaja menumpaskan Selangor 1-0 di stadium keramat Kota Bharu, Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Kelantan terkenal dengan tagline "GOMO KELATE GOMO!".



Pemain yang paling aku minati dalam pasukan Kelantan adalah Norshahrul Idlan Talaha. Dia adalah pemain pada posisi penyerang yang kini mendahului carta penjaring terbanyak Liga Super 2011 dengan 11 gol. Dengan berbekalkan tendangan padu dan gelecekan yang licik, dia memang layak digelar penyerang terbaik Malaysia.




AC MILAN!!
Aku memang sangat minat AC MILAN sejak dari tahun 1999 lagi. Pasukan AC Milan juga diberi jolokan Rossoneri yang bertapak di bandar Milan, Itali dan menggunakan Stadium Giuseppe Meazza, San Siro sebagai stadium utama. FORZA MILANO! AC Milan kini menghuni tangga teratas Liga Serie A Itali dengan 8 mata meninggalkan Inter Milan di tempat kedua. Aku minat AC Milan sebab ada seorang pemain yang paling aku minat iaitu Paolo Maldini.




Paolo Maldini adalah pemain dalam pasukan AC Milan yang paling aku minati. Kini, dia sudah bersara dari arena bolasepak. Namun, dia tetap lagenda dalam pasukan AC Milan dengan 902 penampilan dan 33 gol buat AC Milan. Dia bermain di AC Milan selama 25 tahun. Bermain di posisi pertahanan kiri dan pertahanan tengah. Dia bersara pada musim 2009 dan jersi nombor 3 nya disimpan sehingga anaknya menyertai pasukan utama AC Milan. PAOLO MALDINI! Il Grande Capitano.




p/s : itu sahajalah catatan aku tentang pasukan-pasukan bolasepak feveret aku ye.. Fad Ali, Semoga Aku menang! hahahah..:)


Nukilan Hati dari FARIDKAMILMARAVILLA. forza milano ! gomo kelate gomo !

4 kata jiwa anda:

Lydia Miza April 27, 2011 2:00 AM  

pasukan kelantan bagus.LM pun suka

maldinifaridkamil April 27, 2011 2:01 AM  

yeay! thanx utk sokongan itu LM. hehe. GOMO KELATE GOMO!

Belalang hijau Perisik April 27, 2011 2:47 AM  

uik, minat liga itali jugak? same la kita...tp belalang lebih minat juve...

kelantan red warrior tu...senang2 jer dia jinakkan red giant tadi...hahaha

maldinifaridkamil April 28, 2011 8:16 PM  

liga itali best jugak! :)
kelantan memang power. sangat! hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP