Wordless Wednesday #3 ( 29 Jun 2011 )

>> Wednesday, June 29

Read more...

AIR TAWAR SECAWAN DITUANG KE LAUT, TAKKAN DAPAT MENGHILANGKAN RASA MASINNYA.

>> Tuesday, June 28

klik pada gambar untuk paparan lebih jelas dan nyata.

Hari ini "fan page" rasmi bagi Cristiano Ronaldo mengeluarkan status dalam Bahasa Melayu. Amat mengejutkan ramai orang. Sehinggakan status itu banyaknya dikomen oleh orang-orang Malaysia. Satu usaha yang menarik dilakukan oleh mereka. :)

Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi lingua franca atau bahasa perantaraan di daerah Kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Hal ini dapat dibuktikan apabila seorang pengembara bernama I-Tsing telah singgah di Sriwijaya pada tahun 672 Masihi.

Dalam perjalanannya dari China ke India, beliau menyatakan bahawa bahasa Melayu digunakan dengan meluasnya diPalembangFrancois Valentijn pernah meriwayatkan bahawa kerajaan Melaka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di Kepulauan Melayu dengan pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat.

p/s : orang melayu sendiri pn kadang2 malu nak update status dalam bahasa melayu. haih~

BANGGALAH DENGAN BAHASA MELAYU a.k.a BAHASA MALAYSIA. BAHASA JIWA BANGSA. :)

Read more...

Roberto Carlos jadi sasaran penyokong RACIST.

>> Sunday, June 26


Roberto Carlos yang kini beraksi bersama Anzhi Makhachkala, telah meninggalkan padang sebagai tanda protes selepas menjadi sasaran penyokong yang radikal ketika perlawanan Liga Perdana Rusia menentang Krylya Sovietov Samara.

Ini bukannya kali pertama berlaku kerana pada bulan Mac yang lalu, Roberto Carlos pernah dihulurkan pisang oleh seorang peminat ketika majlis pra-perlawanan menentang Zenit St Petersburg.

Pasukan Zenit didenda £6,000 dan dikecam kerana sikap penyokong mereka itu.

Dan kini Roberto Carlos mengeluarkan kenyataan bahawa beliau cukup kesal dan kecewa dengan sikap penonton yang bukan hanya mengganggu beliau malah pemain-pemain lain. Dia juga berharap Persatuan Bolasepak Rusia, UEFA dan FIFA dapat melakukan penilaian dan mencari penyelesaian sebetulnya bagi insiden yang sungguh memalukan ini.

Lihat video insiden tersebut di bawah ini :


Sumber dari : metro.co.uk

Read more...

Malaysia di Jersi Pasukan Liga Inggeris.

>> Saturday, June 25



Kumpulan Genting menjadi syarikat Malaysia terbaru yang menaja kelab di Liga Perdana Inggeris. Genting Casinos, syarikat yang mempunyai operasi Kasino terbesar di UK diumumkan menjadi penaja utama baru kelab Aston Villa. Syarikat itu menandatangani perjanjian untuk menaja selama 2 tahun bermula 1 Julai ini sehingga penghujung 2012-2013.

Nilai keseluruhan penajaan bagaimanapun tidak didedahkan.

Serentak dengan pengumuman ini, Aston Villa turut melancarkan Jersi 'away' baru untuk musim 2011-2012 dengan logo 'Genting Casinos' di dada. Genting merupakan antara syarikat antarabangsa terbesar dari Malaysia dan mempunyai perniagaan di serata dunia.




Minggu lepas, kelab Liga Championship, Cardiff City turut mengeluarkan jersi dengan nama 'Malaysia' tertera di dada. Perkembangan ini tentunya akan merancakkan lagi arena bola sepak negara yang sedang meningkat naik.


Cardiff City ataupun nama gelarannya 'Bluebirds' adalah kelab milik penuh 2 usahawan dari Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan dan Datuk Chan Tien Ghee yang juga bapa kepada pemain skuad Piala Presiden Kelantan, Nicholas Chan. Kedua-dua tokoh korporat ini membeli kelab ini pada 27 Mei 2010 hanya beberapa hari sebelum Cardiff tewas dalam perlawanan play-off ke Liga Perdana Inggeris.

sumber : forum SYOK.ORG :)

Read more...

