FAM batal gantung stadium Kota Bharu
>> Friday, May 29
JAWATANKUASA Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk membatalkan penggantungan Stadium Sultan Mohamad IV selepas mesyuaratnya, semalam.
Ia bermakna Kelantan yang digantung daripada menggunakan gelanggang mereka sehingga ke penghujung musim bakal beraksi di depan penyokong mereka menentang UPB MyTeam pada 16 Jun ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, mengesahkan keputusan itu, tetapi memaklumkan butiran lanjut mengenainya akan hanya diumumkan, hari ini.
Stadium Sultan Mohamad IV sebelumnya dikenakan penggantungan sehingga hujung musim ekoran insiden rusuhan penonton selepas tamat aksi separuh akhir pertama Piala FA di antara Kelantan dan Negeri Sembilan pada 7 April lalu.
0 kata jiwa anda:
Post a Comment