Penundaan Clash Of Titans: Apa disebaliknya?
>> Tuesday, December 21
Keputusan untuk menunda pertembungan yang ditunggu-tunggu di antara  Chelsea dan Manchester telah dibuat oleh Polis Metropolitan dan Majlis  Hammersmith dan Fulham.
 Kerisauan berkaitan kesihatan dan keselamatan bermakna perlawanan  Liga Perdana Barclays itu ditunda lebih 27 jam sebelum sepak mula hari  Ahad jam 4 petang.
 Wakil Chelsea berkata: "Perlawanan itu ditunda atas sebab kesihatan  dan keselamatan. Keputusan itu diambil selepas perbincangan di antara  majlis tempatan, kelab dan pihak polis.
 "Dengan salji turun lebat pada pagi Sabtu, bukan sahaja keadaan  sekeliling stadium terjejas tapi seluruh kawasan Fulham. Ada kerisauan  bagaimana peminat hendak ke stadium selain penempatan staff dan polis  ketika perlawanan."
 Pertahanan United, Rio Ferdinand kurang bersetuju. Ferdinand  menulis melalui Twitter: "Ada sesiapa menonton perlawanan Ipswich  semalam? Padang diselaputi salji…jadi bagaimana perlawanan itu  berlangsung tapi kami punya ditunda?"
Nampaknya Rio Ferdinand tidak mahu momentum kemenangan United yang sedang dikecap kini menjadi sebaliknya apabila perlawanan dilangsungkan kemudian. Memandangkan Chelsea tidak berada pada prestasi terbaiknya, sudah semestinya setiap pasukan mengidamkan untuk bertemu Chelsea pada ketika ini.
Liga Perdana Barclays musim ini bakal berdepan dengan kepadatan jadual dengan bakal bermulanya pusingan kedua Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala Liga. Dan UEFA pula tegas melarang sesiapapun menggunakan padang dua minggu sebelum perlawanan, perlawanan akhir Piala FA akan diadakan pada 14 Mei dengan pusingan akhir perlawanan Liga Perdana Barclays diadakan seminggu kemudian.

2 kata jiwa anda:
itulah, punya la tunggu.
postpone lak..
aku amik MU la bro..ha3
haaa..tau xpe..penat je tgu dgn debaran pe sume..:p
pape pn, aku rase MU mng gak..
Post a Comment