Wordless Wednesday #2 ( 22 June 2011 )

>> Wednesday, June 22


Biarlah Gambar Ini Menerangkan Segalanya.

Read more...

Memungut Duka.

>> Tuesday, June 21

Memungut Duka adalah sebuah lagu nyanyian Kumpulan Xcess.
Lagu nya sungguh catchy dan menarik minat gua untuk mendengar lagu ini berulang-ulang kali semasa online.
Pergh! Layan der!
Saja nak berkongsi dengan korang.
Hope korang pun enjoy lagu ni kay!
Maaf la kalau tak suka. :)





MEMUNGUT DUKA - XCESS

Dikamar yang usang,
Aku dihimpit sengsara,
Dipagut memori semalam,luka disayang
Berbilah kerinduan.

Kerana luka ini,
Aku merintih sendiri,
Pasrah teguran harapan hati,
Hampir meragut segugus keimanan.

Dalam cinta yg tirus
Setia semakin ternoda
Tiada lagi nilai bahagia
Hanyut dalam khayalan

Puas aku melupakan tragedi cinta terbuang,
Namun aku x berupaya.

Dalam meniti hari aku menangis sendiri lebur dlm
kecintaan.

Sendiri aku mengukur serpihan duka didalam kecewa
Sendiri aku mengenang istana cinta kita yg runtuh
buat selamanya..

Read more...

Sumbang Mahram - Haruan Makan Anak!

>> Monday, June 20


Seorang bapa sanggup menjadikan anak kandung sebagai tempat pemuas nafsu sehingga melahirkan tiga anak.

Malah, bapa dan anak itu mengaku bersekedudukan sejak tujuh tahun lalu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Bakar Abdullah Kutty dekat sini, semalam.

Bapa seorang duda dan pasangannya tinggal bersama di sebuah rumah di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu dekat Tumpat sehingga melahirkan anak berusia enam, lima dan tiga tahun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie Kanan, Zaini Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya berkelakuan sumbang dan bersekedudukan sehingga melahirkan dua anak lelaki dan seorang perempuan dengan melakukan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah No 2/85 jika sabit kesalahan boleh dihukum denda RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, kira-kira jam 1.30 pagi semalam, bertindak atas maklumat awam pasukan penguat kuasa melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di Wakaf Bharu yang didapati terang namun berkunci di bahagian dalamnya.

Kemudiannya, pintu itu dibuka seorang lelaki dan pegawai berkenaan periksa sebuah bilik tertutup, tetapi tidak berkunci serta mendapati seorang lelaki berseluar pendek, berbaju bersama seorang perempuan berbaju, memakai seluar tidur.

Ketika perbicaraan berlangsung, Saari, yang juga mekanik mengakui kesalahan itu dan meminta mahkamah ringankan hukuman kerana masih mempunyai tanggungjawab untuk menjaga serta membesarkan kelima-lima anaknya hasil dua perkahwinannya.

Bagaimanapun, Abu Bakar selepas meneliti dan mengambil kira semua pengakuan beliau memutuskan kedua-dua pasangan itu diarahkan tinggal berasingan selama-lamanya bagi mengelak perkara sama berulang.

Saari dijatuhi hukuman denda RM2,500 dan setahun enam bulan penjara dan sekiranya gagal membayar denda tempoh penjara dipanjangkan menjadikannya dua tahun.

Bagi anaknya, dia dikenakan denda RM2,000 atau penjara enam bulan sekiranya tidak menjelaskan bayaran berkenaan.
- Sinar Harian.

Read more...

GA PERTAMA PUTERI KATEK

>> Saturday, June 18

KALAU NAK JOIN KLIK KAT BANNER ATAU KAT SINI


3 ENTRI TERBAIK DARI BLOG JIWAKU BERDARAH! INI RASANYA ADALAH :




TARIKH TUTUP : 15 JULAI 2011
(random.org akan digunakan utk memilih yang bertuah)

LIFE IS TOO SHORT TO BE UNHAPPY!!

Read more...

CONTEST PEACE NO WAR :)

>> Friday, June 17


Contest ini adalah sebuah contest bergambar yang dianjurkan oleh Cik Muna Rahimah dari blog Muna Itu Saya. Silakan join ye. Kalau nak join, sila klik di banner itu untuk link nye. TQ~ :)

Syarat-syaratnya:

=> WAJIB follow blog muna .
=> Buat satu entri tentang "peace no war contest"
=> letakkan banner contest ni dekat post tu .
=> sertakan satu gambar yang buat "PEACE" .
=> dah siap tulis entry , link kan url entry tu dekat entry ni .
=> tag 3 orang . lebih pun takpe :)
=> mesti gambar korang tau . kalau gambar ramai2 takpe :)

Gambar yang aku pertaruhkan adalah :



takde la comel pn. tapi orang kata cute. hurmmm. :D

Orang-orang yang aku tag adalah :

1. Cikgu Suraya
2. Ku Nur Izzati
3. Penghuni Malam

Read more...

Mat Yo vs Safee Sali


PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN


KELANTAN lawan PELITA JAYA FC (Indonesia)
Sabtu
2 Julai 2011 . 8.45pm.
Stadium Sultan Muhammad Ke IV

Selain daripada kehadiran Safee Sali bersama Pelita Jaya, pasukan The Red Warriors pula dijangka akan dimantapkan dengan kehadiran 5 pemain import dari Croatia, Bosnia, Nigeria dan
England..

JOSIP BONACIN(croatia)..
OBINNA NWANERI(Nigerian national defender)...
RADOVANOVIC(former Bosnia Herzegovina U21).....
2 lagi sedang di usahakan....

Semua info ini didapatkan dari Profil Facebook Tan Sri Annuar Musa.

Read more...

Spontaneous Thursday #1 ( 16 Jun 2011 )

>> Thursday, June 16





AKU TAK AKAN ULANGI KESILAPAN LALU.













Read more...

Wordless Wednesday #1 ( 15 June 2011 )

>> Wednesday, June 15

Read more...

CINTA TERAGUNG! - HAZAMA AF9 (JUARA)

>> Monday, June 13



Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu


Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku



Read more...

Permintaan Cristiano Ronaldo, jika Man City inginkan khidmatnya.

>> Sunday, June 12


Bintang Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo telah meletakkan syarat kepada Manchester City andai mahu menggunakan perkhidmatannya.

Berikut Syarat yang diletakkan oleh Ronaldo seperti diungkapkan oleh Akhbar Britain The Sunday Mirror :

1) Gaji £400K seminggu (sekitar RM1.9 juta lebih)
2) Jersi Nombor 7
3) Gelang Kapten
4) Inginkan pemain yang paling termahal dibayar gaji dalam kelab Man City.


Ronaldo meletakkan syarat-syarat tersebut kerana dia yakin bahawa Manchester City adalah kelab satu-satunya yang mampu menampung proses perpindahannya £150 Jutanya.




ingin tahu lebih lanjut? klik link ini.. Sunday Mirror

Adakah ini adalah satu cubaan dari CR untuk mematahkan niat Man City memilikinya atau memang beliau benar-benar memaksudkannya (mata duitan) ?

Read more...

Istiadat Aneh Melempar Bayi di India.

>> Friday, June 10



Di India,ada istiadat Aneh Melempar Bayi yang juga terdengar menyeramkan bagi siapa saja yang melihatnya kerana istiadat tersebut adalah melempar bayi dari ketinggian 15 meter dan ditampung dengan hanya menggunakan kain.Istiadat tersebut sudah dilakukan secara turun temurun sejak 700 tahun yang lalu dan dipercayai oleh penduduk yang beragama Hindu mahupun Islam.Mereka percaya dengan melakukan istiadat tersebut dapat mengatasi kematian bayi yang sangat tinggi,kerana istiadat tersebut dapat memberikan kesihatan pada anak-anak mereka.

Istiadat seperti ini biasanya dapat ditemui di kawasan desa di India.Meskipun sudah dilakukan secara rutin.





Hingga kini pun,istiadat tersebut masih saja dilakukan di luar bandar kecil di India yang percaya dengan istiadat tersebut dapat memberi kesihatan pada anak-anak mereka. Bagaimanakah keadaan bayi yang dilempar dari ketinggian 15 meter tersebut? Apakah keadaannya akan baik-baik saja kerana bayi hanya ditangkap dengan menggunakan kain?sekiranya salah langkah,adakah bayi itu akan selamat?


Read more...

5 Tahun Tidur Bersama Mayat Isteri


Benar-benar menyeramkan keluarga berasal vietnam ini.Bapa dan Anak tidur disamping mayat isteri dan ibunya selama lebih dari 5 tahun.benar-benar suatu perbuatan yang aneh dan menakutkan.

Seorang lelaki berasal Vietnam, Le Van, 55 tahun, menggali makam isterinya dan mengambil jenazahnya.Lelaki itu kemudian membaluti jasad tersebut dengan tanah liat dan membentuknya menjadi tubuh wanita.Jasad berbalut tanah liat itu kemudian diletakkan di tempat tidur agar boleh dipeluknya setiap saat selama lima tahun.

Menurut laporan media tempatan, Van mulai tidur di atas makam isterinya sejak tahun 2003 lalu.Satu setengah tahun kemudian dia memutuskan untuk menggali kubur isterinya agar dia boleh tidur di samping isterinya.

Jiran tetangga yang mengetahui perbuatan tersebut kemudian memujuk Van agar menghentikan tindakan gilanya.Namun,pada bulan November 2004 Van kembali ke kubur, menggali mayat isterinya dan membawanya ke rumah hingga sekarang.

Bukan hanya Van,anaknya setiap hari juga tidur dan memeluk mayat ibunya setiap malam.

"Aku orang yang selalu melakukan hal-hal yang berbeza.Aku tidak seperti orang normal,"Hanya badan isteri saya yang meninggal ... tapi rohnya masih bersama kami. Aku tidak takut sama sekali ketika tidur dengannya...kata Le Van

P/S: hahahaha..agak ngeri kot! :p

Read more...

Just A Simple Giveaway By Areef

>> Tuesday, June 7


Penyertaan boleh dihantar mulai jam 0200 petang/ 07 Jun 2011
Dan berakhir pada 0800 malam/ 12 Jun 2011
The result, as soon as possible, in sya Allah

korang tak payahlah buat yang susah-susah yer
Sebab tema giveaway ni pun "just a simple"
Selamat mencuba!

:)

Read more...

Jersi Baru Barcelona bagi musim 2011/2012

>> Saturday, June 4


Untuk musim 2011-2012, Barcelona akan bermain dalam pakaian baru di laman sendiri dan lawan yang mengandungi ciri-ciri moden ketika ia masih mengekalkan corak dan sejarah kelab yang termasyhur.

Baju jersi tempat sendiri mengandungi jalur ikon jingga dan biru yang dikenali di dunia dengan sebelas jalur untuk kesekian kalinya. Di bahagian dalam kolar tertera motto “Tots unit fem força” (“All together, we are strong”), yang diambil dari lagu kelab Barcelona.

Baju jersi tempat lawan Barcelona berwarna hitam sepenuhnya dan ia direka dengan tujuan menggambarkan matlamat dan misi baru untuk perlawanan di tempat lawan. Jersi ini mengandungi warna hitam bersulam kelabu di bahagian bahu dengan bendera Catalan, “Senyera”.

Jersi ini dicipta dari bahan kitar semula polyester yang dirintis oleh Nike – buat kali pertama ia untuk baju dan seluar.

Sepasang jersi ini dihasilkan dari 13 botol plastik yang dikitar semula. Ia mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 30% jika dibandingkan dengan kain lama dari polyester dan menyelamatkan hampir 100 juta botol plastik dari memenuhi tapak pembuangan sampah.

Jersi dan kelengkapan pasukan sedia untuk ditempah bermula pada 18 Mei dan akan berada di butik Nike bermula 24 Mei nanti.

Read more...

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

>> Friday, June 3

Link

Saya jarang-jarang join giveaway. Hari ini tiba-tiba tertarik nak join mid-year giveaway by Nisa Menaip ni. harap-harap dapat la menang hadiah kan.

Yang best nye giveaway kali ni di sponsor oleh :


Jadi, dijemput semua rakan-rakan blogger yang belum join, silakan la join giveaway ini. sama-sama kita meriahkan ya. :)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP