Asia Tenggara milik Harimau Malaya !

>> Wednesday, December 29


Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan penalti pada awal babak permainan dan Safee Sali menjaringkan gol ke-5 peribadi dalam kejohanan ini membolehkan Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama walaupun tewas 1-2 kepada Indonesia dalam pusingan kedua perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno tadi.

Daripada keputusan 3-0 dari perlawanan pusingan pertama ahad lalu, Indonesia mensia-siakan peluang untuk mengurangkan defisit gol apabila Firman Utina gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-15 yang mana terus diselamatkan dengan kemas oleh Khairul Fahmi Che Mat. Harapan Indonesia untuk melakukan 'comeback' dalam perlawanan ini tampak makin berkecai setelah rembatan padu Safee Sali menerjah jaring pada minit ke-54.

Mohamad Nasuha bagaimanapun berjaya menjaringkan gol buat Indonesia pada minit ke-72 perlawanan dan rembatan beliau yang tertampan pertahanan Malaysia pada lewat babak permainan membolehkan Indonesia menang 2-1 dan mengekalkan 100% kemenangan di tempat sendiri pada Piala AFF musim ini walaupun Malaysia tetap menjadi juara dengan agregat 4-2.

Malaysia tewas 5-1 kepada Indonesia dalam perlawanan pembukaan kejohanan ini. Namun, hanya melepaskan 3 gol pada 5 perlawanan seterusnya dan menjadikan Piala AFF Suzuki milik mereka. Dan keputusan ini meneruskan kemarau kejuaraan Indonesia pada kempen kejohanan ini di mana mereka menjadi naib juara Piala AFF buat kali ke-4.

Kedua-dua pasukan melakukan dua pertukaran pada kesebelasan utama daripada perlawanan pusingan pertama. Indonesia meletakkan Arif Suyono menggantikan Okto Maniani yang digantung dan Irfan Bachdim kembali dengan mengganti tempat Yongki Aribowo yang mengalami kecederaan lutut. Malaysia pula memasukkan Sabre Abu dan Ashari Samsuddin menggantikan tempat Mahali Jasuli dan Amirulhadi Zainal yang kedua-duanya digantung akibat mengutip 3 kad kuning.



Penonton yang mana termasuk Presiden Bambang Yudoyono, Luna Maya dan Manohara memenuhkan tempat duduk 85,000 kapasiti Stadium Gelora Bung Karno kira-kira dua jam dari sepak mula perlawanan dengan harapan dapat memberi sokongan moral kepada pasukan Garuda yang memerlukan gol-gol awal untuk kembali dalam persaingan.

Setelah perlawanan berbaki 35 minit, pengemudi Indonesia baru melakukan pertukaran dengan memasukkan Bambang Pamungkas & Eka Ramdani bagi menggantikan Irfan & Firman. Ternyata kemasukan Bambang Pamungkas memberi impak pada bahagian serangan Indonesia. Pertahanan Malaysia yang dikemudi Muslim Ahmad & Fadhli Shas masih utuh menyerap serangan bertali arus Indonesia. Kemasukan Razman menggantikan Amar Rohidan, menjadikan Razman selaku pertahanan kiri dan Sabre Abu dibawa ke posisi defensive midfielder menemani Safiq Rahim.

pertahanan tampak makin longlai menuju penamat perlawanan apabila Indonesia berjaya merapatkan defisit jaringan dengan 2 gol lantas memberi harapan kepada pasukan Indonesia untuk mengatasi Malaysia. namun, sudah terlambat kerana perlawanan hanya berbaki 2 minit ketika itu. Masa tambahan yang diberikan oleh pengadil utama dari Australia, Peter Green sebanyak 4 minit banyak dihabiskan di tengah padang dan aksi pemain tercedera.

Akhirnya, wisel penamat dibunyikan dan Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki buat kali pertama dalam sejarah kejohanan. Kem Malaysia bersujud di atas padang dan mengucapkan tahniah kepada satu sama lain tanda mereka berpuas hati dengan kejuaraan ini. Segunung tahniah buat pasukan Harimau Malaya. Daripada Dato' Subahan Kamal selaku pengurus pasukan sehingga kepada rakyat-rakyat yang menyaksikan perlawanan secara langsung, mengucapkan kata-kata kesyukuran kerana nikmat mengecapi kejuaraan ini diberi sebagai satu hadiah penting buat negara Malaysia untuk menutup tahun 2010 dengan cemerlang.

Sekali lagi, ucapan tahniah kepada pasukan Malaysia. K.Rajagobal dan seluruh anak buahnya membanggakan negara. Malaysia Boleh!


Nukilan Hati dari FARIDKAMILMARAVILLA. forza milano ! gomo kelate gomo !

7 kata jiwa anda:

Yaya Ijat December 30, 2010 12:14 AM  

fuhhh...leh mtk kerja jd wartawan ni..

maldinifaridkamil December 30, 2010 12:22 AM  

hahahaha..masih tak leh..kena wt homework byk lagi..byk lagi vocab2 kantoi..haha

Puteri Katek December 30, 2010 12:29 AM  

hahaha....power ar malaysia!!!

MALAYSIA!!!! BOLEH!!!!!
MALAYSIA!!!! BOLEH!!!!!
MALAYSIA!!!! BOLEH!!!!!

maldinifaridkamil December 30, 2010 12:43 AM  

harimau malaya berjaya menawan asia tenggara..

Zeanne December 30, 2010 12:50 AM  

esok berita iras2 entri ni..hahahaha

maldinifaridkamil December 30, 2010 12:57 AM  

hehehe..penat kot mnulis ni..memang da cuba yg tbaek..ni je mmpu..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Add This

Sebarkan ke seluruh alam maya!

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP