TARIKH-TARIKH PENTING LIGA MALAYSIA 2011

>> Friday, December 24


29 JANUARI 2011

Perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah

Selangor lawan Kelantan

Stadium Shah Alam.



29 JANUARI 2011

Liga Super 2011 bermula.



23 FEBRUARI 2011 & 9 MAC 2011

Pusingan Pertama kelayakan Sukan Olimpik 2012

Harimau Muda A menentang Pakistan



10 FERBRUARI 2011

Saingan Piala Presiden



13 FEBRUARI 2011

Liga FAM bermula.



11 JUN 2011

FINAL Piala FA



7 SEPTEMBER 2011

Piala Malaysia bermula.



29 OKTOBER 2011

FINAL Piala Malaysia.



Sumber:

Sidang akhbar Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT)

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Wisma FAM

23 Disember 2010

Read more...

200 blog


segmen terbaru dari ben ashaari. 200 blog!
nak join? klik je link kat gambar header blog beliau tu k.
:)

Read more...

5 Binatang Paling Susah Untuk Dibunuh

>> Wednesday, December 22


TREE WETA
Di darah mereka ada protein spesial yg membuat air tidak boleh dibekukan..bererti walaupun tree weta dibekukan, darah mereka masih boleh mengalir ketika mereka bangun.
Otak dan hati mereka juga tidak berfungsi tidak mereka beku..namun mereka boleh kembali berfungsi ketika cair.Jadi mereka mampu mati..pastu hidup lagi! macam zombie!



WATER BEARS
Water bears adalah binatang air yg mikroskopik dan ia sangat susah dibunuh malah tidak boleh dibekukan. Menda ni bleh bertahan pada suhu -273 darjah celcius.
Malahan bom nuklear pun tidak mampu mengapa-apakan menda nih. Ia boleh kembali ke bentuk kering dan semasa dibentuk ini ia kebal terhadap radiasi. Menda ni juga kebal terhadap nitrogen cair dan asam mineral.



LUNG FISH
Lungfish adalah salah satu spesies binatang air tertua.Mereka boleh hidup walaupun tidak ada air atau udara selama 6 bulan. Mereka boleh hidup kembali setelah diberi sedikit air.


IMMORTAL JELLYFISH
Immortal bererti abadi..dan oborr2 ini memang abadi..atau dengan kata lain takleh mati! obor2 ini lahir dan berkembang seperti biasa..namun hidup mereka tidak berakhir..mereka akan kembali ke bentuk polyp (bayi obor2) dan hidupnya bermula lagi dari awal.


EAST AFRICAN GIANT SNAIL
Serupa seperti siput biasa, cuma menda nih bleh mencapai 8 inci panjangnya. Masyarakat Afrika Timur sudah mencuba pelbagai cara untuk membunuh menda ni, sperti membakar dan racun tetapi masih tidak berhasil.

Read more...

Penundaan Clash Of Titans: Apa disebaliknya?

>> Tuesday, December 21


Keputusan untuk menunda pertembungan yang ditunggu-tunggu di antara Chelsea dan Manchester telah dibuat oleh Polis Metropolitan dan Majlis Hammersmith dan Fulham.

Kerisauan berkaitan kesihatan dan keselamatan bermakna perlawanan Liga Perdana Barclays itu ditunda lebih 27 jam sebelum sepak mula hari Ahad jam 4 petang.

Wakil Chelsea berkata: "Perlawanan itu ditunda atas sebab kesihatan dan keselamatan. Keputusan itu diambil selepas perbincangan di antara majlis tempatan, kelab dan pihak polis.

"Dengan salji turun lebat pada pagi Sabtu, bukan sahaja keadaan sekeliling stadium terjejas tapi seluruh kawasan Fulham. Ada kerisauan bagaimana peminat hendak ke stadium selain penempatan staff dan polis ketika perlawanan."

Pertahanan United, Rio Ferdinand kurang bersetuju. Ferdinand menulis melalui Twitter: "Ada sesiapa menonton perlawanan Ipswich semalam? Padang diselaputi salji…jadi bagaimana perlawanan itu berlangsung tapi kami punya ditunda?"


Nampaknya Rio Ferdinand tidak mahu momentum kemenangan United yang sedang dikecap kini menjadi sebaliknya apabila perlawanan dilangsungkan kemudian. Memandangkan Chelsea tidak berada pada prestasi terbaiknya, sudah semestinya setiap pasukan mengidamkan untuk bertemu Chelsea pada ketika ini.


Liga Perdana Barclays musim ini bakal berdepan dengan kepadatan jadual dengan bakal bermulanya pusingan kedua Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala Liga. Dan UEFA pula tegas melarang sesiapapun menggunakan padang dua minggu sebelum perlawanan, perlawanan akhir Piala FA akan diadakan pada 14 Mei dengan pusingan akhir perlawanan Liga Perdana Barclays diadakan seminggu kemudian.



Read more...

Apakah sebab seorang lelaki itu adalah tidak MACHO?

>> Monday, December 20


1- Meminta wang dari perempuan, walaupun hanya meminta kredit rm10, anda akan dipandang buruk oleh wanita tersebut.

2- Berpakaian selekeh. anda akan dicop tiada gaya..


3- Rambut tidak berminyak..TIDAK!!..pasti wanita itu bertanya, 'mamat ni mandi ke tak?' walaupun pada hakikatnya anda mandi..


4- Baju anda tidak bergosok..nampak sangat anda pemalas..hehe


5- Anda bersikap pemalu dan tidak berani..sebagai lelaki, anda harus berani buat ape saja, barulah wanita terpikat dengan kamu..


6- Anda tidak senyum apabila anda melihat ada wanita tersenyum pada anda, memang sah anda akan diumpat..


7- Anda selalu ponteng kelas.. wanita sangat benci lelaki ini..maybe tak semua..heee..

8- Anda sangat panas baran..wanita akan takut untuk mendekati kamu.. bahaya!!

9- Anda seorang playboy..wanita tidak akan sekali-kali berfikir untuk menjadi kekasih kamu.. hahaha..WOMANIZER!!


10- Anda tidak bersungguh-sungguh semasa melafazkan cinta kepada wanita kesayangan anda.. kalau cinta anda tidak diterima buat kali pertama, cubalah lagi untuk kali yang seterusnya..hati wanita sangat lembut sebenarnya..mana tahu jika si dia terpaut dengan kesungguhan anda..WAH!!


11- Anda tidak menjawab pertanyaan wanita..memang anda sangat menyakitkan hati..jangan haraplah wanita itu nak tegur anda balik..keh3..


12- Anda menghentikan perbualan anda dahulu melalui sms..xmacho..


13- Anda membiarkan wanita berdiri dalam bas..sgt tidak boleh diterima..


p/s: so, what say you?

Read more...

AWARD FROM ELYN


assalamualaikum dan salam 1malaysia..
hari ini, aku dapat satu award..Friendship Award..
award ini adalah pemberian ELYN aka Dzailin Dzulkaflie..
Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Salah Tolong Tunjukkan..*oops*
FRENZ FOREVER!!! hehe..

jadi, aku pula nak serahkan award ini kepada
SEMUA PENGUNJUNG BLOG JIWAKU BERDARAH INI..
tak kira la followers ke blogwalkers ke..
FRIENDSHIP FOREVER!!

♥ U ALL..:)

Read more...

Apa Yang Ada Pada 26-12-10

>> Sunday, December 19


PERLAWANAN AKHIR PIALA SUZUKI AFF 2010 (1ST LEG)
MALAYSIA VS INDONESIA..8.45MALAM..
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

-dijangka ribuan peminat bolasepak Malaysia akan membanjiri stadium nasional bukit jalil memandangkan ini adalah kali pertama Malaysia layak ke perlawanan akhir piala paling berprestij di Asia Tenggara ini sejak kali terakhir pada edisi pertama kejohanan 1996.
-Malaysia sudah diganyang Indonesia 5-1 pada perlawananan pembukaan kejohanan ini. Namun, keadaan memang berbeza ketika itu kerana perlawanan itu diadakan di Gelora Bung Karno dan penjaga gol yang digunakan ketika itu adalah Sharbinee Allawee yang mana jelas sekali tidak berada pada prestasi terbaik beliau.
-Selamat Maju Jaya saya ucapkan kepada skuad kebangsaan. Semoga bolasepak kita menjadi agung dan terus menjadi kuasa besar di Asia Tenggara.

MALAYSIA BOLEH! LETS RISE TOGETHER! HARIMAU MALAYA, BANGKITLAH!





