Manusia bernama LELAKI
>> Wednesday, December 15
“Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak  akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap  lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut  dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami  mereka:
Hidup lelaki lebih mudah
 Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana  itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan  dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki  faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa  yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas  mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
Bahasa lelaki adalah berlainan
 Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan  lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang  lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza  daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka  adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang  dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai  melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
Lelaki suka membisu
 Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif  dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti.  Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
Lelaki tidak kompleks
 Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki  hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan  untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu.  Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang  sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi  sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
Jangan paksa lelaki
 Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita  itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya.  Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar  umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan  lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika  dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin  pada masa itu fikirannya sedang kacau.
Lelaki berahsia dengan lelaki lain
 Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah  yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang  dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk  menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki  memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.
Lelaki pentingkan kejujuran
 Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki  tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain  tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi  secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah  penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan  rahsia-rahsia rumahtangganya.
Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
 Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga  anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum  lelaki agar kita lebih memahaminya.
Lelaki tidak suka dikritik
 Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk  bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima  kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau  rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia  akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.
Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan  lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan  oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih  dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan  tepat.
 Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung  dengan sedikit pujian.
Lelaki juga mahukan sokongan
 Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita  harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan  keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya  cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama  abang…”
Lelaki dan ego
 Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam  kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi  bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami  atau kekasihnya.
Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api  cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf  dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika  anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang  dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang  dicintainya.
Lelaki mesra tanpa beremosi
 Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak  mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional,  bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang  itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.”
















2 kata jiwa anda:
lumrah lelaki...
so redha jela....
hahahaha...
sememangnya satu lumrah yg kene dterima..bukannya pahit pn knyataan ini..:p
cuma mahu berkongsi..:)
Post a Comment