- Rock The World 10 akan berlangsung di Tempat Parkir A Stadium Bukit Jalil bermula jam 10pagi.Sebanyak 19 band akan bergabung memberikan persembahan terbaik mereka. Dijangkakan kombinasi kali ini adalah terbaik dalam seluruh 10 tahun penganjuran program ini. Tiket Masuk berharga RM30.
Antara band-band yang akan hadir adalah:
  1. Massacre Conspiracy
  2. Skudap Skudip
  3. Dichi Michi
  4. Couple
  5. One Buck Short
  6. Azlan & The Typewriter
  7. Sevencollar T-Shirt
  8. Bleeding Mascara
  9. Bunkface
  10. Republic of Brickfields
  11. Dragon Red
  12. They Will Kill Us All
  13. Love Me Butch
  14. Pop Shuvit
  15. Bittersweet
  16. Disagree
  17. Lo
  18. The Pilgrims
  19. Gerhana Skacinta


JADI, INILAH ANTARA EVENT BESAR YANG AKAN BERLANGSUNG. SUDAH PASTI BUKIT JALIL AKAN SESAK PADA 26 DISEMBER 2010. DARI PAGI HINGGA KE MALAM. SELURUH MALAYSIA AKAN TERTUMPU KE BUKIT JALIL. PEMINAT BOLASEPAK DAN MUZIK BEBAS TANAH AIR AKAN MEMENUHI BUMI BUKIT JALIL. ADAKAH ANDA JUGA AKAN TURUT SERTA?

Read more...

15 fakta tentang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee...


1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura, ruangan ‘race’ atau bangsa dibiarkan kosong.

2. Ketika kecil, selepas mengaji Quran, P. Ramlee akan berlakon di padang di hadapan kawan-kawannya dengan membawakan watak-watak wira seperti Hang Tuah, Robin hood, Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan.


3. Terlalu kurus dan berjerawat batu ketika mudanya; suka ponteng sekolah, tidur dalam kelas, dan suka bermain dam. P. Ramlee bukan dari kalangan pelajar cemerlang. Beliau juga tidak gemar membaca – satu-satunya novel kegemaran P. Ramlee adalah berjudul ‘Atheis’ karya Achdiat K. Miharja.


4. Sangat meminati sepak takraw. P. Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P Ramlee Sumbang Sih kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura.


5. Azizah, lagu pertama yang menjulang namanya adalah inspirasi buah hatinya di Pulau Pinang; identiti wanita tersebut kekal misteri sehingga kini; mendapat bayaran royalti pertama bernilai RM3,000 dari syarikat T. Hemsley untuk lagu ini beberapa hari sebelum rusuhan Bertha Hertog atau Natrah pada tahun 1951.


6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon!


7. Lagu “Kewk Mambo” diinspirasikan daripada nama sahabat baiknya, Pengurus Produksi Malay Film Productions, Kwek Chip Jian.


8. Orang pertama mempersoalkan bayaran gaji pekerja-pekerja produksi; juga yang pertama memperkenalkan gabungan perkataan ‘pawagam’ (panggung wayang gambar); digunakan pada PAWAGAM P. RAMLEE (dulunya terletak berhampiran pusat membeli-belah Sogo dan Kompleks Pertama).


9. Jika di rumah, P. Ramlee selesa berpelikat yang dipakai bersama T-shirt Pagoda putih; suka memasak dan resipi ringkas kegemarannya adalah kacang panjang (digoreng hingga lembut) campur ikan bilis masak kicap.

10. Menu harian: ikan goreng dan ulam; ikan terubuk, kari ketam dan kuah laksa paling disukai; juga gemar berkunjung ke restoran Sup Setapak (masih wujud ke hari ini).

11. Tabiat pelik: suka mencium-cium aroma nasi kandar yang masih lekat di tangannya! Nasi Kandar ‘Line Clear’ adalah kegemaran P. Ramlee!

12. Sazali memainkan watak anak petani/peladang dalam filem Anak Bapak dan bersama anak-anak yang lain, mereka menjadi suara latar untuk lagu “Tolong Kami Bantu Kami” dalam filem 3 Abdul.

13. Mendengar lagu Jalak Lenteng nyanyian Rubiah berulang-ulang kali setiap kali berhadapan masalah.

14. Pernah ‘diboo’ dan disuruh turun pentas ketika menyanyi di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur menjelang kebangkitan irama pop-yeh-yeh.

15. Menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang!

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP